10 Sept jumaat
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust Shukri Shamsudin
Kitab Al Azkar
Firman Allah Swt :
“Antara dua tiupan (sangkakala) adalah 40. Maka, (ada yang bertanya kepada Abu Hurairah) adakah 40 hari? Abu Hurairah berkata: “Aku enggan menjawab”. Adakah 40 bulan? Beliau berkata: “Aku enggan menjawab”. Adakah 40 tahun? “Aku enggan menjawab” Kemudian Abu Hurairah berkata: Lalu (selepas itu) Allah SWT menurunkan hujan. Kemudian (mayat-mayat) akan tumbuh (hidup) kembali seperti tumbuhnya sayuran, tiadalah pada manusia itu sesuatu melainkan reput semuanya kecuali satu bahagian tulang iaitu tulang punggung. Daripada tulang ini akan bercantum semula (manusia itu) pada hari kiamat.”
Riwayat al-Bukhari (4651) dan Muslim (2955)
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
____________________________________________________________________________
8 Sept/1 Safar - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Mahmud
Tajwid Dan Talaqi AlQuran
“Dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)” al-Muzzammil:4
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya” Riwayat Muslim 804
Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah org mempelajari al-Quran & mengajarkannya”. Riwayat al-Bukhari (5027)
Imam al-Jazari menukilkan dalam matannya yg terkenal:
Maksudnya: Dan mengambil (membaca) dengan tajwid adalah wajib, barangsiapa yg tidak memperelokkan al-Quran (bacaannya) maka dia berdosa Lihat: al-Muqaddimah al-Jazariyyah; hlm. 11
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl
______________________________________________________________________________
7 Sept - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Muhammad Syahmi
Kitab Riyadus Solihin
Dari Anas ra, katanya: “Nabi SAW menggariskan beberapa garis, lalu beliau bersabda: “Ini adalah angan² manusia sedang ini adalah ajalnya. Kemudian di waktu org itu sedang dalam keadaan sedemikian -yakni angan²nya masih tetap panjang & membubung tinggi-, tiba² datanglah garis yg terpendek -yakni garis yang memotongnya yaitu kematian-.” (Riwayat Bukhari)
Kitab Riyadhus Shalihin Bab 65. Mengingat-ingat Kematian Dan Memperpendek Angan².
✅Joint wasap group kuliah&xtvt masjid
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl
✅klik utk infak Pengurusan & pembangunan masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang
_________________________________________________________________________________
6 sept / 29 Muharam
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Muhammad Amirulllah
Kitab Adabul Mufrad
KENAPA RASULULLAH SAW DINAMAKAN MUHAMMAD?
Imam Ibn ‘Asakir telah menyebutkan di dalam kitabnya daripada riwayat Ibn ‘Abbas R.A bahawa : Apabila Nabi SAW dilahirkan, Abd al-Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya : “Wahai Abu al-Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?” Jawabnya : “Aku ingin agar Allah SWT memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi.” (Lihat Tarikh Dimashq, 3/32)
✅ Sebarang bentuk sumbangan atau Infaq kepada masjid, boleh menggunakan Toyyibpay
• Klik Link :https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang
✅ Wasap group kuliah/xtvt masjid t.kemang
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl