30 Nov 2021 - Selasa Kuliah Maghrib , Ybhg Ustaz Abdul Manas Bah. Pengurusn Masjid JHEAINS - Kitab Tanbihul Ghafilin

Klik ....

FB...................

https://www.facebook.com/331391047509963/posts/909466419702420/?sfnsn=mo


30 Nov - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abdul Manas

Bah. Pengurusn Masjid JHEAINS

Kitab Tanbihul Ghafilin


KEADAAN MASUK SYURGA TANPA HISAB BAGI PELAKU DOSA BESAR


firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). (Surah al-Nisa: 48)


Ibn Jarir al-Tabari dalam menjelaskan ayat ini menyebut: “Ayat ini menjelaskan bahawa semua pelaku dosa besar berada di bawah kehendak Allah. Jika berkehendak, Dia memaafkannya, dan jika berkehendak, Dia akan menyeksanya. Selama mana dosa besarnya bukanlah sebuah kesyirikan kepada Allah.” (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil ay al-Quran, 8/450)


🛑rujukan sumber : https://bit.ly/31bjtXY

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

29 Nov 2021 - Isnin Kuliah Maghrib, Ybhg Ustaz Shukri Ismail - Kitab Rahsia Kmatian, Alam Akhirat & Kiamat

.......Klik .......FB....... 

https://www.facebook.com/100056540603097/videos/1137901286616705/


29 Nov - Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shukri Ismail

Kitab Rahsia Kmatian, Alam Akhirat & Kiamat

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah, dia (syaitan) akan mengundurkan diri & apabila manusia lalai, dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan.”

Rujuk kitab Fath al-Bari oleh Imam Ibn al-Hajar al-Asqalani (8/614)

Syaitan akan membisikkn bisikan ke dalam hati-hati anak Adam ketika anak Adam berada dalam keadaan sedih & gembira. Jika manusia itu berjaya untuk mengingati Tuhannya, maka syaitan itu akan menjauhinya. Rujuk Tafsir Ibn Kathir (4/750)

Firman Allah SWT: Maksudnya: “Yg melemparkan bisikan & hasutannya ke dalam hati manusia.  (Iaitu pembisik & penghasut) dari kalangan jin & manusia”

(Surah al-Nas: 5-6)

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS TAHUN 2022

 

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS TAHUN 2022

📍 Senarai lokasi Pejabat Agihan MAINS Daerah & Cawangan: https://www.mains.gov.my/v1/zakat/agihan/kaunter-agihan

https://www.facebook.com/majlisagamaislamns

28 Nov 2021, Ahad Kuliah Subuh , Ybhg Ustaz Hj Suhaimi - Tafsir AlQuran

 

28 Nov Ahad

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Suhaimi

Tafsir AlQuran

SEMUA NABI BERADA DI BAWAH PANJI NABI MUHAMMAD SAW

Daripada Abu Said RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Dan tidak nabi pada saat itu termasuk Nabi Adam dan selain daripadanya melainkan (kesemuanya) akan berada di bawah panjiku.” [Riwayat al-Tirmizi (3615)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan]


Imam Iz al-Din bin Abdul Salam berkata di dalam kitabnya bahawa hadith ini di menunjukkan akan ketinggian martabat Baginda SAW berbanding Nabi Adam AS dan selain daripada Nabi Adam AS. Untuk itu, tidak ada makna pada kelebihan itu melainkan pengkhususan pada kedudukan dan juga ketinggian martabat. [Lihat: Bidayah al-Sul, 49]


⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

27 Nov 2021, Sabtu Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir - Kitab Hikam

 


Klik FB di bawah.

((((( Live🎙️link ))))) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=922070461751574&id=100056540603097



27 Nov Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir

Kitab Hikam

Firman Allah SWT : Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” al-Tawbah: 24 


Syeikh al-Sa’di mengatakan ini adalah ayat yang agung pada menyatakan kewajipan kita mencintai Nabi SAW melebihi segala-galanya. [Lihat: Tafsir al-Sa’di, 332]


⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

27 Non 2021 - MAKLUMAN Kuliah Dhuha Bersama Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Mahmud Al Hafiz ( DITANGGUHKAN DITANGGUHKAN DITANGGUHKAN)

 

MAKLUMAN

Kuliah Dhuha Bersama

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Mahmud Al Hafiz

27 Nov 2021 (Sabtu)


DITANGGUHKAN

DITANGGUHKAN

DITANGGUHKAN

26 Nov 2021, Jumaat , Kuliah Maghrib Ustaz Mohd Hasif bin Dato Sheikh Hj.Mohd Murtadza Sheikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah - Selepas Solat Maghrib

Sila klik di bawah....

