Mesyuarat AJK MKTK - 9 malam, 28 Sept 2020

 








INGATAN NESRA DIOAGI RAYA

Jemputan prbncangan Dan penyarasan aktiviti


Tarikh : 29 Sept Selasa

Tempat : Dewan makan

Masa : selepas isyak

Makanminum : mohon pn siti uruskan


Agenda

1. Prog jenazah wanita

2. ceramah pusingan tawaf

3. daurah Kitab Muhadir hj joll

4. sambutan maulid nabi

5. projek cuci karpet / sanitize masjid

6. tv & cctv & live kuliah tv

7. gtong royong kubur & mural kubur

8. Kelas PAFA

9.mesy agung khairat kematian


Tn2 AJK MASJID LANTIKAN MAINS semua dijemput hadir 

#wakil2 masjid/surau di jika kelapangan dijemput hadir

" ADA TIGA RAHSIA KEMATIAN "

 

" ADA TIGA RAHSIA KEMATIAN "


① Rahsia WAKTU :

Kita tak akan pernah tau bila kematian akan menjemput kita...


② Rahsia TEMPAT :

Kita tak akan pernah tau Di mana kematian akan menjemput kita...


③ Rahsia CARA :

Kita tak akan pernah tau dengan Cara apa kematian menjemput kita...


ALLAH Swt merahsiakanya agar kita selalu bersedia setiap saat...

Kematian adalah sesuatu yang pasti terjadi,

Oleh kerana itu...


#Jangan menunda amal ibadah..!!.

#Jangan menunda nunda taubat..!!.

#Jangan menunda perbaikan diri..!!.

#Jangan main-main dengan maksiat..!!.


Semoga diakhir hayat kita Husnul Khatimah..

Mati dalam keadaan di ampuni segala Dosa...

Kuliah Agama 28 Sept - 4 Oktober 2020

 



30 Sept / 12 Safar - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Shamsul Bahari Mahmud Al Hafiz

Tajwid & Talaqi Al-Quran


DOA BELAJAR AL-QUR'AN


اللهم نَوِّرْ بِكِتَابِكَ بَصَرِيْ

ALLOHUMMA NAWWIR BIKITABIKA BASHORII

ya Alloh terangilah pengelihatanku dengan/sebab kitabMu


وَأَطْلِقْ بِهِ لِسَانِيْ

WA ATHLIQ BIHI LISAANII

dan ucapkannlah lisanku dengan/sebab kitabMu


وَاشْرَحْ بِهِ صَدْرِيْ

WASYRO_H BIHI SHODRII

dan lapangkanlah dada dengan/sebab kitabMu


وَاسْتَعْمِلْ بِهِ جَسَدِيْ

WASTA'MIL BIHI JASADII

dan gerakkanlah jasadku dengan/sebab kitabMu


بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ

BI_HAULIKA WAQUWWATIKA 

dengan daya dan kekuatanMu


فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِكَ

FAINNAHUU LAA_HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BIKA

maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan kecuali sebab daya/kekuatanMu








___________________________________________________________________________________


29 Sept / 11 Safar - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Syafiq

Kitab Aqidatul Awam


Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah & janganlah kamu berfikir tentang Allah.

Riwayat Abu Nu’aim, Hilyah Al-Awliya’

firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak mEmikirkannya. Surah Al-Dzariyat (28)

Allah S.W.T berfirman:

Maksudnya: Tidak ada sesuatu yang semisal dengan Allah. Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Surah Al-Syura (11)

Adapun sekiranya memikirkan Allah S.W.T itu dengan cara berzikrullah menerusi zikir-zikir dan juga pembacaan Al-Quran maka hal sebegini adalah suatu kebaikan yang disyariatkan. Terdapat begitu banyak anjuran dan galakan mengingati Allah S.W.T seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis yang sahih.

29 Sept Selasa

Kuliah Maghrib

Ustaz Muhammad Syafiq

Kitab Aqidatul Awam


Antara intipati kuliah

Al-Mumkinat

ialah segala perkara dari sudut Hukum 'Aqal harus untuk kewujudannya dan harus untuk ketiadaannya iaitu segala makhluq termasuk perbuatan makhluq yg diciptakan oleh Allah Ta'ala.

