Awas ! Anak-Anak.......





Pengajaran Hadis:

1.  Rasulullah ﷺ melarang kanak-kanak keluar berkeliaran atau bermain apabila menjelang waktu senja kerana syaitan dan jin berkeliaran pada waktu tersebut dan boleh menganggu kanak-kanak atau bayi.

2.  Perintah menutup dan mengunci pintu rumah di waktu malam agar rumah tidak dimasuki sebarang binatang buas dan berbisa juga penceroboh seperti pencuri, penjenayah dan sebagainya.

3.  Rasulullah ﷺ memerintah agar menutup bekas minuman dan makanan bertujuan agar makanan yang berbaki dapat dijauhi daripada debu, kotoran atau dimasuki sesuatu yang boleh mencemarkan minuman dan makanan tersebut.

4.  Perintah menutup pintu, tempat minuman dan makanan dengan menyebut nama Allah tidak lain dari memohon perlindungan kepada Allah yang menjaga dan memelihara sekalian makhluk.

5.  Justeru, pastikan anak-anak kita telah pulang kerumah sebelum masuknya waktu maghrib supaya dapat menunaikan ibadah seperti membaca Al Quran, solat berjemaah selain dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku jika berterusan berada di luar rumah apabila menjelang malam.

#KitaJagaKita
#StopCovid19