RUMAH KAMPUNG YANG SEPI...

 

RUMAH KAMPUNG YANG SEPI...

Bila sampai di laman rumah, yang pertama kita lihat ialah keadaan laman yang sepi, tiada seri, tidak terurus seperti kehadiran ibu di suatu masa dahulu. Walaupun kita upah orang mesin rumput, ia sudah tidak sama.

Membuka pintu bilik, terbayang-bayang adik beradik yang bersesak-sesak tidur di katil usang.

Melawat ruang tamu, terbayang riuh rendah suara adik beradik berseloroh dengan anak-anak kecil masing-masing. Alangkah indahnya momen itu.

Menyusuri dapur, walau pun tidak mewah dengan kelengkapan moden, di sinilah masakan dari tangan ibu disediakan. Nampak simple tapi sangat menyelerakan. Berebut-rebut tangan mencekuh lauk dan ada kalanya bertengkar. Ibu hanya memerhati dari sisi.

Kini rumah pesaka ini hanya tinggal kenangan.

Ibu telah pergi.

Ayah telah pergi.

Hanya sesekali sahaja kami balik dan berkumpul. Itu pun tidak semua dapat hadir.

Benarlah seperti kata orang. Rumah di kampung akan hilang Seri dan Riuh Rendah bila kedua orang tua sudah tiada...