Perlu diketahui bahawa prinsip Hukum Aqal terbahagi kepada tiga (3) dan ianya perlu dipegang:

Wajib Pada 'Aqal: Apa yg tidak boleh digambar pada 'aqal ketiadaanNya iaitu Kewujudan Allah Ta'ala dan Sifat-sifatNya (Allah Ta'ala wajib pada 'aqal wujud dengan sifat-sifatnya)

Harus Pada 'Aqal: Apa yg boleh digambar pada 'aqal kewujudannya dan ketiadaanya iaitu segala al-mumkinat termasuk segala makhluq (makhluq boleh/harus pada 'aqal untuk wujud (ada) atau tidak diwujudkan (tiada)

Mustahil Pada 'Aqal: Apa yg tidak boleh digambar pada 'aqal kewujudannya iaitu kewujudan sesuatu yg menjadi sekutu bagi Allah Ta'ala (mustahil pada 'aqal sama sekali dengan kewujudan sekutu bagi Allah Ta'ala)

_________________________________________________________________________________



28 Sept  / 10 Safar - Isnin

Jumaat - Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halue Mat Tahir

Kitab Akhlak Seorang Muslim


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Aku berada pada sangkaan hamba-Ku kepada-Ku.” (Riwayat al-Bukhari, no. 7505)


Sabda Nabi SAW: Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa." Riwayat al-Tirmizi (3479)


Imam al-Baghawi menjelaskan maksud (وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) dengan katanya: “Sembahlah aku dan tidak selainku, nescaya Aku akan mengabulkan, memberikan ganjaran dan mengampunkan kamu semua. Apabila dinyatakan ibadah itu dengan doa, datang ganjaran itu sebagai tanda mustajabnya.[ Lihat Tafsir al-Baghawi, 4/120.


_________________________________________________________________________________


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA , 6 Okt 2020 Selasa

 


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA

Kaedah Smart Kafan


6 Okt Selasa

Pendaftaran Jam 8.15pg

Minum Pagi Disediakan

Penyertaan Terhad 30 Orang Terawal Sahaja

Yuran Penyertaan PERCUMA

Tenaga Pengajar Bilal Wanita & Team Pengurusan Jenazah Masjid Kariah Telok Kemang


Untuk Pendaftaran Sila Hubungi Hjh Siti Awiyah atau Wasap

www.wasap.my/60122993412/nak.daftar.kursus.Pengurusan.Jenazah

www.wasap.my/60122993412/nak.daftar.kursus.Pengurusan.Jenazah

www.wasap.my/60122993412/nak.daftar.kursus.Pengurusan.Jenazah


👇👇👇👇👇👇👇👇       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

👇👇👇👇👇👇

Visit to Like my Page-https://www.facebook.com/331391047509963?

#Facebook Rasmi Masjid

Sudut Pengetahuan Agama....

 

_____________________________________________________________________________________



Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis


Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,


“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.


Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)


👇👇👇👇👇👇👇👇       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6


__________________________________________________________________________________


Abu Hurairah RA berkata Bahawa Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: “Sesiapa yg mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dgn unta, 


sesiapa yg pergi pada masa yg ke2, maka seakan-akan dia berkorban dgn lembu,


dan sesiapa pergi pada masa yg ke3 maka seakan-akan dia brkorban dengan biri-biri jantan yg bertanduk,


dan sesiapa yg pergi pada masa yg ke4 seakan-akan dia berkorban dgn seekor ayam, 


dan sesiapa yg pergi pada masa ke5, maka seakan-akan dia berkorbn dgn sebiji telur 


dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir utk mndengar peringatn (khutbah)”.


 [Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]



👇👇👇👇👇👇👇👇       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

___________________________________________________________________________________



Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Hari Jumaat mmpunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yg mana tidak ada seorang hamba yg meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan mmberikn apa yg dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”[Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Diriwayatkan Said bin Jubair daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Waktu yg dimaksudkn pada hari Jumaat adalah antara solat asar sehingga terbenam matahari.

Adapun Said bin Jubair apabila beliau menunaikan solat asar, beliau tidak akan bercakap dgn sesiapa sehingga terbenamnya matahari.

Ini adalah pndapat sebahagian besar salaf & pada pendapat ini mempunyai hadith yg banyak berbanding pendapat-pendapat yg lain. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 377/1]


___________________________________________________________________________________


Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran tentang kedudukan penghuni neraka yang tidak mengerjakan solat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? 

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: 

"Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; 

Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; 

Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; 

Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. 

Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu. (Surah al-Mudassir: 42-48).


__________________________________________________________________________________

Firman Allah SWT:  

Maksudnya: Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakaratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri), pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keterangan-Nya. 

(Surah al-An’am: 93)

Kuliah Agama 21 Sept - 27 Sept 2020

 




_________________________________________________________________________________


22 Sept /4 Safar - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Amran Hj Awaludin - Timb.MUFTI N9

Isu Semasa & Fatwa Terkini


Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi;

:- dan (pada) pertukaran malam dan siang; 

:- dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; 

:-demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya,

:-serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; 

:-demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;

:-sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”


(Surah al-Baqarah: 164)


👇👇👇👇👇👇👇👇       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6


___________________________________________________________________________________


21 Sept / 3 Safar - Isnin
kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Muhammad Amirullah
(Kitab Al Adab Al Mufrad)

Syahr bin Hausyab, katanya :-Maksudnya: Aku pernah brtanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yg paling bnyk apabila Baginda SAW disisi engkau?" Beliau menjawab “Doa Baginda SAW yg paling bnyk adalah:.                                                            (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) “Wahai Tuhan yg mmbolak balikkn hati, tetapkanlah hatiku diatas agamaMu” Ummu Salamah berkata "Aku pernah brkata kpd Rasulullah SAW Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa                      “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”Lalu Baginda SAW menjawab "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkn hatinya berada di dalam genggamn kekuasaan Allah.Barangsiapa yg Allah kehendaki, maka Dia akan mluruskannya & barangsiapa yg Allah kehendaki maka Dia akan mmbelokkannya."
Riwayat Imam Ahmad (26618) & al-Tirmizi (3522)

Dari S/U MKTK

21 Sept / 3 Safar
Kuliah Maghrib 
Ustaz Muhammad Amirulllah

Antara intipati Kuliah
BAB HUTANG PIUTANG

Firman Allah SWT: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).”

(Surah al-Baqarah: 282)

Ibn Kathir menerangkan, “Ayat ini merupakan panduan daripada Allah SWT kepada hambaNya yang mukmin untuk menulis atau merekod sekiranya bermuamalah dengan cara bertangguh (berhutang). (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 1/411) Imam al-Sa’di menyatakan ayat ini mengandungi hukum yang besar dan bermanfaat dari aktiviti merekod hutang bagi mengelakkan mudharat yang lebih besar. (Rujuk Tafsir al-Sa’di, 1/118). Imam al-Maraghi menyebut, suruhan seperti ini lebih kepada menyuruh hambanya yang mukmin untuk menjaga hutang piutang mereka merangkumi akad pinjaman dan salam.” (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 1/551)

__________________________________________________________________________________

 



9 Sept / 21 Muhrm 1442H - Rabu

Kuliah Maghrib, Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Mahmud

Tajwid & Talaqi Al-Quran

lihat kitab حق التلاوة / HAQQU ATTILAAWAH  karya Husainy Syeikh ‘Utsman hal.169


konsep TALAQQI atau MUSYAFAHAH

Talaqqi atau Musyafahah merupakn metode belajar al-Qur’an yang mnsyaratkn prjumpaan secara langsung antara murid dgn guru.Talaqqi juga mnsyaratkn gerak mulut murid harus mengikuti gerak mulut yang dicontohkan guru. 

.

Al-Qiyamah ayat 16:

لا تحرك به لسانك لتعجل به

“(Sekali-kali) jangan kau (Muhammad) gerakkan lidahmu karena hendak cepat-cepat menguasainya”.

Wahbah al Zuhaili dalam Kitabnya “al Wajiz” menjelaskan bahwa ayat ini mengajarkan pada Nabi tentang cara mengikuti wahyu di dalam membaca al-Qur’an atau teguran Allah kpd Nabi utk tidak membaca al-Qur’an sebelum Jibril selesai mmbacakannya terlebih dahulu hingga selesai.

👇👇👇👇👇👇👇👇       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6



9 Sept Rabu

Tajwid & Talaqqi Ustaz Shamsul Bahari Mahmud AlHafiz


Antara Isi Pengajian


SIFAT-SIFAT HURUF

Sifat yang tidak memiliki lawan kata


1. Safir (ﺻﻔﺮ )

Menurut bahasa adalah: Suara yang menyerupai suara unggas/burung.

Menurut istilah adalah: Suara tambahan yang keluar dengan kuat diantara ujung lidah dan gigi seri.

Hurufnya ada 3, yaitu : shād (ص), zāy (ز ), dan sīn (س). Bunyi desiran yang berlaku pada huruf sād paling kuat dibanding zāy dan berikutnya.


Perbedaan sifat Safir dengan Hams adalah desiran nafas yang lebih kuat dibanding dengan Hams yang sekadar membunyikan hurufnya dengan hembusan nafas yang lebih ringan.


2. Qalqalah (ﻗﻠﻘﻠﻪ) - memantul.

Menurut bahasa adalah: Bergetar

Menurut istilah adalah: Pengucapan huruf sukun (mati) yang disertai getaran (pantulan) suara pada makhrojnya sehingga terdengar suara yang kuat. Huruf qalqalah ada lima yaitu; dikelompokkan dalam lafaz قُطْبُ جَدٍّ qutubujaddin: ق ,ط ,ب ,ج ,د


Qalqalah terbagi menjadi dua jenis:


Qalqalah kecil (shugra) yaitu: apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu berbaris mati dan baris matinya adalah asli karena harakat sukun dan bukan karena waqaf.

