31 Okt 2021 - Ahad Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Md Azmi Sukaimi

 

31 Okt - Ahad

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Md Azmi Sukaimi

SELAWAT KEPADA NABI-NABI DALAM SOLAT

اللَّهُمَّ صَلِّ مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صليت عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.


HR Ibn Hibban, al-Hakim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi. Al-Daruqutni berkata hadis ini hasan manakala al-Hakim berkata sahih.


Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/464-465)

30 Okt 2021 - Sabtu , Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Abd Manas Bhagian Pengurusan Masjid JHEAIN9


Klik di atas, Facebook

https://www.facebook.com/Masjidtelokkemang/videos/448015296928979/


30 Okt - Sabtu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abd Manas

Bhagian Pengurusan Masjid JHEAIN9

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sabda Rasulullah SAW:

“Saya wasiatkan kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah SWT, taat dan tunduk kepada-Nya, walaupun yang menyampaikannya hanyalah seorang hamba habsyi. Dan sesungguhnya, barang siapa di antara kalian yang akan hidup sepeninggalku akan mendapati perselisihan yang banyak, maka berpeganglah dengan sunnah-ku dan sunnah para Khulafa' Rasyidin yang telah mendapat petunjuk, berpegang eratlah dengannya. Dan berwaspadalah kalian daripada setiap perkara yang diada-adakan,kesemuanya itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat”. (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Darimi, Abu Daud, Ibn Majah, al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Hakim. Al-Tirmizi mengatakan hadis ini hasan sahih)

 

30 Okt 2021 - Sabtu , Program Qiamunnahar Solat Dhuha,Taubat,Hajat Tajwid & Tallaqqi Surah Yassin - Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

 

Klik di bawah FB ini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=402261131380930&id=100056540603097


30 Okt - Sabtu

Program Qiamunnahar

Solat Dhuha,Taubat,Hajat

Tajwid & Tallaqqi Surah Yassin

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari


Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

“Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”


Riwayat al-Hakim

Renungan

 







30 Okt Sabtu 2021, Program Qiamunnahar, Solat Dhuha,Taubat,Hajat, Tajwid & Tallaqqi Surah Yassin Oleh Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

 

30 Okt - Sabtu

Program Qiamunnahar, Solat Dhuha,Taubat,Hajat, Tajwid & Tallaqqi Surah Yassin

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

“Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).” Riwayat al-Hakim

30 Okt 2021 , Sabtu . Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Abd Jabar

 

30 Okt - Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Abd Jabar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah Taala dalam surah al-Fath ayat 8-9:

إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا لِّتُؤْمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَتُعَزِّرُوهُ وَتُوَقِّرُوهُ وَتُسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad ﷺ) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu wahai Muhammad ﷺ) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

Ceramah Maulidul Rasul Hj Mohd Farid Ravi 29 Okt 2021 - Live...........

 




Link ke Facebook, sekarang sedang bersiaran

https://www.facebook.com/masjidkariah.telokkemang/videos/172268565029443/

Program Masjid 25 Okt - 7 Nov 2021

 Program  Masjid 25 Okt - 7  Nov 2021




______________________________________

27 Okt - Rabu

Kuliah Maghrib

YBhg Ustaz Shamsul Bahari

Tajwid Talaqqi Alquran


Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.


Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.


********************************************

26 OKT 201

KULIAH MAGHRIB

YBHG UST AMRAN HJ AWALUDIN

TIMBALAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Link Facebook klik di bawah...............

https://www.facebook.com/Masjidtelokkemang/videos/620381722675576/


26 Okt - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Amran Hj Awaludin - Timb.MUFTI N9

Isu Semasa & Fatwa Terkini


SELAWAT DAN SALAM KEATAS RASULULLAH SAW

daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)


Di dalam hadith yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: Orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebutkan namaku, maka dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat al-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir (2885)


*************************************************

25 Okt - Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halue

Kitab Akhlak Sorang Muslim

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Klik di sini dan teus link ke .......

