24 Mei Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust. Amran Hj Awaludin
Timbalan Mufti N9
Isu Semasa dan Fatwa Terkini
➖➖➖❤️➖➖➖
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
⚫joint Wasap group :https://bit.ly/3LSwnMN
🟢follow Instagram -:-https://bit.ly/389b8b0
➖➖➖❤️➖➖➖
Daripada al-Nawwas bin Sam‘an R.A, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Didatangkan al-Quran pada hari kiamat bersama ahlinya (pembacanya) yang mengamalkannya (di dunia), didahului oleh Surah al-Baqarah dan Ali Imran. — (Al-Nawwas berkata): Rasulullah SAW membuat perumpamaan untuk keduanya (Surah al-Baqarah dan Ali Imran) dengan tiga perumpamaan yang tidak akan aku lupakan selamanya — Baginda bersabda: Kedua-duanya (akan datang) seperti dua awan tebal atau dua payungan hitam yang mana antara kedua-duanya ada sinaran (atau pancaran) cahaya atau kedua-duanya seperti dua pemisah pada kawanan burung yang membentangkan sayapnya dan berhujah untuk pemiliknya.”
*Riwayat Muslim (805); riwayat Ahmad (17637); riwayat al-Tirmizi (2883)