17.7.2020 -Kuliah Maghrib Ustaz Halue Mat Tahir - Kitab Akhlak Seorang Muslim








17 July / 25 Zulkaedah 1441H
Jumaat - Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Halue Mat Tahir
Kitab Akhlak Seorang Muslim

4 Perkara meninggikan darjat seseorang di sisi Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW :

1- Berlapang dadalah engkau terhadap orang-orang yang membodohi kamu.
2-Engkau suka memberi maaf kepada orang-orang yang telah menganiaya ( menzalimi ) kamu.
3- Engkau suka memberi kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepadamu,
4-  Engkau mahu bersilaturrahim kepada orang yang telah memutuskan hubungan dengan engkau.

H.R. Thabrani

Kitab Akhlak Seorang Muslim – Muhammad Al-Ghazali- M/S: 230


Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadith ini di dalam sahih Muslim, antaranya:  [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 140/6]

Iaitu antaranya Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.

Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.


👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6