Selamat datang ke laman blog kami. Blog ini bukannya wadah rasmi masjid ini. Adanya blog ini ia dapat memberi sedikit info yang menyeluruh kepada Masyarakat Islam Teluk Kemang untuk mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti yang akan dan sedang berjalan. Terima kasih kepada Tuan Setiausaha MKTK kerana banyak menyalurkan info masjid kepada pihak kami. Dan sila KLIK info di bawah. TQ
Memohon Keampunan
Pengajaran Hadis:
1. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Istighfar adalah amalan untuk memohon keampunan di atas kesilapan dan kesalahan kita sama ada yang kita sedar atau tidak sedar.
2. Rasulullah ﷺ sendiri tidak kurang 70 kali beristighfar sepanjang hari.
أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA: Saya telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali.” (HR Bukhari No. 6307, Status: Hadis Sahih)
3. Orang yang membiasakan istighfar akan dikurniakan kelapangan dari kesedihan yang mencengkam jiwa.
4. Membiasakan istighfar juga akan ditunjukkan jalan keluar dari kesempitan yang dihadapi oleh seseorang.
5. Melazimi istighfar juga akan memperolehi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.
6. Walaupun Rasulullah ﷺ adalah insan yang ma’sum (diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang) Baginda sentiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT. Justeru, sebagai insan biasa yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sewajarnya kita sentiasa lebih banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT pada setiap masa.
#StopCovid19
#KitaJagaKita