Selepas
solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang
sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis
air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana
doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat
sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
MUNAJAT
RAMADHAN…
Ya Allah…Ya
Rahman…Ya Rahim…
Dalam
dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina
ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi
mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu
Ya 'alim…
Ajarkanlah
kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami,
bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan
takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji
kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya
Allah…
Ya Allah
Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah
utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya
Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya
Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit,
Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa
kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami
habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia
sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd
kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp
mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya
Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah
dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau
gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya
Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd
kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah.
Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan
terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm
kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat
yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga
memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih
dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan
org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau
ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya
azizz…
Kurniakanlah
kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha,
sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub,
riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya
rahman…Ya Rahim..
Jika ada
dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka,
permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih
hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan
kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan
cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan
sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami.
Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm
melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan
berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya
Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya
Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan
kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami
semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa
diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah
kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg
padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg
padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini
sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai
ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali
kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya
Zal Jalali Wal Ikram…
Ya
Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah
kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai
ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau
rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman,
menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya
Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya
Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt
beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat
kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg
kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin3 ya
rabbal'aa