15 Feb 2022 - Kuliah Maghrib - Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi - Kitab Riyadhus Solihin

 

15 Feb 2022

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi

Kitab Riyadhus Solihin


➖➖➖❤️➖➖➖

47 Hari Menuju Ramadan

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

➖➖➖❤️➖➖➖

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Kamu akan mengikut jejak langkah cara hidup golongan sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak Dhob pun, kamu akan mengikuti mereka." Kami bertanya, "Wahai Rasulullah. Adakah mereka itu Yahudi & Kristian." Jawab Nabi, "Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Riwayat al-Bukhari (3456)


Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan, Ibnu Batthal berkata: Rasulullah SAW mmberitahu bahawa umatnya akan mengikuti perkara2 baru daripada hal-hal bid'ah & yg mengikut hawa nafsu sebagaimana yg berlaku kepada umat sebelum mereka. Baginda telah mmberi amaran dlm banyak hadis tentang keadaan akhir zaman yg buruk. Kiamat tidak akan berlaku kecuali kepada manusia2 yg buruk. Ketika itu agama hanya dipegang oleh orang2 trtentu sahaja.