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1031630914070033&id=100056540603097


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]

firman Allah SWT:-

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” al-Ahzab:21

🟢Wasap Group Masjid 

https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl*

 🟢Sumbangan infak masjid

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

🟢Tonton Kuliah Di FB LIve Masjid

https://www.facebook.com/masjidkariah.telokkemang

******************************************************

Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran

 Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran

OLEH USTAZ IQBAL ZAIN.

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها

Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

#1 – Tujuan Belajar Dan Beramal

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.


#2 – Tujuan Memohon Hidayah

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.


#3 – Tujuan Bermunajat

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.


#4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.


#5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).


#6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)

Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).


#7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.


#8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)

Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.


#9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.


#10 – Niat Mentaati Perintah Allah

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.


#11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.


#12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.


#13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.


#14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.


#15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.


#16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.


#17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.


#18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.


#19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.


#20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.


#21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau  mensia-siakan umur.


#22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.


#23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.


#24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.


#25 – Tujan Mendapat Kebaikan

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.


#26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)

Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).


#27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.


#28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.


#29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.


#30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW


#31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.


#32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.


#33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)

Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)

Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.


KONGSIKAN ARTIKEL INI


Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat

24 Okt 2021, Teori dan Praktikal Solat Wanita

 

Daripada Malik bin Huwairith RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

Maksudnya: Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.

Hadis riwayat al-Syafie dalam Musnad-nya (1/55), dan Ibn Hibban dalam Sahih-nya (1658)

Antara yang hadir.................









Penyampaian Sumbangan Bantuan Pentadbiran - 23.10.2921

 Link ke Penyampaian Sumbangan Bantuan Pentadbiran  , klik di bawah...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=633997294645287&id=100056540603097

 23 okt - sabtu

Program sambutan Maulidul Rasul

Penyampaian Sumbangan Bantuan Pentadbiran

kepada 7 Buah Masjid Dalam Kariah Telok Kemang


i. Masjid Warisan Telok Kemang

ii. Surau Taman Anika

iii. Surau Ubudiah Taman Poli

iv. Surau Ehsaniah Taman Intan

v. Surau Raudatul Ulum RRP1

vi. Surau Taawuniah RRP3

vii. Surau Pusat Islam Politeknik

Antara yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk mengurus tadbir masjid adalah seperti berikut:

Ia merupakan amanah Allah, justeru hendaklah ditunaikan dengan sepenuh hati dan penuh dengan profesional.

Niat yang ikhlas yang sentiasa ingin mencari keredhaan Allah apatah lagi dalam menguruskan pentadbiran Rumah Allah. Firman Allah SWT:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.

(Surah al-Bayyinah: 5)

TAKLIMAT BAITULMAL PORT DICKSON KEPADA 7 BUAH SURAU DALM KARIAH TELOK KEMANG

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=633997294645287&id=100056540603097

KENAPA PISANG DISEBUT DALAM AL-QURAN?

 KENAPA PISANG DISEBUT DALAM AL-QURAN DAN KENAPA DI RUMAH PERLU ADA BUAH PISANG??? Baca dalam Surah Al Waqi'ah di tengah ayat yg ke 29 .Ertinya luar biasa... 

قال الله تعالى : وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ

 ( سورة الواقعة - 29 )

Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):29 - dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),

Ternyata pisang itu buah syurga..... 

Saya hairan knp Allah menyatakan Pohon Pisang ... lalu saya cari Web, kenapa pohon pisang....kan biasanya Kurma.

Ternyata MASYAA ALLAH manfaat buah pisang, menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Dan ini telah ada yang meneliti :


INFO SIHAT

"MANFAAT BUAH PISANG"🍌🍌🍌

Ini Menarik. 

Setelah membaca ini, Anda tidak akan pernah melihat Pisang dengan cara yang sama lagi. Pisang mengandung tiga jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Sebiji Pisang memberikan dorongan instan pada pecernaan secara berkelanjutan dan energi substansial. Penelitian telah membuktikan bahawa dengan hanya dua biji Pisang* akan memberikan energi yang cukup untuk sebuah latihan berat selama 90 minit. 

