YA ALLAH

 YA ALLAH,

▪️hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, 

▪️muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran,

▪️serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran,

▪️pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran,

▪️masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, 

▪️selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.


YA ALLAH, 

▪️jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan

▪️di dalam kubur sebagai kawan yang mesra,

▪️pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, 

▪️dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka,

▪️jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, 

TUHAN YANG MAHA PEMURAH.

Van Jenazah Dan Ambulance Percuma

 Van jenazah Dan Ambulance percuma 

seluruh semenanjung malaysia


Sesiapa yang memerlukan bantuan segera seperti Wheelchair, kaki palsu, tangan palsu, alat bantuan pendengaran, katil hospital utk yg lumpuh dan stroke, susu dewasa, lampin dewasa dan bantuan kewangan sila hubungi nombor yang tertera di bawah..

TIADA bayaran dikenakan, khidmat kami adalah percuma.

Hotline number:01170787900

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

EBiT LIEW

Pertanyaan whatsapp / tel

013 399 3093

E-mail : glomas.medic@gmail.com

Tolong Share kat Group lain supaya kita dapat bantu org yg memerlukan...

Kaum Thamud

 Firman Allah SWT :

وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيْنَاهُمْ فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَىٰ عَلَى الْهُدَىٰ فَأَخَذَتْهُمْ صَاعِقَةُ الْعَذَابِ الْهُونِ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

[Surat Fussilat 17]

‎Terjemahan :"Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan."

Muat turun Waktu Solat Malaysia https://onelink.to/wsmxtfb




APAKAH ADA HIMPITAN KUBUR?

 APAKAH ADA HIMPITAN KUBUR?

Nabi saw bersabda :

Maksudnya :” Sesungguhnya bagi kubur itu ada himpitan. Kalau ada seseorang yang terselamat dari himpitan tersebut sudah pasti yang terselamat adalah Sa’ad Bin Muaz.”

Riwayat Imam Ahmad (24283) di dalam Musnad.

Al-Hafiz al-Iraqi menyatakan bahawa sanad yang dibawa oleh Imam Ahmad adalah sanad yang jayyid.

Rujuk al-Mughni ‘An Hamli al-Asfar fi al-Asfar (6/2655)


Imam al-Ramli pernah ditanya. Adakah ia berlaku sebelum atau selepas soalan para malaikat?. Beliau kemudiannya menukilkan ucapan daripada Abu Qasim al-sa’di bahawa himpitan kubur tidak dikecuali pada sesiapapun sama ada yang soleh atau yang ingkar.Yang membezakan adalah bagi orang kafir, mereka secara berterusan dihimpit. Manakala orang Muslim pula akan dihimpit pada awal mereka dimasukkan ke dalam kubur kemudian akan dilepaskan dengan segera.

Rujuk Fatawa al-Ramli (6/33)

7 Nov - 13 Nov 2022 , Kelas Agama Di MKTK

7 Nov - 13 Nov 2022 , Kelas Agama Di MKTK


  • 7 Nov 2022, Isnin, Kuliah Maghrib, Ybhg Ustaz Muhammad Amirullah, Kitab Al Mu'tamad

Borang Pencalonan Kariah Masjid N Sembilan

 Borang Pencalonan Kariah Masjid N Sembilan