....FB................. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3084719568475653&id=100056540603097


26 Nov Jumaat

Kuliah Maghrib

Ustaz Mohd Hasif bin Dato Sheikh Hj.Mohd Murtadza

Sheikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah

Selepas Solat Maghrib


Antara Amalan² yg dianggap paling utama & mmpunyai bnyk klebihannya serta sangat digalakkn oleh guru² tarekat ini membaca & mengamalkannya ialah:


SELAWAT AZAMIAH

اَللّهُمَّ اِنِّيْ أَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلأ أَرْكانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحً

24 Nov 2021, Rabu Kuliah Maghrib, Ybhg Ustaz Shamsul Bahari - Tajwid Dan Talaqi Alquran

Sila Klik Di bawah ini, ...............FB................. 

https://www.facebook.com/masjidkariah.telokkemang/videos/425930118991712/


24 Nov Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

Tajwid Dan Talaqi Alquran

TAKUT HENDAK MEMBACA AL-QURAN

`Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: Seorang yg mahir dalam membaca al-Quran bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah & bagi yg membaca al-Quran namun tersangkut² & berasa susah buatnya maka untuknya itu 2 ganjaran.

Riwayat Muslim (798) & Ibn Majah (3779)

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa 2 ganjaran yg diperolehi itu adalah kerana pertamanya bagi pembacaannya itu & yg ke2nya disebabkn kepayahannya dalam membaca al-Quran.

Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, (6/85)

Joint wasap group masjid : https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

Maha Suci Allah....

 




23 Nov 2021, Selasa - Kuliah Maghrib , Ybhg Ustaz Amran Hj Awaludin Timb.Mufti Kerajaan N9 - Fatwa Terkini dan Isu Semasa

Klik di sini FB .............................

https://www.facebook.com/masjidkariah.telokkemang/videos/415917610011965/


23 Nov Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Amran Hj Awaludin

Timb.Mufti Kerajaan N9

Firman Allah SWT: Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakaratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri), pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keterangan-Nya. 


(Surah al-An’am: 93)


⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

22 Nov 2021, Isnin Kuliah Maghrib , Ybhg Ustaz Halue - Kitab Akhlak Seorang Muslim

 

22 Nov Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halue

Kitab Akhlak Seorang Muslim

BALASAN MEMULIAKAN ORANG TUA

Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidaklah orang yg muda itu apabila dia memuliakn orang yg tua disebabkan usianya, melainkan Allah akan menetapkan pada usia tuanya nanti akan ada org yg memuliakannya.” [Riwayat al-Tirmizi (2022)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini adalah gharib][Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai hasan di dlm al-Jami’. Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh mengatakn terdapat 2 perawi di dlm sanad hadith ini dinilai dhaif oleh para ulama iaitu Abu al-Rahhal Khalid bin Muhammad & Yazid bin Bayan]


⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

🛑sumber rujukn :https://bit.ly/3czyUeG

21 Nov 2021, Ahad , Kuliah Subuh , Ybhg Ustaz Md Zaki Hamat - Kitab Hal Ehwal Kematian Dan urusan akhirat

 

21 Nov Ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Md Zaki Hamat
Kitab Hal Ehwal Kematian Dan urusan akhirat

PERTELINGKAHAN MANUSIA DI HADAPAN ALLAH SWT PADA HARI KIAMAT

Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.
Surah al-Zumar (31)

Imam al-Tabari menukilkan bahawa Ibnu 'Abbas R.Anhuma turut berkata:
Maksudnya: "Org yg jujur bertengkar dengan pendusta, org yg dizalimi dengan org yg dizalimi, org yg mendapat hidayah dengan org yg sesat & org yg lemah dengan org yg sombong." (Lihat Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Quran, 20/201. Lihat juga Tafsir al-Quran al-Azim, 7/105 dan Ma’alim al-Tanzil, 7/118)

🛑Sumber:https://bit.ly/30ELSWw
⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl
🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang


20 Nov 2021 - Sabtu , Kuliah Subuh, Ybhg Ustaz Lt Kol Zulkeple - Hadis 40

 

20 Nov- Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Lt Kol Zulkeple

Hadis 40

MAKANAN PENGHUNI NERAKA

Firman Allah:-

“(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum (buahnya) menjadi makanan bagi orang² yg berdosa (dalam neraka), makanan ini pula panas, seperti tembaga cair, mendidih dlm perut, seperti mendidihnya air yang meluap² panasnya.” 

