KULIAH AGAMA : 20 JULAI - 26 JULAI 2020




26 July ahad
kuliah subuh
Ybhg Ust.Hj.Suhaimi Samad
Tafsir AlQuran

Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,
”Apakah taman syurga itu?”
Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majelis Ilmu).”
(Riwayat At-Tirmidzi)

👇👇👇👇👇
Tekan link biru utk joint
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang   
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6


Telegram kuliah ustaz suhaimi
👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼👇🏼
https://t.me/KuliahUstazSuhaimi







25 July 2020
Sabtu - Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir
Kitab Hikam - Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari

Suatu nafas berhembus darimu, kecuali di situ takdir Allah berlaku padamu.   

Dalam setiap kandungan nafas manusia itu biasa terjadi sesuatu yg berkaitan dengan ketaatan mahupun kemaksiatan kepada-Nya. 

Demikian pula dengan kejadian yg berkaitan dengan pemberian nikmat dan ujian. Dengan kata lain, setiap helaan nafas yg keluar sebagai sarana (wadah) bagi suatu peristiwa, maka jangan ia digunakan untuk berbuat kemaksiatan & perbuatan terkutuk lainnya kepada Allah s.w.t. 

Demikianlah pesanan Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari dalam Kitab al-Hikam

 👇👇👇👇👇👇👇👇       
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6





24 July Jumaat
Majlis Zikir 
Ybhg Ust.Mohd Hasif Bin Sheikh Murtadza


Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

 “Demi sesungguhnya, perginya kamu mempelajari satu bab daripada ilmu itu lebih baik daripada kamu sembahyang sunat seratus rakaat.” (HR Ibnu Majah)
👇👇👇👇👇 
Tekan link biru utk joint 
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang     

WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6









24 July 2020
Tazkirah Jumaat
Ybhg Ustaz Muhammad Syafiq
Jam 12.30tgh

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadith ini di dalam sahih Muslim, antaranya:  [Lihat: al-Minhaj Syarah Muslim, 140/6] 

Iaitu antaranya Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.

Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.

👇👇👇👇👇👇👇👇       

WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6

JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN DZIKIR

لاَتتـْرُكِ الذِكْرَ لِعَدَمِ حُضوُرِكَ مَعَ اللهِ فيهِ لاَنَّ غفلَتَكَ عن وُجُودِ ذِكرِهِ أَشَدُّ من غَفلَتِكَ فى وُجوُدِ ذِكرِهِ فعَساَهُ أَنْ يَرْفَعَكَ من ذِكرٍ مع وجودِغَفلَةٍ إلى ذِكرٍ معَ وُجودِ يَقظةٍ ، ومن ذكرٍ معَ وُجودِ يَقظةٍ إلى ذِكرٍ معَ وُجودِ حُضوُرٍ، ومن ذكرٍ معَ وُجودِ حُضوُرٍ إلى ذِكرٍ معَ وُجودِ غـَيْبَةٍ عمَّا سِوىَ المَذكـُورِ وَماَ ذٰلكَ على اللهِ بِعَزِيزِ

"Jangan meninggalkan dzikir, kerana engkau belum bisa selalu ingat kepada Allah di waktu berdzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berdzikir itu lebih berbahaya dari pada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berdzikir." 

Semuga Allah menaikkan derajatmu dari dzikir dengan kelalaian, 

kepada dzikir yang disertai ingat terhadap Allah, 

kemudian naik pula dari dzikir dengan kesedaran ingat, 

kepada dzikir yang disertai rasa hadir, 

dan dari dzikir yang disertai rasa hadir kepada dzikir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. 

Dan yang demikian itu bagi Allah tidak berat [tidak sulit]." 


Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam






22 Julai 2020


22 July Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahri Mahmud
Tajwid & Talaqi AlQuran

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."  (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)

Pengajaran hadith :

Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.

Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani

👇👇👇👇👇👇👇👇     
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6


21 Julai 2020



21 July - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust. Muhammad Syahmi
Kitab Riyadhus  Solihin

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengabarkan kepada kita bahwa orang yang menuntut ilmu syar’i merupakan tanda bahwa Allah Ta’ala menghendaki kebaikan untuknya baik di dunia maupun di akhirat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 “Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memahamkan dia dalam urusan agamanya.” (HR. Bukhari no. 71 dan Muslim no. 2436)

👇👇👇👇👇
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang   
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6





20 Julai 2020


20 July 2020
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust. Muhammad Amirullah
kitab al-Adab al-Mufrad

Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Adab al-Mufrad.

Sanad dan lafaz hadis itu adalah seperti berikut :
Maksudnya :” Abu Nuaim dan Qabisah menceritakan kepada kami. Kedua-duanya berkata : Sufiyan telah menceritakan kepada kami daripada Habib Bin Abi Thabit daripada Khamil daripada Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi saw.Baginda bersabda : Antara (tanda) kebahagiaan seseorang adalah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunganggan yang elok.”
Riwayat al-Bukhari (457) di dalam al-Adab al-Mufrad

Lafaz hadis ini juga direkodkan oleh Imam ahmad di dalam Musnadnya hadis yang ke 15372 dan juga disebutkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman hadis ke 9558.al-Hakim juga merekodkan hadis ini dan menghukum hadis ini sebagai hadis yang sahih.

👇👇👇👇👇
whatsapp group kuliah & xtvt
masjid kariah telok kemang   
WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/Cq4ITHBWBz42WBxD3Aekn6