Ya ke........


AZAB ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.


PERKONGSIAN ILMU dari Tn Hj Ramlan

AZAB ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.

Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya dihari kiamat kelak maka, datanglah satu Malaikat yang menyeksanya.
Yang padanya rantai panjang, rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.
Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan Malaikat yang menghelanya akan berteriak-teriak katanya,
"Inilah balasannya bagi orang yang meninggalkan solat yang difardukan."
Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama "Saqar".

FIRMAN ALLAH SWT

"Firman Allah, apakah yang menyebabkan kamu masuk Neraka Saqar ini?"Kata mereka (penghuni dengan rasa sedih dan kesal) adalah kami ini orang-orang yang meninggalkan sembahyang."
(Al-Muddasir ayat 42-43).

5.13 pm, 20 Mei 2020, Perjumpaan dengan Ketua Kampung Baru Telok Kemang



Amalan Yang Paling Baik...................




Nabi SAW sendiri pernah menyebut bahawa amalan yang paling baik adalah yg berterusan Darapada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.

Riwayat Muslim (1780)

Imam Nawawi berkata Hadis ini mnggalakkn amalan yg berterusan & bahawa sedikitnya amalan yg berterusan lebih baik daripada amalan yang banyak namun terputus kerana dengan brterusannya amalan yg sedikit tersebut, maka akan brterusanlah ketaatan, zikir, muraqabah & ikhlas terhadap Allah SWT. Ia juga mmbuahkan berlipat kali ganda berbanding amalan banyak namun terputus. Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 6/71

Oleh itu dapat difahami bahwa salah 1 tanda amalan puasa diterima adalah kita berterusan dalam melakukan amalan2 ketaatan kepada-Nya walaupun selepas brakhirnya Ramadan.

Syukur AJK MKT Kemang 2020 Dalam Menyambut Hari Raya Aidl Fitri.


Menyedari kelemahan diri ini sbg hamba Nya . Saya mohon ampun maaf atas segala kesilapan tingkah laku dan tutur kata kepada semua AJK MKTK. Semoga Allah permudahkan urusan kita dan memberkati segala usaha kita. Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin.


Dari Tuan Setiausaha Masjid Kariah Telok Kemang





Dari Tuan Bilal MKTK



Dari Tn Hj Mahmood
Assalamualaikum sahabat sahabat,
Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran. Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin





________________________________________________________________________________

Kata-Kata Dari AJk Lain.

Dari Tuan Haji Baharuddin Baharin
Sayu hati lihat semua ajk dgn keluarga..kami anak anak tak balik sorang pun..kami berdua aje..dengan ucapan slmt hari raya aidil fitri..maaf zahir batin..

Dari Tuan Hisham
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN  PADA SEMUA AJK SEKELUARGA.
TAHUN INI BERAYA LAIN DARI KEBIASAAN SEMOGA ADA HIKMAH TERBAIK UNTUK KITA SEMUA.

Dari Dr Isham Shah and Family
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin.... Stay home, stay awesome!

Dari En Sofian


Dari Tn Hj Harmain




Selamat Menyambut Aidil Fitri 2020











Panduan Ringkas Solat Sunat Eidul Fitri (JAKIM) - 2020









Amalan Idil-Fitri ( JAKIM)
















Sedekah Di Bulan Ramadhan Banyak Kelebihannya.



*PECUTAN AKHIR RAMADHAN*

Sedekah yang paling utama adalah sedeqah di bulan Ramadan.
HANYA MODAL RM100 dibulan ramadhan seperti RM70000 pada bulan biasa. andai kita memilih hanya dengan RM1000 bersamaan RM 700ribu.

Apa yang perbezaan bersedeqah di bulan Ramadhan berbanding di bulan lain ?