(Surah Ad-Dukhan: Ayat 43-46)

Firman Allah:-

“Sesungguhnya dia adalah sebatang pokok (Zaqqum) yg keluar dari dasar neraka Jahim (yang marak menjulang).”

(Surah Ash-Shaffat; Ayat 64)

Firman Allah:-

“Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebahagian dari buahnya (sekalipun pahit & busuk) sehingga mereka memenuhi perut dengan buah Zaqqum itu.”  

(Surah Ash-Shaffat; Ayat 66)

19 Nov 2021 Kuliah Maghrib, Ybhg Ustaz Halmy Runa - Kitab Ayyuhal Walad

 

19 Nov 2021

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halmy Runa

Kitab Ayyuhal Walad

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

berdasarkan kepada hadis Jabir, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum Baginda wafat:

Maksudnya: Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan menemui maut melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah.

Riwayat Muslim (2877)

Kata al-Hattab: Sunat bagi orang yang dalam sakaratul maut bersangka baik dengan Allah. Dan sangkaan ini hendaklah bertambah ketika hampir mati dan ketika sakit. Ini tanpa dinafikan sangkaan baik bagi orang yang mukallaf hendaklah sentiasa kepada Allah. (Lihat al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 10/220 dan Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 17/10)

🟢sumber : https://bit.ly/3CxYr2L

⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

17 Nov 2021 - Rabu , Kuliah Maghrib - Ybhg SS Dato Hj Mohd Yusof , Mufti Kerajaan N9 - Kitab Fiqh Manhaj

 

Klik ...FB... untuk .....

https://www.facebook.com/100056540603097/videos/575454223517862/


17 Nov - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg SS Dato Hj Mohd Yusof

Mufti Kerajaan N9

Kitab Fiqh Manhaj

(Rukun) Qauliah, mempunyai 5 : Takbiratul Ihram pada awal solat, membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, tasyahud & selawat ke atas Nabi SAW serta salam, ke3nya pada duduk yg terakhir. (Rujuk kitab Safinat al-Solah: 44)

Syarat2 sah membaca al-Fatihah di dlm solat, ada 12 perkara....... Yang ke9, hendaklah bacaan al-Fatihah tersebut didengari oleh dirinya sendiri, ini kerana ia adalah rukun qauli. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 216)

Begitu juga disebutkn di dlm kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arba’ah bahawa: Jawapan bagi persoalan (adakah seseorang itu disyaratkn utk mendengar bacaan al-Fatihahnya) adalah, 3 drpd para imam mujtahid bersepakat bahawa jika sekiranya sekiranya seseorang itu tidak mendengar bacaannya, maka ia tidak dianggap sebagai membacanya. (Rujuk al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, 1:201)

16 Nov 2021- Selasa Kuliah Maghrib, Ustaz Muhammad Syahmi - KItab Riyadhus Solihin

 




Klik ke ....FB........

16 Nov - Selasa
Kuliah Maghrib
Ustaz Muhammad Syahmi
KItab Riyadhus Solihin

SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

Nabi SAW bersabda :” Wahai manusia solatlah (solat nafilah) di rumah kalian.Sesunggunya sebaik-baik solat sunat bagi seseorang adalah di rumahnya kecuali solat fardhu.” Riwayat Al-Bukhari (731)

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani yang dimaksudkan adalah solat lima waktu perlu didirikan di masjid. (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, 2/214)

Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan yang paling baik adalah solat lima waktu di masjid (Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Alfaz Al-Minhaj,1/351)

🟢rujukn&prbahasn penuh : https://bit.ly/3DmMnCr
⚫Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl
🟠Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang




15 Nov 2021 - Kuliah Maghrib, Ustaz Muhammad Amirulllah - Kitab Adabul Mufrad



Klik Di bawah ini.......FB.....



