TELOK KEMANG, 05 JULAI - Pejabat Baitulmal Daerah Port Dickson sudah
mula menjalankan sesi ukur baju bagi anak-anak asnaf bagi kegunaan
persekolahan tahun 2018.
Program yang dijalankan di Masjid Kariah Teluk Kemang ini bertujuan
mengemaskini data asnaf yang terbaru dan memudahkan agihan mengikut
kariah.
Seramai 48 anak-anak asnaf terlibat di dalam program tersebut.
Turut hadir, WakiL Baitulmal Daerah Port Dickson, Ustaz Syed Abdullah Syed Ahmad; Puan Nordiyana Othman dan Ustaz Mohd Najib