Keutamaan Berselawat

 


Pengajaran Hadis:

1.  Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ adalah amalan yang dituntut.

2.  Mukmin yang paling utama akan bersama Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti adalah yang paling banyak berselawat ke atas Baginda.

3.  Orang yang berselawat ke atas Nabi ﷺ, para malaikat juga berselawat ke atasnya (Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya). ‘Amir Bin Rabi’ah meriwayatkan,  Rasulullah ﷺ bersabda:

ما مِنْ عبدٍ يُصَلِّي علَيَّ إلَّا صَلَّتْ عليه الملائكةُ ما دامَ يُصَلِّي علَيَّ فلْيُقِلَّ العبدُ مِنْ ذلِكَ أوْ لِيُكْثِرْ

"Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak. (HR at-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 2/182, no. 1654 & Ahmad, 24/457, no. 15689)

4.  Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ terutamanya pada hari Jumaat.

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة

Daripada Abi Umamah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: "Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku." (HR al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, No. 6208)


#stopcovid19

#kitajagakita

#staysafe

Selawat Al-Azimiah


JUMAAT - PERBANYAKKAN BERSELAWAT

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” :- al-Ahzab: 56

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Imam al-Syaukani hadith ini menjadi dalil bahawa setiap selawat yang dibaca oleh hamba-hamba Allah akan dibentang di hadapan Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]

 

BERKENALAN DENGAN HARI JUMAAT

1.Hari kiamat

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptanya adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga, pada hari itu jua dikeluarkan dia dari syurga. Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan pada hari Jumaat.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Kelebihan Jumaat, hadis no: 1417]

2. Hari hidayah untuk umat Muhammad SAW

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Kita adalah umat yang terakhir, tetapi kita jua adalah umat yang paling awal tiba pada hari kiamat. Kita adalah umat terawak yang akan memasuki syurga. Hanya sahaja mereka umat yang lebih awal mendapat kitab sebelum kita. Kita mendapat kitab selepas mereka. Lalu mereka berselisih pendapat, lalu Allah pula memberi kita petunjuk pada kebenaran yang mereka perselisihi. Inilah hari yang mereka perselisihi padanya, dan Allah memberi kita petunjuk padanya. Hari Jumaat adalah hari untuk kita, esoknya (Sabtu) adalah hari untuk kaum Yahudi, dan selepasnya (Ahad) adalah untuk kaum Kristian.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Hidayah Hari Jumaat Kepada Umat, hadis no: 1419]




PERANCANGAN MANUSIA ITU USAHA , PERANCANGAN ALLAH ITU TAKDIR

 


Gotong Royong Pencegahan COVID-19

29 Okt / 12 Rabiulawal - KHmais

8.30pg


PERANCANGAN MANUSIA ITI USAHA

PERANCANGAN ALLAH ITU TAKDIR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,

Kita merancang apa akan kita lakukan esok,

Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,

Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang,

Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,

Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?


Ketahuilah,

Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.

Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.

"dan mereka merancang, Allah juga merancang. dan ALLAH sebaik-baik perancang" 3:54 Hadis Keempat ( Hadis 40 Imam Nawawi )


Rasullullah SAW Sebagai Ikutan......

 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


RASULULLAH CONTOH IKUTAN

firman Allah SWT:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.

(Surah al-Ahzab: 21)


Syeikh Abu al-Hasan Ali al-Nadwi Rahimahullah pernah berkata:

Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad SAW.

Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda SAW adalah contoh anda.

Jika anda faqir dan miskin, maka Bagindalah teladan dan contoh bagi anda.

Jika anda kaya, maka Bagindalah imam anda.

Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda SAW juga turut serta berperang.

Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda SAW akan memberikan kedamaian sebelum kamu memintanya.

Jika anda redha, maka Baginda SAW pun redha.

Jika anda marah (tidak menerima sesuatu), maka Baginda pun demikian halnya. 

(Lihat Ma’rifah Rasulullah SAW, hlm. 49-53)

Kelas Agama 26 Okt - 1 Nov 2020

 



1 Nov - ahad

kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Mat Zaki

Kitab Ehwal Kematian Dan Urusan akhirat


Diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: adapun penduduk neraka yang sememangnya mereka penghuninya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak juga hidup (beristirehat daripadai siksa neraka). Tetapi ada manusia yang akan diazab dengan api kerana dosa-dosa mereka atau kesalahan mereka, mereka akan dibunuh sehingga mereka bagaikan menjadi arang, hingga diizinkan kepada mereka syafaat. Kemudian (arang-arang) itu dibawa secara lambakan dan dilemparkan di sungai-sungai syurga, lalu dikatakan “wahai Ahli syurga, curahkan air kepadanya dan ia akan menjadi benih yang dihanyutkan arus”

Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulama’ yang menerangkan maksud penduduk neraka yang sememangnya penghuni neraka, ialah golongan kuffar yang tidak akan keluar selamanya daripada neraka. Lihat Fatwa al-Nawawi:104

__________________________________________________________________________________


31 Oct / 14 Rabiulawal - Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ust.Mejar Zulkeple - Kitab Hadis 40

_____________________________________________________________________________

Dalil Pengharaman Perbuatan Menghina dan Mencerca Nabi SAW

Dan diantara mereka (yg munafik itu) ada org-org yg menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) org yg suka mendengar (& percaya pada apa yg didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (& percaya) apa yg baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah & percaya kepada org mukmin & ia pula menjadi rahmat bagi org-org yg beriman di antara kamu" & org-org yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yg tidak terperi sakitnya. *(Surah al-Taubah, 9:61)

Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Barangsiapa yg mencerca Nabi SAW atau mnjatuhkn maruah Baginda, sama ada org Islam atau bukan Islam, maka mereka hendaklah dibunuh. Aku brpendapat bahawa dia perlu dibunuh tanpa perlu disuruh utk bertaubat.” Lihat al-Sarim al-Maslul `ala Syatim al-Rasul (1/9).


_________________________________________________________________________________



30 Oct / 13 Rabiulawal - Jumaat

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Mejar Rudin

Kitab 40 Hadis Keadaan Umat sebelum Kiamat

firman Allah SWT:

 Maksudnya: “Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan”. [Thaha:15]

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

 Maksudnya: “Munculnya tanda-tanda (Kiamat) sebahagian  mengikuti bahagian yang lain, saling mengikuti bagaikan mutiara pada sebuah ikatan”. [Lihat: Mu’jam al-Awsath (4271)]

Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 Maksudnya: “Tanda-tanda (Kiamat) seperti mutiara yang tersusun pada seutas benang, jika benang itu dipotong maka sebahagiannya akan mengikuti sebagian yang lain (jatuh)”. [Riwayat Ahmad (7040)]



Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” [Riwayat Muslim (1893)]

Daripada Abi Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 Maksudnya: “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).” [Riwayat Muslim (2674)]

___________________________________________________________________________________


27 Okt / 10 Rabiulawal - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Amran Hj Awaludin - Timb.MUFTI N9
Tajuk Maulidul Rasul SAW

Seorang ahli hadis, Ibn ‘Abbad telah memberikan fatwa tentang hadis Rasulullah berikut ini: “Seorang wanita telah datang menemui Nabi pada waktu Baginda baru pulang dari medan peperangan,& wanita itu pun berkata: Ya Rasulullah, aku telah bernazar jika sekiranya, Allah menghantarkan engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendang di sebelahmu. Nabi pun bersabda: Tunaikanlah nazarmu.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan at-Tirmizi).

(Lihat dalil-dalil yang kuat dalam membolehkan puji-pujian ke atas Rasulullah SAW dalam al-Qaul ash-Sahih fi Masyru’iyyah al-Madih, Syeikh Ahmad Abd al-Baqi asy-Syeikh Daf’ullah ash-Sha’im Daimah, al-Qahirah: Dar Jawami’ al-Kalim)
____________________________________________________________________________________


26 Okt Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halue

Kitab Akhlak Sorang Muslim

JANGAN TERTIPU DGN AMALAN

Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya.

(al Baqarah: 266)

Umar radhiyallahu ‘anhu menanyakan kepada para shahabat tentang tafsir ayat diatas…

Ibnu Abbas menjawabnya:

“yakni perumpamaan orang yang RAJIN beramal dengan ketaatan kepada Allah, lalu Allah mengirimkan syaithan padanya, lalu dia banyak bermaksiat sehingga amal-amalnya terhapus”

[lihat: Fathul Baari (VII/49); al-Bukhariy (4538)]

SILA JAGA DIRI..........

 SILA JAGA DIRI


1. PERUT akan cedera apabila anda tidak bersarapan pagi.


2. BUAH PINGGANG cedera apabila anda tidak minum 10 gelas air dalam 24 jam.


3. HEMPEDU cedera apabila anda biasakan tidak tidur sehingga pukul 11 ​​malam, dan tidak bangun menjelang matahari terbit.


