9 Nov 2021 - Selasa Kuliah Maghrib Ustaz Lt. Kol Rudin Shah

 

9 Nov - Selasa

Kuliah Maghrib

Ustaz Lt. Kol  Rudin Shah

Kitab 40 Hadith Keadaan Umat Sebelum Hari Kiamat


WUJUDKAH AZAB KUBUR?

Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”  (Surah Ghafir: 45-46)

 Sayyid Qutub berkata: Ayat ini menyatakan bahawa mereka didedahkan kepada neraka pada waktu pagi dan petang iaitu dalam tempoh selepas mati hingga berikutnya kiamat. Mungkin azab ini ialah azab kubur kerana selepas itu al-Quran menyebut:

Maksudnya: Dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!

(Surah Ghafir: 46)