MENGENANG
JASA GURU NGAJI KITA..
Mungkin
guru ngaji kita seorang ustaz yang sederhana ataupun bukan, bukan ahli
ceramahan, tidak punya gelaran yg hebat, tidak dikenali kebanyakkan orang,
tidak pernah tampil di tv, radio, surat khabar atau laman sosial dan mungkin
penampilannya kekampungan saja...
MUNGKIN
DI MATA DUNIA BELIAU TIDAK DIPERHITUNGKAN !
Tapi
ingatlah 8 jasa-jasa luar biasa guru ngaji kita di bawah ini yang tidak bisa
dinilai dengan apapun..
1.
Jika iman adalah jalan keselamatan, ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat.
maka ingat, guru ngaji kitalah yang menanamkan benih iman pada kita..
2.
Jika isi otak, hati dan jiwa manusia lebih utama daripada isi perut
manusia...Maka ingat, guru kitalah yang telah mengisi ilmu dan ruhiyah otak,
hati dan jiwa kita..
3.
Jika syurga adalah ukuran suksesnya manusia. Maka ingat, guru kitalah yang
gigih memimpin kita ke jalan syurga..
4.Jika
orang tua hanya menyuruh kita beribadah, maka gurulah yang mengajarkan kita
segala macam ibadah..
5.
Jika Al-Qur'an adalah pedoman hidup kita, lazat membacanya, nikmat tadabburnya,
manfaat mengamalkannya. Maka ingat, guru kitalah yang dulu susah payah
mengajarkannya
6.
Jika dekat dengan Allah adalah sebaik-baiknya keadaan, maka ingat, guru kitalah
yang mendekatkan kita kepadaNYA..
7.
Jika sekarang kita mensyukuri kesolehan diri, pasangan dan keturunan. Maka
ingat, guru kitalah yang menjadi asbab kesolehan kita..
8.
Jika kerana akhlak kita orang-orang menyukai kita, banyak teman, banyak saudara
dimudahkan segala perkara. Maka ingat, guru kitalah yang mengajarkan kita
akhlak mulia..
*****************
Mudahan-mudahan
ilmu yg Engkau (Guru) ajarkan kepada kami, bisa kami amalkan terus sampai ke
hujung nyawa dan Insya Allah ilmuMU akan menjadi amal jariyah untukMU sampai
hari kiamat nanti....Aamiiin.
TERIMA
KASIH GURUKU...
Kerana
mengajarKU mengenal huruf dari "ALIF "sampai " YA' "..itu
lah mulanya langkah perjalananKU dalam mengenal Tuhan yang bernama A L L
A H....
________________
Muqaddam
lama kaedah Baghdadi..
Setiap
orang melayu dahulu pernah belajar mengaji muqaddam ini...
SIAPA
YANG PERNAH BELAJAR MUQADDAM INI MEMANG LEGEND..😘
DAN
Rahmat Untuk
Ke Syurga
Penghuni
syurga kelak tidak bercakap perkara yang sia-sia, menyakiti hati orang lain
serta tidak berbohong.
Allah SWT
berfirman yang bermaksud: “Mereka tidak akan mendengar dalam syurga itu
perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa. Mereka
hanya mendengar ucapan: “Selamat! Selamat! (daripada satu kepada yang
lain).” (Surah al-Waqi’ah, ayat 25-26)
Selain itu,
bakal penghuni syurga apabila diberikan masa lapang oleh Allah SWT, mereka
sentiasa menggerakkan bibir dengan zikir dan membaca al-Quran.
Apabila
melihat betapa tinggi dan sukarnya kriteria ditetapkan oleh Allah SWT itu,
seolah-olah kita tiada peluang untuk ke syurga.
Memang bukan
mudah untuk memperoleh ganjaran syurga Allah. Malah, Nabi Muhammad SAW juga
sangat berusaha untuk memasuki syurga, bukannya Baginda dengan mudah
memperolehnya.
Baginda
antara kalangan rasul yang paling banyak menerima ujian berat sehingga Baginda
berjaya menjadi manusia yang paling disayangi Allah SWT.
Baginda
menyatakan, tiada seorang manusia masuk ke syurga dengan amalannya. Semua orang
masuk syurga dengan rahmat Allah SWT.
Allah SWT
memberikan tanda kepada hamba-hamba-Nya sama ada mereka mati dalam keadaan baik
atau sebaliknya.
Dalam satu
hadis dinyatakan, setiap manusia akan dibangkitkan oleh Allah SWT di padang
mahsyar seperti dia dalam keadaan mati.
Kata ulama,
sesiapa yang hidup dengan penuh ketaatan dan ibadat, nescaya matinya juga akan
dalam keadaan taat dan beribadat.
Sehubungan
itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri ke arah mana waktu dihabiskan ketika
hidup di dunia ini.
Dalam sehari,
berapa bilangan kebaikan dan ketaatan serta ibadat yang kita lakukan? Jika
al-Quran langsung tidak disentuh, tidak beristighfar, tidak berselawat ke atas
Nabi Muhammad SAW, amalan bersedekah sukar dilakukan, maka kebaikan apa yang
diharapkan boleh menyebabkan kehidupan kita diredai Allah SWT?
Tidak cukup
hanya menunaikan solat lima waktu semata-mata kerana ibadat perlu sentiasa ada
peningkatan.
Dalam satu
hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu memperbaiki
amalan, mendekatkan diri kepada Allah dan berbahagialah. Sesungguhnya tiada
amalan yang dapat memasukkan seseorang ke dalam syurga. Mereka (para sahabat)
berkata: Apakah termasuk dirimu wahai Rasulullah? Ya, aku pun tidak, hanya
Allah saja yang menganugerahkanku keampunan dan rahmat-Nya.” (Riwayat
al-Bukhari)
Perkataan
rahmat membawa beberapa makna antaranya ia bermaksud Islam. Tidak semua manusia
memperoleh rahmat itu.
Sebagai insan
terpilih yang dilahirkan sebagai umat Islam, rahmat itu perlu sentiasa
disyukuri.
Selain itu,
perkataan rahmat dalam al-Quran juga membawa maksud syurga. Ia adalah tempat
terlalu istimewa bagi hamba-Nya yang berjaya.
Allah SWT
berfirman yang bermaksud: “Adapun orang yang putih berseri mukanya, maka mereka
berada dalam limpah rahmat Allah (syurga), mereka kekal di
dalamnya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 107)
Dalam
peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan seluruh isi serta
kedudukan syurga dan neraka.
Apabila Nabi
Muhammad SAW menceritakan mengenai neraka, keadaan ahli neraka itu mereka tidak
mati dan tidak juga hidup.
Allah SWT
berfirman yang bermaksud: “Selain daripada itu, ia tidak mati di dalamnya dan
tidak pula hidup senang.” (Surah Al-A'laa, ayat 13)
Api neraka
itu tersangat panas dan berwarna hitam. Disebabkan itu, ahli neraka sentiasa
merasa kesakitan lalu mereka memohon kepada Allah SWT untuk keluar.
Namun,
golongan itu akan terus kekal di neraka selama-lamanya. Bagaimanapun, orang
beriman masih berpeluang untuk keluar kerana di dalam hatinya masih
berbaki “La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah.”
Buat orang
beriman, setiap ujian di dunia adalah bagi meningkatkan lagi darjatnya di sisi
Allah…