4. USUS KECIL cedera apabila anda makan makanan sejuk dan basi.


5. USUS BESAR cedera apabila anda makan lebih / banyak makanan goreng dan pedas.


6. PARU-PARU cedera apabila anda menghirup asap dan tinggal di persekitaran yang udaranya tercemar.


7. HATI cedera apabila anda makan makanan goreng berat dan makanan segera.


8. JANTUNG cedera semasa anda makan dengan lebih / banyak garam dan kolesterol.


9. PANKREAS cedera apabila anda makan makanan manis kerana ia sedap dan disediakan secara percuma.


10. MATA cedera ketika anda bekerja dengan cahaya telefon bimbit dan skrin komputer dalam gelap.


11. OTAK cedera ketika anda mula berfikir fikiran negatif.


12. JIWA cedera apabila anda tidak mempunyai keluarga dan rakan untuk menjaga dan berkongsi dengan anda dalam hidup cinta, kasih sayang, kebahagiaan, kesedihan dan kegembiraan mereka.


Semua bahagian ini TIDAK terdapat di pasaran.

Oleh itu, jaga dengan baik dan jaga kesihatan setiap bahagian tubuh

 kita.


Gotong Royong 29 Oktober 2020 - Jom beramai-ramai

 


Gotong Royong Pencegahan COVID-19

29 Okt / 12 Rabiulawal - KHmais

8.30pg

















IKUTI TUJUH (7) SUNNAH NABI SETIAP HARI

 IKUTI TUJUH (7) SUNNAH NABI SETIAP HARI

-------------------------------------

Cerdasnya org yg beriman adalah yg mampu mengolah hidupnya yg sesa'at dan sekejap ini utk hidup lama.

Hidup bukan utk hidup, ttp hidup utk Yg Maha Hidup. 

Hidup bukan utk mati, tp mati itulah utk hidup.

Kita jgn takut mati,jgn mencari mati, 

jgn lupakan mati, tp rindukan mati.

Krn, mati adalah pintu perjumpaan dgn Allah s.w.t. 

Mati bukanlah akhir cerita dlm hidup, tp mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dgn penuh ketaqwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga 7 (tujuh) sunnah Nabi setiap hari.

 

Ke-tujuh sunnah Nabi s.a.w.  adalah"_   :


(1). "Pertama" :

"Solat Tahajjud-lah krn kemuliaan seorg Mukmin terletak pd Solat Tahajjud-nya".

(2). "Kedua : Bacalah Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya kita membaca Al-Qur’an di dahului dgn penuh pemahaman".

(3). "Ketiga : Jgn tinggalkan berjemaah terutama di waktu Subuh, hatta di rumah. Sebelum melangkah ke-mana pun langkahkan kaki ke masjid, krn Masjid merupakan pusat keberkahan, bukan krn panggilan Muadzin ttp panggilan Allah yg memanggil org beriman utk memakmurkan Masjid Allah".

(4). "Keempat  : Jaga solat Dhuha krn kunci rezeki terletak pd Solat Dhuha" tp jgn krn rezeki...

(5). _"Kelima : Jagalah sedekah setiap hari.

Allah menyukai org yg suka bersedekah, dan Malaikat Allah selalu mendo'akan org yg bersedekah setiap hari"_.

(6). "Keenam : Jagalah wudhu krn Allah menyayangi hamba yg berwudhu. Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Org yg selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu Solat walau ia sedang tidak Solat, dan di jaga oleh Malaikat dgn dua do'a, "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah”.

(7). _"Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. 

Dgn beristighfar masaalah yg terjadi krn dosa kita akan di jauhkan oleh Allah"_.         


Ada tiga do'a yg jgn kau lupakan dlm sujud-mu:

(1). _Mintalah di wafatkan dlm keadaan Husnul Khatijah... Allahumma inni as'aluka Husnul khotimah. 

Ertinya : Ya Allah aku meminta kpd-MU Husnul Khatimah_.

(2). _Mintalah agar kita di berikan kesempatan utk bertaubat sebelum wafat... Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut. Ertinya : Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat_.

(3). _Mintalah agar hati kita di tetapkan di atas Agama-Nya... Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika. 

Ertinya : Ya Allah wahai sang pembolak-balik hati, tetapkanlah hatiku pd agama-MU_.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apa pun, krn tidak kau ketahui amal kebaikan apakah yg mendapat redho menghantar mu ke jannah.

SEKECIL apa pun amal ibadah, semoga kita semua termasuk dlm golongan org² yg bertaqwa, Aaamiin.

Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim

TANGGUH TANGGUH TANGGUH........................................

