Selamat datang ke laman blog kami. Blog ini bukannya wadah rasmi masjid ini. Adanya blog ini ia dapat memberi sedikit info yang menyeluruh kepada Masyarakat Islam Teluk Kemang untuk mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti yang akan dan sedang berjalan. Terima kasih kepada Tuan Setiausaha MKTK kerana banyak menyalurkan info masjid kepada pihak kami. Dan sila KLIK info di bawah. TQ
TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN ( ONLINE ) KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ ( KBT ) SMA TELOK KEMANG 2021, 30 Dis 2020 dan 31 Dis 2020
TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN ( ONLINE ) KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ ( KBT ) SMA TELOK KEMANG 2021
Berikut adalah butirannya: Tarikh : 30/12/2020 , Rabu ( Calon Panggilan 1 ) Tarikh : 31 /12/2020, Khamis ( Calon Panggilan 2 ) Tempat : Rumah/kediaman masing- masing. 1) Temuduga akan dijalankan secara atas talian (online) menggunakan aplikasi…...
https://www.smatkem.edu.my/portal/2020/12/makluman-temuduga-secara-atas-talian-online-kemasukan-ke-tingkatan-1-kurikulum-bersepadu-tahfiz-kbt-sma-telok-kemang-2021
MAKLUMAN TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN ( ONLINE ) KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ ( KBT ) SMA TELOK KEMANG 2021
AdminSMATKEM 25 December 2020 Pelbagai, PENGUMUMAN Tinggalkan komen 3,768 Melihat
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
MAKLUMAN TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN ( ONLINE ) KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ ( KBT ) SMA TELOK KEMANG 2021
Berikut adalah butirannya:
Tarikh : 30/12/2020 , Rabu ( Calon Panggilan 1 )
Tarikh : 31 /12/2020, Khamis ( Calon Panggilan 2 )
Tempat : Rumah/kediaman masing- masing.
1) Temuduga akan dijalankan secara atas talian (online) menggunakan aplikasi google meet.
2) Ibubapa/penjaga calon diminta menyertai Group Whatsapp yang disertakan ini mengikut kumpulan masing-masing.
3) Group Whatsapp Kump 1 adalah untuk calon panggilan 1 dan Group Whatsapp Kump 2 adalah untuk calon panggilan 2 ( sila rujuk kumpulan anda pada senarai nama panggilan 1 dan 2 yg telah diberikan dalam portal sebelum ini ).
Dimaklumkan ini adalah group whatsapp untuk Calon PANGGILAN 1 ( Kump 1 ) Temuduga Kemasukan Ke Tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) SMA Telok Kemang 2021.
Semua INFO/MAKLUMAT berkaitan TEMUDUGA akan disampaikan melalui group ini
Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/L6Zxm6NF5Kp0ynXU7WHFxk
Dimaklumkan ini adalah group whatsapp untuk Calon PANGGILAN 2 ( Kump 2 ) Temuduga Kemasukan Ke Tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) SMA Telok Kemang 2021.
Semua INFO/MAKLUMAT berkaitan TEMUDUGA akan disampaikan melalui group ini.
Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/HgevlkViGNa3hwh5RITONS
ARAHAN, PANDUAN & MAKLUMAN TEMUDUGA ATAS TALIAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1
KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) SMA TELOK KEMANG 2021
- Sebagai makluman kepada semua calon Temuduga Kemasukan Ke Tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Tahfiz ( KBT) SMA Telok Kemang 2021, sesi temuduga pada tahun ini akan dilaksanakan secara atas talian menerusi aplikasi Whatsapp (medium makluman ibu bapa) dan Google Meet (medium temuduga calon).
- Temuduga ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : Sesi 1 (Calon Panggilan 1) : 30 Disember 2020 (Rabu)
Sesi 2 (Calon Panggilan 2) : 31 Disember 2020 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Arahan Kepada Calon :
- Calon dikehendaki untuk MERUJUK DAN MENGIKUT senarai nama yang telah disusun mengikut jadual giliran dan waktu temuduga di portal smatkem.edu.my.