Tidak hairan mengapa Pisang adalah buah bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Supply energi bukan satu-satunya yang didapati dari Pisang tetapi Pisang dapat membantu kita agar tetap fit. 

Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang fit, sehingga Pisang merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian. 

🍌. Depresi :

Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit penderita Depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan Pisang. Hal ini terjadi kerana Pisang mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.

🍌. Bagi Penderita Diabetes : Makanlah Pisang setiap hari. Karena Vitamin B6 terkandung dalam Pisang akan mengawal tingkat glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati Anda. 

🍌. Bagi Penderita Anemia : Pisang mengandung Zat Besi Tinggi, Pisang juga dapat merangsang produksi hemoglobin dalam darah dan membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah). 

🍌. Bagi Penderita Tekanan Darah Tinggi :

Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga _US Food and Drug Administration (Departmen ) baru saja mengizinkan perkebunan Pisang untuk melakukan ujian rasmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan stroke. 

🍌. Menambah Kemampuan Otak :

200 siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) sangat terbantu dalam ujian mereka tahun ini kerana memakan Pisang pada saat sarapan, saat istirehat dan saat makan tgahari dalam upaya untuk meningkatkan kekuatan otak mereka. 

Penelitian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka utk berfikir. 

🍌. Sembelit :

Pisang mengandung Zat Fiber dalam kadar yang tinggi, Pisang dapat juga membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda, Pisang akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus kembali ke ubat yang jelas BAB anda akan jadi semakin lancar . 

🍌. Ubat Mabuk :

Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk (Darat , Laut dan Udara) adalah dengan meminum milkshake Pisang ditambah dengan madu sebagai pemanis . Milkshake Pisang akan berkesan menenangkan perut anda dan dengan bantuan madu akan mengontrol kadar gula darah anda untuk menjadi normal kembali, sementara susu akan menenangkan perut  dan sistem pencernaan anda. 

🍌. Mulas Dan Sakit Perut :

Pisang memiliki efek antasid pada tubuh, jadi jika Anda menderita mulas dan perut terasa senak maka cubalah makan Pisang untuk mengurangi sakitnya. 

🍌. Mual di Pagi Hari (Morning Sickness) :

Ambil Pisang antara waktu makan membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual dipagi hari. 

🍌. Gigitan Nyamuk :

Sebelum anda meraih krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok daerah yang terkena gigitan nyamuk dengan bagian dalam kulit Pisang. Banyak orang yang sudah merasakan hebatnya Kulit Pisang krn akan mengurangi pembengkakan dan gatal pada kulit . 

🍌. Saraf :

 Pisang mengandung Vitamin B dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf. 

  🍌. Bagi Penderita Obesitas Yang Bekerja ?: 

Kajian  Institut Psikologi di Austria menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan  seperti, snack, coklat dan kerepek. Setelah meneliti 5.000 pesakit di rumah sakit, para peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang yg menderita kegemukan lebih sering berada  dalam tekanan kerja yang tinggi.

Banyak Laporan yang menyimpulkan bahwa untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan nafsu yang tinggi untuk memakan makanan apapun, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.

🍌. Usus :

Pisang bisa digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi penderita luka usus, Pisang akan mencegah gangguan pencernaan hal ini disebabkan texturnya yang sangat lembut dan halus. Pisang adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes penyakit yang parah. Dan Pisang juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam usus

  

🍌. Kontrol Suhu :

 Banyak budaya lain melihat Pisang sebagai buah "Pendingin" yang dapat menurunkan suhu baik fisik dan emosional, para ibu hamil Di Thailand misalnya, mereka akan makan Pisang sebelum melahirkan dengan keyakinan bahwa si bayi akan lahir dengan suhu dingin. 

🍌. Bagi Para Perokok : 

Buah Pisang dapat membantu orang yang mencuba untuk berhenti merokok. Vitamin B 6, B 12 yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari efek penghentian nikotin. 