 






Daurah Perdana - Sabtu, 24 Okt 2020

 


24 okt / 7 Rabiulawal - Sabtu

Daurah Perdana Pengajian Kitab

Ustaz Muhadir Hj Joll


Makan Minum Disediakan

Kitab ada Dijual semasa program

(Kitab sesi 1 RM16 & kitab sesi 2 RM6)

8.30pg - 4.00ptg


#sila patuhi SOP semasa berada didalam Masjid

#kita jaga ALLAH, ALLAH jaga kita

Kelas Agama 19 Oktober - 25 Oktober 2020

 


25 okt ahad

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Suhaimi

Tafsir AlQuran


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: “Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari Kiamat. Aku adalah orang yang pertama akan dibangkitkan daripada kubur. Aku adalah orang pertama yang akan memberi syafaat dan dibenarkan  memberi syafaat.” [Riwayat Muslim (2278)]


Imam al-Nawawi mengatakan hadith ini menunjukkan bahawa kelebihan atau kemuliaan Nabi SAW berbanding makhluk-makhluk yang lain. Ini kerana, mengikut mazhab ahli sunnah anak-anak Adam lebih mulia daripada malaikat dan Nabi SAW adalah yang paling mulia di antara anak-anak Adam yang lain dan juga selain daripada anak Adam. [Lihat: al-Minhaj: 38/15]


___________________________________________________________________________________


24 Okt / 7 Rabiulawal - Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir

Kitab Hikam

Kata Kata Mutiara Hikmah KItab Al Hikam Syekh Ibnu

Atha'illah

..."Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijabkan oleh sesuatu padahal Allah yang menzahirkan (menampakkan) segala sesuatu"... 

..."Bagaimana mungkinkan akan dihijab oleh sesuatu, pada hal Dia (Allah) yang nampak zahir pada segala sesuatu"... 

 ..."Bagaimana akan mungkinkan dihijab oleh sesuatu padahal Dia yang terlihat dalam tempat sesuatu"... 

 ..."Bagaimana akan dapat ditutupi oleh sesuatu, padahal Dia yang nampak pada tiap segala sesuatu"... 

..."Bagaimana mungkinkan akan dihijab oleh sesuatu, padahal Dia dari yang esa (tunggal) yang tidak ada disampingNya sesuatu apa pun"... 

 ..."Bagaimana akan mungkin dihijab oleh sesuatu, padahal andaikan tidak ada Allah, nescaya tidak akan ada segala sesuatu"... 


👇👇👇👇👇👇👇👇

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid 

https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl


___________________________________________________________________________________



23 okt / 6 Rabiulawal - Jumaat

Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza

Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah

Selepas Solat Maghrib


Tarekat Ahmadiah mempunyai amalan2 di waktu siang&malam. Amalan2 yang diterima oleh Sayyidi Ahmad bin Idris ialah:

i Fatihatul Aurad

ii Al-Tahlil

iii Al-Salawat al-‘Azamiah

iv Al-Istighfar al-Kabir

v Al-Mahamid al-Thamaniah

vi Al-Ahzab Arba‘ata ‘Ashar

vii Al-Husun Mani‘ah

viii Al-Ahzab

Di kalangan ahli Tarekat Ahmadiah amalan2 ini terkumpul dlm kitab yang dipanggil nama singkatannya ‘al-Ahzab’. Syeikh Mohd Said telah mencetak semula Ahzab ini yang dinamakn ‘al-Ahzab al-‘Urfaniah wal Aurad al-Nuraniah’. Beliau telah menulis di tepi Ahzab itu karya beliau ‘Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniah’ di mana di antaranya beliau menghuraikan amalan2 wirid itu.

Dipetik drpd buku “Mengenal al-Tarekat al-Ahmadiah” terbitn JHEAIN9 

___________________________________________________________________________________



21 Okt / 4 Rabiulawal - Rabu

Rabu - Kuliah Maghrib

Ybhg Dato Hj Mohd Yusof - MUFTI N9

Kitab Fiqh ManHajj

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Surah al-Baqarah (186)

Ibnu Kathir menjelaskan, ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakan doa orang yang memanjatkan doa kepada-Nya. Dia tidak menolak dan mengabaikan doa seseorang, bahkan Dia Maha Mendengar doa. Di dalam pengertian ini terkandung anjuran untuk sentiasa berdoa, dan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan doa yang dipanjatkan kepada-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/506)

_________________________________________________________________________________


20 Okt / 3  Rabiulawal - Selasa

kuliah Maghrib

Ust.Muhammad Syahmi

Kitab Ridhayus Salihin


 Rasulullah SAW menegaskan bahwa, “Hijrah tidak terputus hingga taubat terputus

dan .............

taubat tidak terputus hingga matahari terbit dari barat.”

