Laksanakan amal ibadah setiap masa ....








Pengajaran Hadis:

1.  Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika  kita sihat dan bermukim  (menetap di suatu tempat).

2.  Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap Maghrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir). Begitu jugalah keadaannya apabila tidak dapat hadir Solat Jumaat kerana masjid masih ditutup atau dihadkan jumlah jemaah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan.

3.  Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya  amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.

4. Justeru, Marilah kita laksanakan segala amal soleh secara istiqamah semasa kita sihat dan tidak bermusafir ke mana-mana. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir atau ketika ditimpa musibah.

#StopCovid19
#KitaJagaKita