15 Nov - Kuliah Maghrib
Ustaz Muhammad Amirulllah
Kitab Adabul Mufrad
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

SOLAT DENGAN MENGIKAT RAMBUT
Drpd Ibn Abbas R.Anhuma mnyebut Bahawa beliau melihat Abdullah bin al-Harith solat dlm keadaan rambutnya diikat di belakang. Beliau (Ibn Abbas) lantas bangkit & mlepaskn ikatan trsebut. Apabila dia selesai (solat), lantas dia mnghadap Ibn Abbas & brkata: “Mengapa kamu lakukan pada rambutku demikian?” Lalu Ibn Abbas mnjawab: Aku mndengar Rasulullah SAW brsabda: “Prumpamaan org ini (yg solat dgn mengikat rambutnya) seperti org yg solat sedangkan ke2 tangannya diikat ke belakang.”
Riwayat Muslim (1129)

Di dlm kitab Nail al-Authar disebut: “Hukum ini (larangan mngikat rambut ketika solat) adalah khusus bagi lelaki, tidak bagi wanita. Kerana rambut mereka (para wanita) adalah aurat, wajib ditutup di dlm solat.

🟢rujukn&prbahasn penuh :https://bit.ly/30qlRtd


GOTONG ROYONG PERKUBURAN TELUK KEMANG AHAD - 8 PAGI TARIKH 14/11/2021

 

GOTONG ROYONG PERKUBURAN TELUK KEMANG

AHAD - 8 PAGI

TARIKH 14/11/2021


PADA YG ADA KESEMPATAN MARI KITALAH SAMA SAMA HADIR BAGI MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT

#PERKAKAS YANG BOLE DIBAWA

-MESIN RUMPUT, TONG RACUN, PARANG, CHAINSAW-

Rasulullah ﷺ bersabda :

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah seseorang itu menyambung silaturrahim”. Riwayat al-Bukhari (4830)

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :

Maksudnya: “Sesiapa ingin dilapangkan baginya rezekinya dan dipanjangkan untuknya umurnya, hendaknya dia menyambung silaturahim.”  Riwayat al- Bukhari (5986) dan Muslim (2557)

14 Nov 2021, Ahad Kuliah Subuh , Ybhg Ustaz Hj Suhaimi. Tafsir Alquran

 

14 Nov Ahad

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Suhaimi

Tafsir Alquran

Rujukan kuliah - https://t.me/KuliahUstazSuhaimi

Wasap group :-https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

Infak masjid :-https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang


Firman Allah SWT:-

Ertinya: "Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, & hukum-hukum aturan ugama, & juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil." (Surah Ali Imran: 48)

Keterangan Ayat:

1. Allah SWT akan mengajar Nabi Isa a.s! Memberi ilmu kepadanya! Ilmu menulis & hikmah! Hikmah adalah sunnah!

2. Allah SWT juga akan mengajar kepadanya kitab Taurat yg telah diberikan kepada Nabi Musa a.s!

3. Allah SWT juga akan mengajar kepadanya kitab Injil! Kitab yg akan diberikan kepada Nabi Isa a.s!

Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir.

Antara Petunjuk Ayat ialah Segala ilmu adalah kurniaan Allah SWT! Dialah Yg Maha Berilmu! Dialah yg memberi ilmu & mengajar manusia! Sejak manusia yg pertama!

13 Nov 2021 - Sabtu Kuliah Subuh Ybhg ustaz Hj Mohd Nasir Kitab Hikam

 

13 Nov - Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg ustaz Hj Mohd Nasir

Kitab Hikam


Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.”

Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425)

Nabi SAW bersabda lagi:

Maksudnya: “Perjanjian diantara kami dan mereka (orang-orang munafiq itu), ialah dengan solat. Maka sesiapa yang yang meninggalkannya sungguh dia telah menjadi kafir.”

Riwayat Ahmad (23403), al-Nasaie (326), al-Tirmizi (2621) dan Ibn Hibban (1454)

🟢Wasap Group Masjid 

https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

 🟢Sumbangan infak masjid

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

12 Nov 2021, Tazkirah dan Teks Khutbah Jumaat

 





Dan


Teks Khubah Jumaat







Dan

Teks Khubah Jumaat



11 Nov 2021 , Malam Munajat

 


Diketuai oleh Imam Khidir jam 7.30 mlm hingga 8.40 malam.

