15 Ogos Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ust.Mejar Zulkeple
Kitab Hadis 40
Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:
“Sungguh Para Malaikat merendahkan sayapnya kepada para pencari ilmu sebagai keridloan kepada penuntut ilmu” [HR Ahmad, Abu Dawud,At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban disohihkan Al-Albany).
Abu Hurairah R.A, Nabi Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: “Siapa yang dikehendaki kebaikan yang banyak oleh Allah, nescaya akan difahamkan perihal agamanya.” Riwayat al-Bukhari (71) dan Muslim (1037)
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Dalam hadith ini terdapat keterangan yang jelas tentang kelebihan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia. Begitu juga keutamaan ilmu agama di atas ilmu-ilmu yang lain.” (Lihat Fath al-Bari, 1/165)
👇👇👇👇👇
whatsapp group kuliah & xtvt
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6
14 Ogos / 24 Zulhijjah
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mohd Shukri Shamsudin
Kitab Al Azkar
Allah SWT turut berfirman;
“(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan).
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu;
maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.” (Surah An-Najm: 32)
👇👇👇👇👇👇👇👇
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6
14 Ogos / 24 Zulhijjah
Tazkirah Jumaat
Ybhg Ustaz Mejar Rudin
Abu Hurairah RA berkata Bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta,
sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu,
dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,
dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,
dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur
dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”.
[Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]
👇👇👇👇👇👇👇👇
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6
12 Ogos Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahri Mahmud
Tajwid & Talaqi AlQuran
Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)
Pengajaran hadith :
Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.
Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
👇👇👇👇👇👇👇👇
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6
0 Ogos / 20 Zulhijjah 1441H
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Mejar Wan Mazlan
Tajuk : Sifat 20
Imam al-Sanusi berkata:
Kemudian, wajib bagi-Nya 7 sifat yang dinamakan sifat ma’ani.
Sifat ma’ani tersebut adalah qudrah (Maha Berkuasa), iradah (Maha Berkehendak), ‘ilm (Maha Mengetahui), hayah (Maha Hidup), sama’ (Maha Mendengar), basar (Maha Melihat) dan kalam (Maha Berkata-kata).
Para ulama’ Asya’irah menamakannya sebagai sifat ma’ani bagi merujuk kepada hakikat yang benar-benar wujud pada zat Allah iaitu 7 sifat utama; qudrah, iradah, ‘ilm, hayah, sama’, basar dan kalam.[5]
Nuh Ali Salman al-Qudhah, al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh Jauharah al-Tauhid, halaman 60.
whatsapp group kuliah & xtvt https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6