Kuliah Agama 3 Ogos - 9 Ogos 2020


9 Ogos / 19 Zulhijjah - Ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ust.Hj SUhaimi Samad
Tafsir Al-Quran

Firman Allah SWT:
Ertinya: "Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku." Surah Ali Imran: 50

#Kaedah Ayat
#Petunjuk Ayat
#Kaedah Beramal
Jom Hadir Kuliah atau Rujuk Link Telegram Kuliah Ustaz Suhaimi
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://t.me/KuliahUstazSuhaimi

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6



8 Ogos / 18 Zulhijjah - Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ust.Hj Mohd Nasir
Kitab AL -Hikam

❝ Jangan menangisi dan berduka terlalu lama pada urusan duniamu. Kerana satu masa ianya akan berakhir tatkala jasad mu berada didalam perut bumi. 

Akan tetapi menangislah pada urusan akhirat mu. Kerana ianya bakal bermula. Kerana sebenar-benarnya alam kehidupan adalah alam akhirat (alam selepas kematian)❞

Syekh Ibnu Athoillah As-Sakandary - Kitab Hikam

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

7 Ogos / 17 Zulhijjah 1441H
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Muhammad Shukri
Kitab AL Azkar

Hasan Basri ketika ditanya: Apa RAHSIA ZUHUD di dunia ini?

 Beliau menjawab:..... aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, karena itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. 

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. 

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, karena itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

_______________________________________________________________________________


Abu Hurairah RA berkata Bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, 


sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu,

 dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,

 dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, 

dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur 

dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”.

 [Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]

_______________________________________________________________________________
7 Ogos 2020
Tazkirah Jumaat
Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir
Jam 12.30tgh

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadith ini di dalam sahih Muslim, antaranya:  [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 140/6] 

Iaitu antaranya Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.

Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6






___________________________________________________________________________________


5 Ogos Rabu
kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Hj Mohd Yusop
 (Kitab 30 Wasiat Imam Syafie)

Rasulullah SAW bersabda,

Belajarlah kamu semua, dan mengajarlah kamu semua, dan hormatilah guru-gurumu, serta berlaku baiklah terhadap orang yang mengajarkanmu." (HR Tabrani) 

whatsapp group
kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡                         
Follow this link to join my WhatsApp group
: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6


___________________________________________________________________________________






4 Ogos / 14 Zulhijjah 1441H
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Muhammad Syahmi
Kitab Riyadhus Solihin

"Taubat itu tidaklah diterima bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan, sehingga di kala salah seorang dari mereka itu telah didatangi kematian - sudah dekat ajalnya dan ruhnya sudah dikerongkongan - tiba-tiba ia mengatakan: "Aku sekarang bertaubat."

Surah Nisa', ayat 18

Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu
'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:"Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hamba selama ruhnya belum sampai di kerongkongannya - yakni ketika akan meninggal dunia."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.
KItab Riyadhus Solihin (Taman Orang-Orang Soleh – Imam Nawawi)

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang     
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6



___________________________________________________________________________________



3 Ogos / 13 Zulhijjah - isnin
kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Muhammad Amirullah
(Kitab Al Adab Al Mufrad)

NabiΨ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ُ ΨΉَΩ„َيْΩ‡ِ وَΨ³َΩ„َّΩ…َ bersabda:

“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,
”Apakah taman syurga itu?” 
Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majelis Ilmu).” 
(Riwayat At-Tirmidzi)

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ 
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang      https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6