🍌. Stress :

Kandungan Kalium dalam Pisang adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan detak jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangi kadar Kalium. Ini dapat dineutralkan (rebalanced) dengan bantuan snack Pisang yang tinggi Kalium. 

🍌. Stroke :

Menurut penelitian di The New England Journal of Medicine, makan Pisang sebagai bagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana stroke sebanyak 40% ! 

🍌. Kutil :

Mereka yang suka pada pengubatan tradisional sudah banyak yang tahu bahawa Pisang bisa Menghilangkan atau Mengecilkan Kutil, jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong Pisang dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar , tampal  itu dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tghari, setelah beberapa hari lalu lihatlah !!! 

Jadi ingatlah, Pisang  adalah ubat alami untuk berbagai penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal misalnya, maka Pisang mengandung ; Protein empat kali ganda Karbohidrat dua kali , Zat Fosfor tiga kali Vitamin A dan zat besi lima kali dan ada pula dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral lainnya. Pisang juga kaya kalium dan merupakan salah satu makanan dengan nilai terbaik, Jadi mungkin sekaranglah saatnya untuk mengubah pandangan kita terhadap Pisang dan makanlah Pisang setiap hari. 

🍌. NB: Pisang jugalah yang menjadi alasan monyet untuk begitu berbahagia setiap saat dan selalu sihat² saja dalam jangka panjang !Saya akan menambahkan satu manfaat lagi disini; Apakah anda ingin sepatu anda bersinar dan  berkilat dalam waktu singkat ? Ambil Dalam kulit Pisang, lalu gosok langsung pada kulit sepatu ... lalu lap lah dengan kain kering seperti orang mengilap sepatu ... lihatlah hasilnya ... !!!

Sungguh² Buah yang Menakjubkan !

🍌. Warning : 

Jangan simpan Pisang anda di fridge kerana struktur buah Pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan itu akan menghilangkan banyak sekali manfaat buah Pisang !!!

Sampaikan pesan ini kepada semua rakan² atau kerabat anda agar mereka juga bisa merasakan hebatnya Buah Pisang ini !!!.

PERTANDINGAN AZAN SEMPENA MAULIDUL RASUL SAW Dengan Kerjasama SK Telok kemang

 Link ke Pertandingan Azan , klik di bawah...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=883905095851456&id=100056540603097

PERTANDINGAN AZAN

SEMPENA MAULIDUL RASUL SAW

Tertutup Port Dickson

Dengan Kerjasama SK Telok kemang


🟢Terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 7 - 13 tahun

🟢Durasi AZAN tidak lebih dari 5 Minit 

🟢Penyertaan PERCUMA  (semua peserta akan dapat E-certificated)

🟢HADIAH PERTANDINGAN

Johan - RM100, N.Johan -RM70, ke-3 -RM50, Saguhati ke4-10 RM20

#semua peserta yang memasuki pertandingan layak mendapat sijil penyertaan


🟢Peserta perlu memuatnaik/upload video Azan, ke FB page : - 👉 facebook.com/Masjidtelokkemang

 Caranya..klik pada ruang komen di FB masjid Dan upload video azan

🟢Peserta boleh menghantar maximum 2 Video terbaik untuk dinilai & meletakkan #Semarak Maulidul Rasul

🟢Sila Nyatakan Butiran berikut di ruang koemn sebelum upload untuk memudahkan urusetia menghubungi 10 peserta terbaik

1. Nama, 2. Sekolah, 3. Umur, 4. No Telefon Untuk dihubungi 

🟢Penyertaan bermula pada 11 okt 2021 (isnin) & tamat pada 20 okt 2021 (Rabu) 

10 peserta azan terbaik akan dipanggil hadir ke masjid utk sesi penilaian terakhir secara bersemuka pada 24 okt 2021 (ahad) jam 11.00pg dan sesi penyampain hadiah