10 Nov 2021 - Rabu Kuliah Maghrib Ybhg ustaz Shamsul Bahari Tajwid & Talqqi Al-Quran

 

10 Nov - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg ustaz Shamsul Bahari

Tajwid & Talqqi Al-Quran


🟢Wasap Group Masjid 

https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl



10 Nov 2021 - Rabu Kuliah Maghrib Ybhg ustaz Shamsul Bahari Tajwid & Talqqi Al-Quran

 

10 Nov - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg ustaz Shamsul Bahari

Tajwid & Talqqi Al-Quran


WUJUDKAH AZAB KUBUR?

Firman Allah SWT: 

Maksudnya: Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.(Surah al-Taubah: 101)


Dinukilkan disini beberapa pendapat yang disebutkan oleh Ibn Kathir:

• Mujahid berkata: ”Ia adalah berupa pembunuhan dan penangkapan.”

• Riwayat lain pula ia mengatakan: Ia adalah berupa kelaparan dan siksa kubur, baru kemudian mereka dikembalikan ke azab yang besar.

• Ibnu Juraij mengatakan: Ia adalah azab dunia dan azab kubur, baru kemudian mereka dikembalikan ke azab yang besar.

• Abdrurrahman ibn Zaid mengemukakan: ”Adapun azab di dunia itu berupa harta kekayaan dan anak.”


🟢Wasap Group Masjid 

https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

9 Nov 2021 - Selasa Kuliah Maghrib Ustaz Lt. Kol Rudin Shah

 

9 Nov - Selasa

Kuliah Maghrib

Ustaz Lt. Kol  Rudin Shah

Kitab 40 Hadith Keadaan Umat Sebelum Hari Kiamat


WUJUDKAH AZAB KUBUR?

Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”  (Surah Ghafir: 45-46)

 Sayyid Qutub berkata: Ayat ini menyatakan bahawa mereka didedahkan kepada neraka pada waktu pagi dan petang iaitu dalam tempoh selepas mati hingga berikutnya kiamat. Mungkin azab ini ialah azab kubur kerana selepas itu al-Quran menyebut:

Maksudnya: Dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!

(Surah Ghafir: 46)

8 Nov 2021 - Isnin Kuliah Mghrib Ybhg ustaz Riduan Bin ABd Hamid , Kitab Arbain Fi Usul Ad-Din

 

8 Nov - Isnin

Kuliah Mghrib

Ybhg ustaz Riduan Bin ABd Hamid

Kitab Arbain Fi Usul Ad-Din

MULUT PUNCA KE NERAKA

Drpd Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakn org dimasukkn ke dalam Syurga. Baginda SAW mnjawab:

Maksudnya: “Taqwa kepada Allah & baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi brkaitan sebab kebanyakn manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut & kemaluan.” [Riwayat al-Tirmizi (2004)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Imam Ibn Hibban mensahihkan hadith ini di dalam sahihnya]

Adapun berkaitn maksud mulut di dalam hadith adalah org yg tidak menjaga serta berusaha utk mnjaga daripada dosa2 mulut seperti mngucapkn ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mngumpat, mengadu domba, persaksian palsu & sebagainya. Selain itu, makna kemaluan pula adalah org yg tidak mnjaga kemaluannya drpd zina, liwat, tidak mnjaga auratnya di hadapan selain drpd mhramnya seperti isterinya & sebagainya. (Lihat: Jawahir al-Bihar, 1/170)

7 Nov 2021 - Ahad , Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Mat Zaki , Hal Berkaitan Kiamat dan Urusan Akhirat,

 


7 Nov - Ahad , Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Mat Zaki

Hal Berkaitan Kiamat dan Urusan Akhirat

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: adapun penduduk neraka yang sememangnya mereka penghuninya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak juga hidup (beristirehat daripadai siksa neraka). Tetapi ada manusia yang akan diazab dengan api kerana dosa-dosa mereka atau kesalahan mereka, mereka akan dibunuh sehingga mereka bagaikan menjadi arang, hingga diizinkan kepada mereka syafaat. Kemudian (arang-arang) itu dibawa secara lambakan dan dilemparkan di sungai-sungai syurga, lalu dikatakan “wahai Ahli syurga, curahkan air kepadanya dan ia akan menjadi benih yg dihanyutkan arus”

Imam al-Nawawi menukilkan pandangan ulama’ yg menerangkan maksud penduduk neraka yang sememangnya penghuni neraka, ialah golongan kuffar yang tidak akan keluar selamanya daripada neraka. Lihat Fatwa al-Nawawi:104

