Selamat datang ke laman blog kami. Blog ini bukannya wadah rasmi masjid ini. Adanya blog ini ia dapat memberi sedikit info yang menyeluruh kepada Masyarakat Islam Teluk Kemang untuk mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti yang akan dan sedang berjalan. Terima kasih kepada Tuan Setiausaha MKTK kerana banyak menyalurkan info masjid kepada pihak kami. Dan sila KLIK info di bawah. TQ
Laksanakan amal ibadah setiap masa ....
Pengajaran Hadis:
1. Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika kita sihat dan bermukim (menetap di suatu tempat).
2. Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap Maghrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir). Begitu jugalah keadaannya apabila tidak dapat hadir Solat Jumaat kerana masjid masih ditutup atau dihadkan jumlah jemaah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan.
3. Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.
4. Justeru, Marilah kita laksanakan segala amal soleh secara istiqamah semasa kita sihat dan tidak bermusafir ke mana-mana. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir atau ketika ditimpa musibah.
#StopCovid19
#KitaJagaKita