[Hr. Abu Dawud no. 2479. Ad-Darimi dalam sunan-nya no. 2513 dan Ahmad dalam Musnad no. 4/99, dinilai Hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 7469]

___________________________________________________________________________________


19 Okt / 2 Rabiulawal - Isnin
kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Muhammad Amirullah
Kitab Adab Al-Mufrad

Kekenyangan akan membawa perkara negatif seperti yang disebut oleh Imam al-Syafie:
Maksudnya: Kerana kekenyangan (memuaskan nafsu perut dan mulut) membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah. (Rujuk al-Syafi Syarh Musnad al-Syafie, 1:24)

Rasulullah SAW pernah bersabda:
Maksudnya: Bukanlah seorang yang beriman, seseorang yang berada dalam kekenyangan dan membiarkan jirannya berada dalam kelaparan.
Hadith riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad.82
_________________________________________________________________________________


Jangan Lupa Ya..........

 



Ziarah Ke Rumah Sahabat 18 Okt 2020

 Semoga bertambah sehat walafiat..... AAmiiennnn







Kuliah Agama 12 Oktober - 18 Oktober 2020

 



18 okt - ahad

kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Mat Zaki

Kitab Ehwal Kematian Dan Urusan akhirat


Diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: adapun penduduk neraka yang sememangnya mereka penghuninya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak juga hidup (beristirehat daripadai siksa neraka). Tetapi ada manusia yang akan diazab dengan api kerana dosa-dosa mereka atau kesalahan mereka, mereka akan dibunuh sehingga mereka bagaikan menjadi arang, hingga diizinkan kepada mereka syafaat. Kemudian (arang-arang) itu dibawa secara lambakan dan dilemparkan di sungai-sungai syurga, lalu dikatakan “wahai Ahli syurga, curahkan air kepadanya dan ia akan menjadi benih yang dihanyutkan arus”


Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulama’ yang menerangkan maksud penduduk neraka yang sememangnya penghuni neraka, ialah golongan kuffar yang tidak akan keluar selamanya daripada neraka. Lihat Fatwa al-Nawawi:104

____________________________________________________________________________


17 Oct - Sabtu

kuliah Subuh

Ybhg Ust.Mejar Zulkeple                                                                                                   (Kitab Hadis 40)


Ayat yg Membuat Nabi Menangis

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku,

“Bacalah Al Qur’an untukku.”Maka aku menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimana aku membacakan Al Qur’an untukmu, bukankah Al Qur’an diturunkan kepadamu?”

Nabi SAW bersabda, “Aku suka mendengarnya dari selainku.”Lalu aku membacakan untuknya surat An Nisaa’ hingga sampai pada ayat (yang artinya), “Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mndatangkn seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)” (QS. An Nisa’: 41).

Beliau berkata, “Cukup.”Maka aku menoleh kepada beliau, ternyata ke2 mata beliau dlm keadaan bercucur air mata.” (HR. B

_________________________________________________________________________________


Intisari Kuliah magrib

Ustaz Halmy Runa

16 oct 2020


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." 

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

Imam Nawawi dalam menjelaskan hadith ini menyebut: Ulama berkata, makna hadith ini adalah bahawa amalan si mati akan terputus dengan sebab kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya kecuali dengan tiga amalan ini. Ini kerana ia menjadi penyebabnya. Anak yang soleh daripada usahanya. Manakala ilmu yang ditinggalkannya adalah dengan sebab pengajaran atau karangannya. Begitu juga sedekah jariyah iaitu wakaf.

Dalam hadith ini juga terdapat galakan supaya berkahwin untuk mendapat anak yang soleh. Pada hadis ini juga menunjukkan sahnya asal wakaf dan besar pahalanya. Di samping itu, diterangkan kelebihan ilmu serta galakan untuk memperbanyakkannnya. Begitu juga menggalakkan untuk mewariskan ilmu dengan cara pengajaran dan karya serta penerangan. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, 11/85)


_______________________________________________________________________________



#JOM.KE.MASJID

“Sesiapa yg pergi & balik dari masjid, maka Allah akan menyediakn baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi & balik.” Riwayat Muslim (1556)

Sesiapa yg bersuci di rumahnya kmudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikn solat yg telah difardukn oleh Allah, maka kedua-dua langkahan kakinya itu salah satunya mnghapuskn dosa & yg lain mngangkat darjat.” Riwayat Muslim (1553)

 “Sesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikn kemudian aku akan pergi kpd setiap rumah seseorang yg tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkn agar dibakar rumah mereka.” Riwayat Al-Bukhari (2420)

Siapa yg mendengar azan akan tetapi tidak menyahutnya (pergi solat di masjid) tanpa uzur maka tiada solat baginya.” Riwayat Ibn Abi Syaibah (3486) di dalam Al-Musannaf

