1 Mac Selasa
Kuliah Subuh Khas
Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah
Kitab Adabul Mufrod
➖➖➖❤️➖➖➖
34 Hari Menuju Ramadan
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
➖➖➖❤️➖➖➖
Rukun qauli ada lima iaitu:
1. Takbiratul ihram
2. Bacaan Surah al-Fatihah
3. Bacaan tasyahhud akhir
4. Selawat ke atas Nabi Muhammad pada tasyahhud akhir
5. Salam
Kesemua rukun-rukun qauli ini perlu dibaca, disebutkan dan dilafazkan sehingga mengeluarkan suara sekadar bacaan yang boleh didengari oleh dirinya. Syeikh Sulaiman al-Bujairimi menyebut di dalam hasyiahnya bahawa lafaz takbir perlu diperdengarkan oleh dirinya sendiri begitu juga dengan rukun qauli yang lain.:- Lihat Hasyiah al-Bujairimi ‘ala Syarh Minhaj Al-Tullab, 1/189
Imam al-Nawawi menyebut bahawa bacaan yang paling minimum untuk rukun qauli adalah dibaca dengan senyap iaitu bacaan tersebut boleh didengari oleh dirinya sendiri jika dia seorang yang boleh mendengar :- Raudhah al-Talibin wa Umdah al-Muftin, 1/242