🟢Maklumat lanjut hubungi : Ustaz Syahril atau Ustaz Zulhisham

http://Wasap.my/+60123338907/info.Pertandingan.Azan

http://Wasap.my/+60139831469/info.Pertandingan.Azan


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=883905095851456&id=100056540603097

Tahniah ! . Program Marhaban dan Berzanji Khas untuk Muslimah Sempena Sambutan Maulidul Rasul SAW

 

17 Okt Ahad
8.30pagi
Program Marhaban dan Berzanji
Khas untuk Muslimah
Sempena Sambutan Maulidul Rasul SAW

Membaca Maulid Barzanji melahirkan perasaan gembira
terhadap Rasulullah s.a.w terutamanya dalam menyebut tentang
kelahirannya sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam. Ini
sejajar dengan galakan yang disebut di dalam al Quran:

Firman ALLAH SWT : -
“Katakanlah dengan kurniaan Allah S.W.T dan rahmatNya, maka
dengan itu mereka bergembira, itulah yang terlebih baik dari apa
yang mereka himpunkan.” (Surah Yunus - 58)

 🟢Wasap Group Masjid 
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl*

 🟢Sumbangan infak masjid
https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

Store untuk Disewa Di Masjid Kariah Telok Kemang

 

➖➖🟢➖➖

HEBAHAN KOMUNITI

➖➖🟢➖➖

Store untuk Disewa

Di Masjid Kariah Telok Kemang

KEMUDAHAN

🛑Singki

🛑Exhaust fan

🛑Plug point

🛑kipas dinding

Maklumat lanjut hubungi

http://Wasap.my/+60129066973/nak.info.sewaan.bilik.store.masjid.telok.kemang

BANTUAN TENAGA ANDA DIPERLUKAN - SEMUA

 

program gotong royong masjid

sempena Sambutan Maulidul Rasul SAW


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


16 Oktober 2021, 8.30 pagi, Masjid kariah telok kemang


TENTATIF

8.00pg sarapan Pagi, taklimat & pecahan area


8.30pg

aktiviti bermula


11.30pg

makan tengahari 

bersurai


BANTUAN TENAGA ANDA DIPERLUKAN - SEMUA 

Jemputan Ke Majlis Tahlil Sempena Bulan Mauludir Rasul Pada 19 Oct 2021 Selepas Isyak Di Teratak Homestay Tn Hj Mahmood

Dari Tn Haji Mahlood ,  Pengerusi Masjid Kariah Telok Ke,amg 2021-2023 

Asalamualaikom kepada semua Ajk sukarelawan Masjid. Dengan Rasa Rendah Diri, Saya Mewakili Capt Eisham menjemput semua Ajk  Ke Majlis Tahlil  Sempena Bulan Mauludir Rasul Pada 19 Oct 2021 Selepas Isyak Di Teratak Homestay Saya Bersebelahan Rumah Saudara Saiful. Majlis akan di Pimpin olih Imam 1 Tuan Hj Mohd Khaidir bin Hj Hamid. Besarlah harapan saya sekiranya Tuan Tuan Dan Puan Puan dapat menghadiri Majlis Tersebut. Sekian terima kasih. Wasalam.

Aktiviti Sambutan Maulidul Rasul SAW Masjid Kariah Telok kemang 2021

 

Ativiti Sambutan MaulidulRasul SAW

Masjid Kariah Telok kemang

HUKUM MENYAMBUT MAULID AL-RASUL

Sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Barang siapa yg melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yg baik maka ia akan mndapatkn pahala daripada prbuatan baiknya trsebut, dan ia juga mndapatkan pahala dari org yg mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”.

(Riwayat Muslim, no. 1017)

Hadis ini mmberikan satu kefahamn bahawa dibenarkan utk melakukan perkara2 baru yg baik & tidak brtentangan dgn al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama. Maulid al-Rasul adalah perkara baru yg baik & sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil2 trsebut. Dengan demikian, bererti hukumnya diharuskn bahkan sebagai salah satu jalan utk mndapatkn pahala jika brtepatan dengan syarak.