- Calon dikehendaki memakai pakaian yang SOPAN semasa sesi temuduga dijalankan.
- Calon dikehendaki MEMAPARKAN KAD PENGENALAN DIRI kepada panel semasa sesi temuduga dijalankan.
- Calon dikehendaki MENUTUP MATA DENGAN KAIN semasa sesi temuduga dijalankan.
- Pihak urusetia akan memaklumkan potongan ayat hafazan yang perlu dihafaz oleh calon 3 HARI SEBELUM sesi temuduga dijalankan.
- Calon dikehendaki memastikan TIADA GANGGUAN TALIAN INTERNET berlaku sepanjang sesi temuduga dijalankan. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas segala gangguan talian yang berlaku.
- Calon dikehendaki untuk memastikan TIADA BANTUAN DARIPADA PIHAK LUAR sepanjang sesi temuduga dijalankan.
- Calon yang masih belum menghantar dokumen yang diperlukan untuk pengesahan pihak sekolah hendaklah berbuat demikian sebelum atau pada 31 DISEMBER 2020 (KHAMIS). Calon yang tidak menghantar dokumen dan tidak memenuhi syarat permohonan tidak akan diterima masuk.
- Sekiranya pihak sekolah mendapati adanya unsur penipuan dan pemalsuan dokumen selepas calon ditawarkan masuk, maka pihak sekolah berhak MEMBATALKAN TAWARAN kemasukan tersebut.
- Semua calon dikehendaki mematuhi arahan temuduga kemasukan ke tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) SMA Telok Kemang 2021. pihak SMA Telok Kemang mengucapkan jutaan terima kasih dan Semoga berjaya.
TIPS TEMUDUGA KBT SMA TELOK KEMANG 2020
Calon akan dinilai dalam beberapa aspek utama :
- Hafazan
Calon dikehendaki menghafaz potongan ayat al-Quran yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia. Pihak urusetia akan memaklumkan potongan ayat hafazan yang perlu dihafaz oleh calon 3 HARI SEBELUM sesi temuduga dijalankan.
Tips : calon hendaklah cuba menghafaz sebanyak yang boleh, semakin banyak ayat yang dihafaz, semakin cerah peluang untuk diterima masuk.
- Tilawah
Calon akan diminta untuk membaca potongan ayat al-quran yang ditetapkan oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan. Calon diminta untuk menyediakan senaskah al-Quran semasa sesi tersebut bagi memastikan arahan panel penemuduga dapat dilaksanakan oleh calon tanpa sebarang gangguan.
Tips : Calon hendaklah berusaha untuk membaca potongan ayat tersebut dengan baik dan lancar serta menjaga hukum tajwid al-Quran.
- Keistimewaan calon
Calon akan dinilai daripada aspek adab, kemahiran bahasa asing, pengalaman menghafaz al-quran, penglibatan koakademik dan kokurikulum serta minat calon dalam menghafaz al-Quran.
Tips : Calon perlu mempamerkan kelebihan diri di hadapan panel penemuduga dan menjawab dengan penuh keyakinan.
- Ujian Jawi dan Bahasa Arab
Calon akan diminta untuk menjawab soalan lisan Bahagian Jawi dan Bahasa Arab daripada panel penemuduga. Ujian ini akan menguji pengetahuan calon dalam kemahiran Jawi dan Bahasa Arab.
Tips : Calon dihendaki untuk memantapkan ilmu berkaitan kaedah penulisan Jawi yang tepat, pengetahuan asas Bahasa Arab serta kaedah penulisan ayat al-Quran yang tepat.
PERINCIAN PELAKSANAAN TEMUDUGA ATAS TALIAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) SMA TELOK KEMANG 2021
- Pendaftaran Semua calon akan mendaftar kehadiran temuduga atas talian ini pada jam 7. 30 PAGImenerusi pautan yang disediakan oleh pihak urusetia. Calon hendaklah mendaftar pada pautan tersebut mengikut HARI & TARIKH yang telah ditetapkan kepada calon.
Tarikh : Sesi 1 (Calon Panggilan 1) : 30 Disember 2020 (Rabu)
Sesi 2 (Calon Panggilan 2) : 31 Disember 2020 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi
- Temuduga Sesi temuduga dijalankan secara atas talian mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia. Sebarang permasalahan hendaklah berhubung terus dengan pihak pentadbir SMA Telok Kemang sebelum sesi temuduga dijalankan di talian 06-6625366.
“Selamat Menghadapi Temuduga & Semoga Berjaya”
Harap maklum. Terima Kasih.
Kuliah Agama Masjid Kariah T.Kemang 28 Dis - 3 Jan 2020
3 Jan - Ahad
kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mohd Zaidi Al-Fathoni
Kitab Saadatul Mutanabih
_________________________________________________________
2 Jan - Sabtu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Hj Suhaimi
Tafsir Al-Quran
_______________________________________________________________________
1 Jan - Jumaat
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust. Mejar Rudin
Kitab 40 Hadith Akhir Zaman
____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
30 Dec - Rabu
kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir
Kitab Hikam
_____________________________________________________________________________
29 Dec - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi
Kitab Riyadhus Solihin
___________________________________________________________________
28 Dec Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Halue
Kitab Akhlak Sorang Muslim
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
28 Dec - Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shukri Shamsudin
Kitab Al-Azkar
KUTIPAN DANA UNTUK TUJUAN PENGUBAHSUAI VAN JENAZAH SURAU UBUDDIAH TAMAN POLITEKNIK PORT DICKSON 2020
لسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
KUTIPAN DANA UNTUK TUJUAN PENGUBAHSUAI VAN JENAZAH SURAU UBUDDIAH TAMAN POLITEKNIK PORT DICKSON
Rujuk: Perbincangan Pengubahsuaian Van Jenazah bertempat di Surau Ubuddiah pada 24 Dis 2020.
1. Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Surau dan semua jemaah yg hadir telah bersetuju agar pihak surau mewujudkan Tabung Kutipan Dana Pengubahsuaian Van Jenazah bagi menampung kos pengubahsuaian Van Jenazah yg dianggarkan menelan belanja lebih kurang sebanyak rm 23,800.00. Untuk menghantar van ke bengkel memerlukan 80% daripada kos sebenar.
2. Bagi tujuan tersebut, orang ramai yg berhajat untuk menyalurkan sumbangan tersebut bolehlah memasukkan setiap sumbangan ke dalam tabung-tabung yg telah disediakan di surau ubuddiah dan setiap sumbangan hendaklah dimasukan kedlm sampul dan catitkan perkataan Ubah Suai Van Jenazah untuk memudahkan pihak pengurusan yg dilantik mengasingkan sumbangan- sumbangan yg lain yg masih lagi diteruskan seperti berikut:
a. Tabung Pembangunan Surau.
b. Tabung Majlis Ilmu
c. Tabung Pengurusan Jenazah.
d. Wakaf Pembinaan Masjid Tmn Politeknik.
3. Kepada orang ramai yang berhajat untuk turut menyumbang melalui akaun bank, bolehlah membuat transaksi seperti berikut:
Nama Bank: Bank Muamalat Caw PD
Nama akaun: Surau Ubuddiah Tmn Politeknik PD
No Akaun: 05020000169711.
4. Bagi pihak Pengerusi dan Ajk-Ajk dan Surau Ubuddiah mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk memanjangkan malumat ini kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan kenalan masing-masing untuk Kutipan Dana tersebut.
5. Semoga usaha murni ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif sepertimana yg diharapkan.
Semoga Allah menggantikan rezeki kepada mereka-mereka yg bersedekah dan menginfakkan harta mereka dijalan Allah.