🌀 Sekali Sedekah dalam bulan biasa Allah ganda 700 kali ganda. (Seringgit masuk tabung dapat seumpama 700 ringgit.
🌀 Masuk bulan Ramadhan, sedekah sunat yang kita buat pahala dia seperti *IBADAH WAJIB*. Kalau pahala fardhu bulan biasa 10 kali ganda. Kiraanya begini 1x700x10=7000 kali ganda
Satu ringgit bila dimasukkan dalam tabung pada bulan Ramadhan umpama sedekah 7000 ringgit. Subhanallah ! Dahsyatnya sedekah dalam bulan mulia ini.
Bayangkan jika modal itu RM10, RM 30, RM 50 atau RM 100 dah dikurniakan ganjaran sebesar itu. andai kita memilih hanya dengan RM100 bersamaan RM 70ribu
.Salah satu sebab Rasulullah SAW memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadhan adalah karena bersedekah di bulan ini lebih dahsyat dibanding sedekah di bulan lainnya..
Dan yang paling istimewa ganjaran pahala untuk orang yang berpuasa dan melakukan amalan di dalam bulannya, Allah sendiri yang akan membalasnya.
Mari rebut peluang ini untuk gandakan pahala bersedeqah di bulan mulia ini.

IBADAH SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

Sedekah yang paling utama di Bulan Ramadhan
Pahala dilipatgandakan oleh Allah SWT
Sedekah  bukti keimanan kita
Sedekah satu ibadah yang mulia
Sedekah menghapus dosa-dosa
👍 Bersedekahlah setiap hari di  bulan Ramadhan

Jom kita semua bersedekah ke Tabung Musa'adah Covid-19 Jakim yang telah dilancarkan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu mereka yang terjejas.
Akaun: Tabung Bencana Alam, Bank Islam Malaysia Berhad.

No. Akaun : 16027010001528

Sumber : https://www.facebook.com/155056204544957/posts/3050728894977659/

{مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ} [البقرة : 261]
رابط القراءة والتفسير والتلاوة

http://quran.ksu.edu.sa/index.php?aya=2_261
( 261 )   Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

*Sebarkan kepada semua dan seramai orang moga kita juga dapat saham pahala di akhirat.

Bersedekahlah ke Tabung Musa'adah Covid-19 JAKI



Sedekah.......




  • Pesan Buya Hamka :
  • Harta makanan yang kamu makan akan jadi kotoran
  • Harta yang kamu simpan akan jadi rebutan dan warisan
  • Harta yang kamu sedekahkan Insya Allah akan jadi tabungan yang abadi di akhirat kelak
  • Ayuh....Perbanyakkan sedekah kita di bulan Ramadhan...






SIMPTOM LAGHA/ LALAI. / LAILATUL QADAR

SIMPTOM LAGHA/ LALAI.

TQ..., dari....   JOM KE 👉 t.me/dakwahglobal

Tanda2 LALAI antaranya:

1.   Kurang membaca Al Quran
2.   Kurang berzikir
3.   Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:
       -  Tidak fokus,
       -   Sering terlupa bilangan rakaat,
       -   Melewatkan solat,
       -   Kurang solat jemaah.
4.   Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.
5.   Kurang @ malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.   Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.
7.   Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
8.   Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.
9.    Tangguh utk bertaubat.
10.  Malu utk belajar agama.
11.  Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ingatan:

 Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran._

Pesanan:

Belilah Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_

 IMPLIKASI LALAI:

1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2.  'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.
3.  Hilang fokus dlm hidup.
4.  Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:

1.  Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2.  Berkawan dgn org² yg lalai.
3.  Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4.  Tidak berzikir.
5.  Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara² mengatasi LALAI:

1.    Cari sahabat yg baik & soleh.
2.    Hadiri majlis ilmu.
3.    Bangun malam utk  solat tahajjud.
4.    Banyakkan zikir & taubat.
5.    Rajin baca quran.
6.    Bersangka baik pd org lain.
7.    Pemaaf.
8.    Ingat mati.
9.    Kurangkan makan.
10.  Amalkan sunnah Nabi saw.
11.  Bersabar bersyukur & bertawakkal.