1, 2, dan 3 Nov 2021 - Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah, Ustaz Muhammad Syahmi dan Ustaz Hj Mohd Yusof

 

3 Nov - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Hj Mohd Yusof. Al-Quran Sebagai Penyelamat 

SIFAT PANAS NERAKA JAHANAM DAN BERAT AZAB NERAKA

Ibnu al-Mubarak meriwayatkan daripada Sufyan, daripada Sulaiman, daripada Abu Zhibyan, daripada Salman, dia berkata: “Neraka itu hitam, baranya tidak bercahaya api.” Kemudian dia membaca:

Maksudnya: Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (kepada mereka dikatakan): “Rasailah azab yang membakar ini.”

(Surah al-Hajj: 22)

Malik meiwayatkan daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Api dunia yang kemu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api nereka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulllah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Ia lebih panas 69 kali.”

Riwayat Muslim

____________________________________________________________________


2 Nov - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi

Kitab Riyadhus Solihin

Daripada Saidina Jabir R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:

 “Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Qur'an? Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda "saya saksi ke atas mereka." Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan”.

Riwayat al-Bukhari (1347)

________________________________________________________

1 Nov - Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah, Kitab Adabul Mufrad

Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr RA, sesunguhna dia mendengar Nabi SAW bersabda:

“Apabila kamu mendengar muazdin, maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muadzin. Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana barangsiapa yang berselawat je atasku engan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat). Setelah itu, mohonlah  (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) yang mana ia tidak layak untuk sesiapapun melainkan buat hamba-hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak). Maka barangsiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi SAW).” [Riwayat Muslim (384)]

Menurut Imam al-Nawawi bahawa hadith ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi SAW selepas daripada selesai menjawab azan