Aamiin Ya Rabbil'alaamiin
Kuliah Agama Masjid T.Kemang 23 Dis - 2 Jan 2021
______________________________________________________________________________
25 Dec - Jumaat
kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mohd Zaidi Al-Fathoni
Kitab Saadatul Mutanabih
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4345957338765124&id=100000527035765&sfnsn=mo
Live Kuliah Maghrib
25 Dec Jumaat
Ustaz Mohd Zaidi
Masjid Kariah Telok Kemang
Kitab Saa'datul Mutanabbih siri 4 (hakikat Roh)
____________________________________________________________________________
25 Dec - Jumaat
Tazkirah Jumaat -12.30tgh
Ustaz Mat Zaki
_____________________________________________________________________________
21 Dec - Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah
Kitab Al Adab Al Mufrad
Pertandingan AZAN - Masjid Warisan, Tutup: 31 Dis 2020
Assalamualaikum.
PERTANDINGAN AZAN:
SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN DEC 2020 MASJID WARISAN TELUK KEMANG.
🟢Terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 8 - 14 tahun
🟢3Durasi AZAN tidak lebih dari 5 Minit
🟢Penyertaan PERCUMA
🟢HADIAH PERTANDINGAN, 1s+RM100 2nd RM70, 3rdRM50 4RM30 Saguhati ke5-10 RM15
🟢Peserta perlu memuatnaik/upload video Azan ke FB Rasmi Masjid Warisan https://m.facebook.com/mwtkn9/
🟢Peserta boleh menghantar seberapa banyak Video & meletakkan #MW-JOM AZAN
Keputusan Pengadil adalah Muktamad & Senarai Pemenang akan dimuatnaik di FB Rasmi Masjid Warisan
🟢Penyertaan bermula pada 20 Dec 2020 (Ahad) & tamat pada 30 Dec 2020 (Rabu)
🟢 Penyampaian Hadiah Pada 31 Dec Khamis selepas Maghrib Majlis Bacaan Yasin di Masjid Warisan.
Jom SOLAT JUMAAT
18 Dec/3 Jamadilawal - Jumaat
Tazkirah Jumaat
Ybhg Ustaz Abdul Jabar Aliho
Dari Abu Hurairah RA: Bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta,
✈️sesiapa yang pergi pada masa yang ke2, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu,
✈️dan sesiapa pergi pada masa yang ke3, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,
✈️dan sesiapa yang pergi pada masa yang ke4 seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,
✈️dan sesiapa yang pergi pada masa ke5, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur
dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”.
[Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]
Kuliah Agama di MKTK 14 - 20 Dis 2020
___________________________________________________________________
20 Dec - Ahad
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Hj Suhaimi
Tafsir Al-Quran
_________________________________________________________________
19 Dec - Sabtu
kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mohd Zaidi Al-Fathoni
Kitab Saadatul Mutanabih
________________________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________________________Pendaftaran SOLAT JUMAAT 18 DEC 2020 - hanya utk Walk In Dan My sejahtera shj di Masjid Kariah Telok Kemang*
Solat Jumaat akan diadakan dgn bilangan jemaah kepada 350 orang, yang mana terbuka kepada semua ahli kariah masjid yang berumur 15 tahun ke atas sahaja dengan cara "Siapa Cepat Dia Dapat Berjemaah (First Come First Serve).
PERATURAN & SOP YANG PERLU DIIKUTI
🟢Pintu akan ditutup jam 1.00tgh
🟢Pendaftaran manual bermula jam 12.00tgh (bawa pen sendiri)
🟢Pakai mask
🟢Bawa sejadah sendiri
🟢Berwuduk di rumah
🟢Sentiasa patuhi jarak 1 meter
🟢Solat ditempat yg ditandakan ✖️
🟢warganegara Malaysia shj
🟢Suhu melebihi 37.5 tidak dibenarkan masuk
🛑 Sebarang penambhan & perubahan S.O.P akan dimaklumkan
Wasap group kuliah/xtvt masjid t.kemang
👇👇👇👇👇
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcF
_______________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
16 Dec - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahari
Tajwid Dan Talaqi Al-Quran
________________________________________________________________________
14 Dec - Isnin
Kuliah Maghrib
Ustaz Mejar Rudin
Kitab 40 Hadith Keadaan Umat Sebelum Hari Kiamat