30 Sept / 12 Safar - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Shamsul Bahari Mahmud Al Hafiz
Tajwid & Talaqi Al-Quran
DOA BELAJAR AL-QUR'AN
اللهم نَوِّرْ بِكِتَابِكَ بَصَرِيْ
ALLOHUMMA NAWWIR BIKITABIKA BASHORII
ya Alloh terangilah pengelihatanku dengan/sebab kitabMu
وَأَطْلِقْ بِهِ لِسَانِيْ
WA ATHLIQ BIHI LISAANII
dan ucapkannlah lisanku dengan/sebab kitabMu
وَاشْرَحْ بِهِ صَدْرِيْ
WASYRO_H BIHI SHODRII
dan lapangkanlah dada dengan/sebab kitabMu
وَاسْتَعْمِلْ بِهِ جَسَدِيْ
WASTA'MIL BIHI JASADII
dan gerakkanlah jasadku dengan/sebab kitabMu
بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ
BI_HAULIKA WAQUWWATIKA
dengan daya dan kekuatanMu
فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِكَ
FAINNAHUU LAA_HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BIKA
maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan kecuali sebab daya/kekuatanMu
___________________________________________________________________________________
29 Sept / 11 Safar - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Muhammad Syafiq
Kitab Aqidatul Awam
Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah & janganlah kamu berfikir tentang Allah.
Riwayat Abu Nu’aim, Hilyah Al-Awliya’
firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak mEmikirkannya. Surah Al-Dzariyat (28)
Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: Tidak ada sesuatu yang semisal dengan Allah. Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Surah Al-Syura (11)
Adapun sekiranya memikirkan Allah S.W.T itu dengan cara berzikrullah menerusi zikir-zikir dan juga pembacaan Al-Quran maka hal sebegini adalah suatu kebaikan yang disyariatkan. Terdapat begitu banyak anjuran dan galakan mengingati Allah S.W.T seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis yang sahih.
29 Sept Selasa
Kuliah Maghrib
Ustaz Muhammad Syafiq
Kitab Aqidatul Awam
Antara intipati kuliah
Al-Mumkinat
ialah segala perkara dari sudut Hukum 'Aqal harus untuk kewujudannya dan harus untuk ketiadaannya iaitu segala makhluq termasuk perbuatan makhluq yg diciptakan oleh Allah Ta'ala.
Perlu diketahui bahawa prinsip Hukum Aqal terbahagi kepada tiga (3) dan ianya perlu dipegang:
Wajib Pada 'Aqal: Apa yg tidak boleh digambar pada 'aqal ketiadaanNya iaitu Kewujudan Allah Ta'ala dan Sifat-sifatNya (Allah Ta'ala wajib pada 'aqal wujud dengan sifat-sifatnya)
Harus Pada 'Aqal: Apa yg boleh digambar pada 'aqal kewujudannya dan ketiadaanya iaitu segala al-mumkinat termasuk segala makhluq (makhluq boleh/harus pada 'aqal untuk wujud (ada) atau tidak diwujudkan (tiada)
Mustahil Pada 'Aqal: Apa yg tidak boleh digambar pada 'aqal kewujudannya iaitu kewujudan sesuatu yg menjadi sekutu bagi Allah Ta'ala (mustahil pada 'aqal sama sekali dengan kewujudan sekutu bagi Allah Ta'ala)
_________________________________________________________________________________
28 Sept / 10 Safar - Isnin
Jumaat - Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Halue Mat Tahir
Kitab Akhlak Seorang Muslim
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Aku berada pada sangkaan hamba-Ku kepada-Ku.” (Riwayat al-Bukhari, no. 7505)
Sabda Nabi SAW: Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa." Riwayat al-Tirmizi (3479)
Imam al-Baghawi menjelaskan maksud (وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) dengan katanya: “Sembahlah aku dan tidak selainku, nescaya Aku akan mengabulkan, memberikan ganjaran dan mengampunkan kamu semua. Apabila dinyatakan ibadah itu dengan doa, datang ganjaran itu sebagai tanda mustajabnya.[ Lihat Tafsir al-Baghawi, 4/120.
_________________________________________________________________________________