________________________________________________________________________________


Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

___________________________________________________________________________



14 Okt Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

Tajwid Dan Talaqi AlQuran


DOA SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

ALLOHUMMA NAWWIR BIKITABIKA BASHORII

ya Alloh terangilah pengelihatanku dengan/sebab kitabMu


WA ATHLIQ BIHI LISAANII

dan ucapkannlah lisanku dengan/sebab kitabMu

WASYRO_H BIHI SHODRII

dan lapangkanlah dada dengan/sebab kitabMu


WASTA'MIL BIHI JASADII

dan gerakkanlah jasadku dengan/sebab kitabMu


BI_HAULIKA WAQUWWATIKA

dengan daya dan kekuatanMu


FAINNAHUU LAA_HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BIKA

maka sesungguhnya tidak ada daya dan 

kekuatan kecuali sebab daya/kekuatanMu


YA ARHAMAR RAHIMIN

(wahai Tuhan Yang Maha Penyayang)

lihat kitab حق التلاوة / HAQQU ATTILAAWAH 

karya Husainy Syeikh ‘Utsman hal.169

________________________________________________________________________________


( Kelas ini ditangguhkan kerana UStaz ada keuzuran)

13 okt - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Muhammad AKhushairi Hamthan

Mudir Madrasah Az-Zein Lissuluk Ilallah

Kitab Nilai Masa Disisi Ulamak

 Surah AlMunafiquun. Ayat 011.

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan KEMATIAN seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan

Imam al-Khatib al-Baghdadi ada menukilkan satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Abu Abdullah Ahmad bin Ayyub: 

Maksudnya: “Peliharalah keutamaan ruku’mu pada waktu lapang, disebabkan KEMATIAN boleh datang kepada kamu secara tiba-tiba, betapa ramai orang yang sihat dan tidak sakit, dirinya boleh pergi dalam keadaan yang sihat secara tiba-tiba.” [Lihat: Iqtidha’ al-‘Ilm al-‘Amal, 106]

_____________________________________________________________________________



12 oct / 24 safar - Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust Muhammad Syafiq
Kitab Aqidatul Awam

KATA2 HIKMAH

“Hai orang yg tertipu dengan lama sehatnya ! tidakkah engkau melihat sekali-kali orang mati, dengan tidak sakit ? 

hai orang yg tertipu dengan lamanya kesenangan ! Apakah tidak engkau melihat sekali-kali yang diambil, dengan tidak persediaan ? 

bahwa engkau, kalau engkau pikirkan tentang panjangnya umur engkau, niscaya engkau lupa apa yang telah terdahulu dari kelezatan engkau. 

Adakah dengan sehat engkau terperdaya atau dengan lamanya sehat wal-afiat itu engkau bersuka-cita ? 

atau engkau merasa aman pada mati ? atau engkau berani kepada malikul-maut (malaikat kematian) ? 

bahwa malaikat kematian itu apabila ia datang, niscaya tidak dapat melarangnya dari engkau, oleh kekayaan harta engkau dan tidak oleh banyaknya berkumpul kaum keluarga engkau.

Makan dan Minum Yang Halal dan Baik

 Makan dan Minum Yang Halal dan Baik


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ  وَقَالَ   يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ  ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: 'Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.' Dan Allah juga berfirman: 'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.'" Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah lama berjalan kerana jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku." Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?." (HR Muslim No: 1686) Status Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Allah tidak menerima sebarang amalan hambanya melainkan yang baik dan mengikut syarak.


2.  Allah SWT memerintahkan kepada orang mukmin agar makan dan minum dari sumber yang baik dan halal.


3.  ‘Allah SWT hanya menerima dari yang halal’ bermaksud bahawa memakan makanan yang halal boleh menolong dalam melakukan ketaatan kepada Allah kerana beramal soleh diperintahkan setelah perintah memakan makanan yang halal. Jadi, semakin baik makanan yang kita makan, semakin mudah pula kita dalam melakukan amal soleh. (Lihat bahasan Syaikh Solih Fauzan dalam Syarh Al Arba’in An Nawawiyah, hal. 163.)


4.  Antara waktu yang makbul berdoa adalah ketika bermusafir. Walaupun begitu, Allah SWT tidak memperkenankan doa orang yang makannya, minuman  serta berpakaian dari sumber yang haram.


5.  Berkata Imam Wahab bin Munabbih rahimahullah: "Siapa yang ingin doanya dimakbulkan oleh Allah SWT, maka perbaikilah makanannya".


Pastikan rezeki yang kita perolehi dari sumber yang halal dan baik.


07hb Okt 2020

19hb Safar 1442H

DUNIA SUDAH BERUBAH !!

 DUNIA SUDAH BERUBAH !! 


1. Sekarang IMUNISASI yang di fokus. (Dunia sedang waspada)


2. Dulu kalau orang bersin diucapkan Alhamdulillah, umur panjang. Sekarang orang bersin....., dianggap sdg sakit dan membawa malapetaka (Dunia sedang tergoncang).


3. Dulu bersatu kita teguh. Sekarang bersatu kita runtuh. (Dunia sudah lain)


4. Dulu ketika ada tamu, gembira kerana dianggap bawa berkat. Sekarang ada tamu dianggap bawa penyakit. (Dunia Sudah kepayahan)


5. Dulu kalau bertemu bersalaman tangan. Sekarang bertemu angkat kaki (cepat pergi). (Dunia sedang sakit)


6. Dulu minyak wangi  yg kita bawa di handbag, sekarang hand sanitizer spray yang dibawa (Dunia sedang dilanda ketakutan)


7. Dulu senyum yang diberikan, sekarang mask  yang diberikan.(Dunia dilanda kesukaran)


8. Dulu kata "NEGATIF" tidak bagus, sekarang kata "POSITIF" tdk bagus.

(Dunia sedang bergegar)


9. Dulu pulang melawat orang tua membawa kebahagiaan. Sekarang melawat orang tua disangka membawa penderitaan. 

(Dunia Sudah Aneh)


10. Dulu cuci tangan ketika nak makan, Sekarang di mana-mana di suruh cuci tangan tetapi tidak diberi makan..

(Dunia sudah terbalik)


DUNIA SUDAH BERUBAH ..


Betul juga, tiada yang ABADI dalam hidup ini 😥

Kuliah Agama 5 Okt - 11 Okt 2020



11 oct /23 safar - ahad

kuliah subuh

Ybhg Ust.Hj.Suhaimi Samad

Tafsir AlQuran

"(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?" [Surah al-Muzzammil 17]

"Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya". [Surah al-Muzzammil 18]

#Rasulullah saw juga bersabda: "Surah Hud telah membuatku beruban, demikian pula surah al-Waqi'ah, 'Amma Yatasaalun (an-Naba'), dan surah Idzas Syamsu Kuwwirat (at-Takwir)." (HR at-Tirmizi).

___________________________________________________________________________________

10 Oct / 22 Safar - Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir

Kitab Hikam

JANGAN SAMPAI TERASA DOSAMU ITU MEMBUAT ENGKAU BURUK SANGKA TERHADAP KEMURAHAN ALLAH SWT...

"Jangan sampai terasa bagimu besarnya suatu dosa itu, hingga  merintangi engkau dari khusnul-dzan [baik sangka] terhadap Allah Ta'ala, Sesungguhnya barangsiapa yang benar-benar mengenal Rabbnya, pasti  akan menganggap dosanya itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan  kemurahan-Nya." 

--Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalam kitabnya yang berjudul Ad-Da' u wa ad- Dawa' (Terapi Penyakit Hati) menuliskan, buruk sangka terhadap Allah termasuk dosa yang besar.Alasannya adalah, orang yang berburuk sangka kepada Allah telah melakukan hal yang berlawanan  dengan kesempurnaan sifat-sifat-Nya yang suci.


__________________________________________________________________________________


9 Oct / 21 Safar  - Jumaat

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Syafiq

Kitab Aqidatul Awam

SYAITAN MENJADI HIJAB

Firman Allah SWT :

Tidakkah Aku (Allah) telah memerintahkan kamu wahai bani Adam (manusia) supaya kamu tidak menyembah (memperhambakan diri) kepada syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu (Surah Yasin, 60)

Sabda baginda Nabi SAW

Maksudnya : Apabila aku turun ke langit dunia, lalu aku melihat di bawahku tiba-tiba aku berada dalam suasana debu, asap dan suara-suara. Aku bertanya “Ini apa wahai Jibril?”. Jibril menjawab “inilah syaitan-syaitan yang mengerumuni penglihatan manusia supaya mereka tidak bertafakkur tentang kekuasaan Allah di langit dan bumi. Kalaulah tidak kerana semua itu pasti mereka akan melihat keajaiban” (Ahmad ibn Hanbal, Musnad Ahmad, juz.2, hlm.353)

___________________________________________________________________________________



Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Hari Jumaat mmpunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yg mana tidak ada seorang hamba yg meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan mmberikn apa yg dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada AKHIR WAKTU SELEPAS ASAR ”[Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Diriwayatkan Said bin Jubair daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Waktu yg dimaksudkn pada hari JUMAAT adalah antara SOLAT ASAR sehingga terbenam matahari.

