7 Nov 2021 - Ahad , Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Mat Zaki , Hal Berkaitan Kiamat dan Urusan Akhirat,

 


7 Nov - Ahad , Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Mat Zaki

Hal Berkaitan Kiamat dan Urusan Akhirat

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: adapun penduduk neraka yang sememangnya mereka penghuninya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak juga hidup (beristirehat daripadai siksa neraka). Tetapi ada manusia yang akan diazab dengan api kerana dosa-dosa mereka atau kesalahan mereka, mereka akan dibunuh sehingga mereka bagaikan menjadi arang, hingga diizinkan kepada mereka syafaat. Kemudian (arang-arang) itu dibawa secara lambakan dan dilemparkan di sungai-sungai syurga, lalu dikatakan “wahai Ahli syurga, curahkan air kepadanya dan ia akan menjadi benih yg dihanyutkan arus”

Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulama’ yg menerangkan maksud penduduk neraka yang sememangnya penghuni neraka, ialah golongan kuffar yang tidak akan keluar selamanya daripada neraka. Lihat Fatwa al-Nawawi:104