16 Feb - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg SS Dato Hj Mohd Yusof
Mufti Kerajaan N9
Kitab Fiqh Manhaj
➖➖➖❤️➖➖➖
46 Hari Menuju Ramadan
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
➖➖➖❤️➖➖➖
(Rukun) Qauliah, mempunyai 5 : Takbiratul Ihram pada awal solat, membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, tasyahud & selawat ke atas Nabi SAW serta salam, ke3nya pada duduk yg terakhir. (Rujuk kitab Safinat al-Solah: 44)
Syarat2 sah membaca al-Fatihah di dlm solat, ada 12 perkara....... Yang ke9, hendaklah bacaan al-Fatihah tersebut didengari oleh dirinya sendiri, ini kerana ia adalah rukun qauli. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 216)
Begitu juga disebutkn di dlm kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah bahawa: Jawapan bagi persoalan (adakah seseorang itu disyaratkn utk mendengar bacaan al-Fatihahnya) adalah, 3 drpd para imam mujtahid bersepakat bahawa jika sekiranya sekiranya seseorang itu tidak mendengar bacaannya, maka ia tidak dianggap sebagai membacanya.