Adapun Said bin Jubair apabila beliau menunaikan solat asar, beliau tidak akan bercakap dgn sesiapa sehingga terbenamnya matahari.

Ini adalah pndapat sebahagian besar salaf & pada pendapat ini mempunyai hadith yg banyak berbanding pendapat-pendapat yg lain. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 377/1]


 __________________________________________________________________________________


9 okt / 21 Safar - Jumaa

Tazkirah Jumaat - 12.30tgh

Ybhg Ustaz Mejar Rudin

Kitab 40 Hadis Keadaan Umat sebelum Kiamat


Abu Hurairah RA berkata Bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yg mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dgn unta, 

sesiapa yg pergi pada masa yg ke2, maka seakan-akan dia berkorban dgn lembu,

dan sesiapa pergi pada masa yg ke3 maka seakan-akan dia brkorban dengan biri-biri jantan yg bertanduk, dan sesiapa yg pergi pada masa yg ke4 seakan-akan dia berkorban dgn seekor ayam,  dan sesiapa yg pergi pada masa ke5, maka seakan-akan dia berkorbn dgn sebiji telur  dan apabila  imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir utk mndengar peringatn (khutbah)”.

 [Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]

Berminat beli kitab?? 

www.wasap.my/601123673130/nak.info.beli.kitab.40hadis.keadaan.umat.sblm.kiamat



__________________________________________________________________________________


7 okt - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Hj Mohd Yusof

Kitab 30 Wasiat Imam Syafie

Imam al-Muzani berkata, beliau masuk menemui Imam al-Syafie Rahimahullah ketika sakit yang membawa kematiannya

Imam al-Syafi’e menangis dan mengalunkan sya’ir seperti berikut:

Tatkala kerasnya hatiku dan sempitnya jalan-jalanku

Aku jadikan harapanku untuk ampun-Mu sebagai tangga

Maka besarlah dosaku tapi tatkala aku bandingkannya

Dengan ampun-Mu Tuhanku, adalah ampun-Mu itu lebih besar

Maka sentiasalah Kamu ampunkan dosa

Dan sentiasalah-Mu Pemurah, Pengampun, kurniaan dan kemuliaan

Imam al-Syafie Rahimahullah meninggal dunia di Mesir pada hari Khamis, awal bulan Sya’ban tahun 204 H dalam usia sekitar 54 tahun. (Lihat Siyar A’lam al-Nubala’, 10/76)

__________________________________________________________________________________


6 okt - Selasa
kuliah Maghrib
Ust.Muhammad Syahmi
Kitab Ridhayus Salihin

“Hari (hari Kiamat) yg kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yg menyusui anaknya dgn meninggalkn anak yg disusuinya itu & gugurlah kandungan segala wanita yg hamil & kamu melihat manusia dlm keadaan mabuk padahal mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras” (Surah al-Hajj (2)

Imam Jalal al-Din al-Mahalli mnyebutkn dlm tafsirnya: (Pada hari kalian melihat kegoncangan itu lalailah) disbabkannya (semua wanita yg menyusui anaknya) yg sebenarnya (dari anak yg disusukannya) ia mlupakannya (& gugurlah dari semua wanita yg sedang mengandung) yakni sedang hamil (kndungannya & kamu lihat manusia dlm keadaan mabuk) disebabkn trcekam perasaan takut yg amat hebat (padahal sbenarnya mereka tidak mabuk) disebabkn minuman keras (akan tetapi azab Allah itu sangat keras) maka mereka takut kepada azab itu (Lihat Tafsir al-Jalalain, hlm. 433)

___________________________________________________________________________________



5 okt - Isnin

kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Muhammad Amirullah

(Kitab Al Adab Al Mufrad)

Syahr bin Hausyab, katanya :-Maksudnya: Aku pernah brtanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yg paling bnyk apabila Baginda SAW disisi engkau?" Beliau menjawab “Doa Baginda SAW yg paling bnyk adalah:.                                                            (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) “Wahai Tuhan yg mmbolak balikkn hati, tetapkanlah hatiku diatas agamaMu” Ummu Salamah berkata "Aku pernah brkata kpd Rasulullah SAW Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa                      “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”Lalu Baginda SAW menjawab "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkn hatinya berada di dalam genggamn kekuasaan Allah.Barangsiapa yg Allah kehendaki, maka Dia akan mluruskannya & barangsiapa yg Allah kehendaki maka Dia akan mmbelokkannya."

Riwayat Imam Ahmad (26618) & al-Tirmizi (3522)