Kewajiban Terhadap Allah

 


Pengajaran Hadis:

1.  Seorang Mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan dan kesempitan hidup.

2.  Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua.

3.  Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudarat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong dan saling bantu membantu melakukannya.

4.  Manusia tidak akan mengalami musibah kecuali berdasarkan ketetapan Allah SWT. Orang yang selalu bersyukur akan mendapat perhatian, pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT.

5.  Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan. Insya Allah.


#stopcovid19

#kitajagakita

#staysafe

#1h1hdrajmainsafar