BERKENALAN DENGAN HARI JUMAAT
1.Hari kiamat
Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptanya adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga, pada hari itu jua dikeluarkan dia dari syurga. Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan pada hari Jumaat.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Kelebihan Jumaat, hadis no: 1417]
2. Hari hidayah untuk umat Muhammad SAW
Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Kita adalah umat yang terakhir, tetapi kita jua adalah umat yang paling awal tiba pada hari kiamat. Kita adalah umat terawak yang akan memasuki syurga. Hanya sahaja mereka umat yang lebih awal mendapat kitab sebelum kita. Kita mendapat kitab selepas mereka. Lalu mereka berselisih pendapat, lalu Allah pula memberi kita petunjuk pada kebenaran yang mereka perselisihi. Inilah hari yang mereka perselisihi padanya, dan Allah memberi kita petunjuk padanya. Hari Jumaat adalah hari untuk kita, esoknya (Sabtu) adalah hari untuk kaum Yahudi, dan selepasnya (Ahad) adalah untuk kaum Kristian.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Hidayah Hari Jumaat Kepada Umat, hadis no: 1419]