🟢Rujuk Sumber Asal: http://bit.ly/hkmmnymbtmldrsrl

🛑Wasap group xtvt masjid : https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🛑Sumbangan : https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

_______________________________________________

Ngaji Tajweed Di Surau Raudhotul Ulum T Kemang, 10 Okt 2021

 



Adab.....


 

Program Masjid 11 Okt - 24 Okt 2021

 

23 Okt - sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir
Kitab hikam

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:Apabila mayat (atau seseorang daripada kamu) telah dikuburkan, datanglah kepadanya dua malaikat hitam kebiru-biruan, seorang daripada keduanya dikenali dengan Malaikat Munkar dan seorang lagi dengan Malaikat Nakir. Keduanya berkata: “Apakah yang hendak engkau katakan mengenai lelaki ini?

Dia berkata: “Dia adalah hamba Allah dan utusan-Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.” Keduanya berkata: “Sungguh, kami telah tahu bahawa engkau akan mengatakan demikian itu.” Kemudian dilapangkan baginya di dalam kuburnya sepanjang 70 hasta kali 70 hasta. Kemudian diberi cahaya baginya di dalamnya. Kemudian, dikatakan kepadanya: “Tidurlah engkau.”

Riwayat al-Tirmizi (1071) dan Ibn Hibban (3117)

Link ke Ceramah, klik di bawah ini.....

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=915310866046766&id=100056540603097

*****************************************************

22 Okt - Jumaat
Kuliah Maghrib / Majlis Zikir
Ustqz Mohd Hasif bin Dato Sheikh Hj.Mohd Murtadza
Sheikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah

Daripada Jabir bin Abdullah  RA, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Sebaik-baik zikir ialah Lā`ilāha`illāLlāh (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah).
Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah & lain².

firman Allah SWT :-
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dgn menyebut nama) Allah, zikir yg sebanyak²nya. & bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi & petang.
(Surah al-Ahzab: 41-42)

Imam Maimun Ibn Mihran berkata : Zikir itu ada 2. Zikrullah dengan menggunakn lisan (lidah), & yg lebih afdhal dari itu adalah kamu mengingatinya ketika mana kamu hampir melakukn maksiat.
Rujuk Hilyah Al-Awliya’, Abu Nu’aim (4/87)

 🟢Wasap Group Masjid 
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl*

 🟢Sumbangan infak masjid
https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang



*****************************************************

20 OKT - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust Mohd Zaidi Al-Fathoni

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kenapa Nabi SAW dinamakan Muhammad?

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan daripada Imam al-Baihaqi bahawa:-
Maksudnya : Apabila Nabi SAW dilahirkan (ke dunia), Abd al-Muttalib telah mengadakan jamuan untuknya. Ketika sedang makan, para hadirin telah bertanya kepadanya : “Apakah yang telah engkau namakannya?” Jawabnya : “Muhammad.” Mereka bertanya lagi : “Apakah yang menghalang engkau daripada menamakannya dengan nama-nama ahli keluarganya?” Jawabnya : “Aku ingin (berhasrat) agar Allah SWT memujinya di langit dan juga menusia memujinya di bumi.” (Lihat Fath al-Bari, 7/163)

 🟢Wasap Group Masjid 
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl*

 🟢Sumbangan infak masjid
https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

🟢Tonton di Live Kuliah FB https://www.facebook.com/masjidkariah.telokkemang
_____________________________________________________________________

19 Okt - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi
Kitab Riyadhus Solihin

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

🟢Tonton di Live Kuliah FB https://www.facebook.com/masjidkariah.telokkemang

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.” [Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)]

Imam Ibn Kathir ada menyatakan selepas menyebut berkaitan hadith daripada Ali dan juga hadith daripada Abu Hurairah menunjukkan akan dalil wajibnya berselawat ke atas Nabi SAW setiap kali mendengar nama Baginda SAW. Ini merupakan pandangan sebahagian mazhab daripada ulama seperti al-Tahawi dan al-Halimi. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 9/373]

____________________________________________________________________

19 Okt - Selasa
Kuliah Subuh
Ybhg Ust Abd Jabar

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)

Di dalam hadith yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: Orang yg bakhil adalah orang yg apabila disebutkan namaku, maka dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat al-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir (2885)

____________________________________________________________


17 Okt - ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ust. Mat Zaki Hamat
Kitab Ehwal Kematian- Dan Urusan Akhirat
2 HARI MENUJU MAULID NABI SAW

Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّـهَ كَثِيرًا

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

(Surah al-Ahzab: 21)

🟢Wasap group masjid :- https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟢smbangan infak masjid:- https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

13 Okt/6 Rabiulawal - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Mahmud
Tajwid & Talaqi AlQuran
6 HARI MENUJU MAULID NABI SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hebatnya kuasa al-Quran ini hingga diterangkan dalam Surah al-Hasyr ayat 21:

Yang bermaksud:“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah
gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta hancur berkecai kerana
takut kepada Allah. Dan (ingatlah), perbandingan ini Kami kemukakan kepada
umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]

 🟢Wasap Group Masjid 😘https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl*

Dari Tok We...........




______________________________________________________________

12 Okt / 5 Rabiulawal
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust. Lt. Kol Rudin Shah

7 HARI MENUJU MAULID NABI SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

DALIL-DALIL AL-QURAN MEMBOLEHKAN MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Firman Allah SWT:"Katakanlah: ‘Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."(QS.Yunus:58)

Jadi, Allah SWT menyuruh kita untuk bergembira dengan rahmat-Nya, sedangkan Nabi SAW merupakan rahmat yang terbesar, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran, "Dan tidaklah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam." (QS Al-Anbiya’: 107)

🟢Rujuk sumber asal
https://www.facebook.com/muftins

 🟢Sumbangan infak masjid
https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkeman

_____________________________________________________________________________

11 okt / 4 Rabiulawal - Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Riduan Abd Hamid
Kitab Al Arbain fi Usuluddin

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

al-Ahzab: 56

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
aripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)


Haji 1965.

 


**********************************************************************************

Pertandingan Azan Sempena Maulidul Rasul

 

PERTANDINGAN AZAN

SEMPENA MAULIDUL RASUL SAW

Tertutup Port Dickson

Dengan Kerjasama SK Telok kemang

🟢Terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 7 - 13 tahun

🟢Durasi AZAN tidak lebih dari 5 Minit 

🟢Penyertaan PERCUMA (semua peserta akan dapat E-certificated)

🟢HADIAH PERTANDINGAN

Johan - RM100, N.Johan -RM70, ke-3 -RM50, Saguhati ke4-10 RM20, #semua peserta yang memasuki pertandingan layak mendapat sijil penyertaan


🟢Peserta perlu memuatnaik/upload video Azan ke FB page : - 👉 facebook.com/Masjidtelokkemang.  Caranya..klik pada ruang komen di FB masjid Dan upload video azan

🟢Peserta boleh menghantar maximum 2 Video terbaik untuk dinilai & meletakkan #Semarak Maulidul Rasul

🟢Sila Nyatakan Butiran berikut di ruang koemn sebelum upload untuk memudahkan urusetia menghubungi 10 peserta terbaik

1. Nama

2. Sekolah

3. Umur

4. No Telefon Untuk dihubungi 

🟢Penyertaan bermula pada 11 okt 2021 (isnin) & tamat pada 20 okt 2021 (Rabu) 

10 peserta azan terbaik akan dipanggil hadir ke masjid utk sesi penilaian terakhir secara bersemuka pada 24 okt 2021 (ahad) jam 11.00pg dan sesi penyampain hadiah

🟢Maklumat lanjut hubungi : 

Ustaz Syahril atau Ustaz Zulhisham

http://Wasap.my/+60123338907/info.Pertandingan.Azan

http://Wasap.my/+60139831469/info.Pertandingan.Azan