Sabda Nabi SAW: خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى
Maksudnya : "Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah,
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
(Tiada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu).”
(HR Al-Tirmizi)
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, hadis no : 3540, Hadis Gharib, terdapat seorang perawi bernama Abu Ibrahim al-Ansari, di sisi Ahli Hadis, beliau bukan perawi yang kuat]
https://www.facebook.com/tarekattasauwuf/ - jabatan mufti kerajaan negeri sembilan
👇👇👇👇👇👇👇👇
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6
9 zulhijjah 1441H
Petikan
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
Di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku
################
Semoga Shalawat dan salam senantiasa tercurah buat junjungan kita, Baginda Nabi Muhammad shalallahu'alaihi wassalam beserta keluarganya dan para sahabat yang mengikutinya. Allahumma shali ala Sayyidina Muhammad wa ala ali Sayyidina Muhammad
👇👇👇👇👇👇👇👇
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6
29 July 2020
8 Zulhijjah 1441H
hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah
Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.
1.) Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah.
Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah.
Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
2.) disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan.
Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah.
[Lihat: al-Mughni, 3/249