Contoh: ﻴَﻄْﻤَﻌُﻮﻥَ ,ﻴَﺪْﻋُﻮﻥَ


b. Qalqalah besar(kubra) yaitu: apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu dimatikan karena waqaf atau berhenti. Dalam keadaan ini, qalqalah dilakukan apabila bacaan diwaqafkan tetapi tidak diqalqalahkan apabila bacaan diteruskan.

Contoh: ٱﻟْﻔَﻟَﻖِ ,ﻋَﻟَﻖٍ

Huruf ﻁ , ﻕ pantulannya mendekati suara ‘O’, sedangkan untuk huruf lainnya terdengar mendekati lafazh ‘E’.

3. Lin (ﻟﻴﻦ ) - lembut

Menurut bahasa adalah: Lembut dan Mudah.

Menurut istilah: Mengeluarkan huruf dari mulut tanpa memberatkan lisan.

Hurufnya ada 2, yaitu waw و dan yā‘ ي

Pembunyian dengan sifat lin hanya berlaku apabila huruf itu mati, dan sebelumnya ada huruf berbaris atas.

Contohnya; خَوْف dan بَيْت


4. Inhiraf (ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ) - miring

Menurut bahasa: Condong atau miring.

Menurut istilah adalah huruf yang pengucapannya miring setelah keluar dari ujung lidah.

Hurufnya ada 2, lam (ل) dan ra‘ (ر )

Ra‘ (ر) miring bagian punggung lidah dan Lam (ل) miring bagian permukaan lidah


5. Takrir (ﺗﻜﺮﻳﺮ) - berulang

Menurut bahasa adalah: Mengulangi

Menurut istilah adalah: Pengucapan huruf yang disertai bergetar secara berulang pada ujung lidah

Hurufnya 1 sahaja, yaitu ro‘ (ر).

Walau bagaimanapun, getaran yang dibenarkan adalah sekali saja, lebih-lebih lagi pada keadaan tasydid.


6. Tafasysyi (ﺗﻔﺸﻰ ) - menyebar

Menurut bahasa adalah :Menyebar dan meluas.

Menurut istilah adalah Pengucapan huruf disertai menyebarnya angin di dalam mulut

Hurufnya 1 saja, yaitu syin (ش)


7. Istithollah (ﺇﺳﺘﻂﺎﻟﻪ) - memanjang

Menurut bahasa adalah: Memanjang

Menurut istilah adalah: Pengucapan huruf yang disertai memanjangnya suara dari awal sisi lidah sampai ujungnya, di sebelah kiri atau kanan lidah.

Hurufnya 1 saja, yaitu ḍhad (ض

Syabas.....Gotong Royong Tanah Perkuburan 6 Sept 2020

 





Kuliah Agama 7 Sep - 13 Sept 2020

 _________________________________________________________________________________


Kursus Pengurusan Jenazah Lelaki, 8 Sept 2020 ,selasa

Masjid Kariah Teluk Kemang.

Anjuran Bersama JHEAIN9 Bersama PU RAIHAN

#LELAKI SHJ#


Tentatif Program

7.30 pendaftaran 

8.00 sarapan

8.15 prgram bermula

12.00 penutup dan makan tengahari.










Penyertaan Terhad & Percuma


Maklumat lanjut hubungi

www.wasap.my/60133425396/nak.daftar.kursus.Jenazah.Lelaki

       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

__________________________________________________________________________________


7 Sept / 19 Muhrm 1442H - Isnin

kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Muhammad Amirullah

(Kitab Al Adab Al Mufrad)


LARANGAN TIDUR SECARA MENIARAP

Riwayat dripada Ya`ish dripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dlm masjid dlm keadaan meniarap, lalu ada seseorang yg mnggerakkanku (mmbangunkanku) dgn mngunakn kaki lalu berkata: Mksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yg dimurkai Allah. Kmudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yg mmbangunkanku) adalah Rasulullah SAW. Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dlm ADAB AL-MUFRAD (1187)

Di dlm kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi`e, tidur secara sengaja dlm keadaan sbegini adalah makruh. Ini spertimana yg disebutkn oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dlm kitabnya al-Majmu Mksudnya: dan dimakruhkn untuk tidur di atas perut (secara meniarap).Lihat Al-Majmu Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, (4/474)

👇👇👇👇👇👇👇👇       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

_______________________________________________________________________________




Bengkel Surah Fatehah

7 Sept 2020 ,Isnin , Masjid Kariah Teluk Kemang.

Anjuran Bersama JHEAIN9, Bersama PU RAIHAN


Tentatif Program

7.30 pendaftaran 

8.00 sarapan

8.15 prgram bermula

12.00 penutup dan makan tengahari.


Penyertaan Terhad & Percuma


Maklumat lanjut hubungi

www.wasap.my/60133425396/nak.daftar.bengkel.fatehah

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6