6 Nov 2021 - Sabtu Kuliah Maghrib Ust Mejar (B) Mokhtaruddin Shariff

 


Sila klik di bawah ini:-

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=411061650474369&id=100056540603097


6 Nov - Sabtu

Kuliah Maghrib

Ust Mejar (B) Mokhtaruddin Shariff

Pengasas Pondok Faatimatul Hawwa Ali As Syarif, Pendang Kedah

Imam Ibn Qayyim turut menukilkan satu riwayat marfu’ daripada al-Laits bin Sa’ad:

Maksudnya: Tiada satu hari pun berlalu melainkan syurga dan neraka meminta kepada Allah SWT: “Wahai Tuhan, buah-buahan telah masuk ranum, sungai-sungai telah dan aku rindu kepada para waliku, maka kau segerakanlah mereka untuk menjadi ahliku (ahli syurga)”.

Neraka pula berkata: “Apiku makin panas, lantaiku yang paling bawah makin bertambah dalam, dan arangku makin membesar, maka kau segerakanlah ahli neraka memasukiku”. (Rujuk Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, hlm. 20)

🟢Wasap Group Masjid 

https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl*

 🟢Sumbangan infak masjid

https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

6 Nov 2021 - Sabtu , Kuliah Subuh Ybhg Ustaz Lt Kol Zulkeple , Hadis 40

 

6 Nov - Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Lt Kol Zulkeple

Hadis 40

ADAKAH ORANG YANG DISIKSA KE DALAM NERAKA AKAN MATI?

Firman Allah SWT : Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya. 

(Surah al-Fatir: 36)

Allah SWT tidak mematikan orang-orang yang kufur kepada-Nya sebagai balasan, kerana kematian itu hanya akan menyebabkan sakit yang seketika, berbanding dengan siksaan yang berpanjangan sesuai dengan tempoh masa yang diberikan di dunia untuk setiap manusia beriman kepadanya. Bukan sekadar menyiksa orang-orang yang kufur ini dengan tidak mematikan mereka, malah untuk memastikan mereka berterusan merasa sakit dengan siksaan tersebut

Solat adalah kewajipan setiap Muslim yang mukallaf.

 

Pengajaran:

1.  Solat adalah kewajipan setiap Muslim yang mukallaf.

2.  Wuduk yang sempurna menjadi pra syarat kesempurnaan solat.

3.  Orang yang mengambil  wuduk dengan sempurna (memastikan semua anggota wuduk diratakan air mutlak) kemudian melaksanakan solat lima waktu,  ia akan menjadi penghapus dosanya (selain dosa besar) yang dilakukan antara dua solat waktu.

4.  Sehubungan itu, marilah kita berusaha untuk sempurnakan wuduk dan melaksanakan solat fardu, semoga ia menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu.

#stopcovid19 

#kitajagakita 

#staysafe 

#1h1hdrajmainsafar 

#shabas76

4 Nov 2021 , Malam Munajat

 


Diketuai oleh Imam Badrul  jam 7.30 mlm hingga 8.40 malam.

1, 2, dan 3 Nov 2021 - Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah, Ustaz Muhammad Syahmi dan Ustaz Hj Mohd Yusof

 

3 Nov - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Hj Mohd Yusof. Al-Quran Sebagai Penyelamat 

SIFAT PANAS NERAKA JAHANAM DAN BERAT AZAB NERAKA

Ibnu al-Mubarak meriwayatkan daripada Sufyan, daripada Sulaiman, daripada Abu Zhibyan, daripada Salman, dia berkata: “Neraka itu hitam, baranya tidak bercahaya api.” Kemudian dia membaca:

Maksudnya: Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (kepada mereka dikatakan): “Rasailah azab yang membakar ini.”

(Surah al-Hajj: 22)

Malik meiwayatkan daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Api dunia yang kemu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api nereka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulllah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Ia lebih panas 69 kali.”

Riwayat Muslim

____________________________________________________________________


2 Nov - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi

Kitab Riyadhus Solihin

Daripada Saidina Jabir R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:

 “Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Qur'an? Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda "saya saksi ke atas mereka." Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan”.

Riwayat al-Bukhari (1347)

________________________________________________________

1 Nov - Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah, Kitab Adabul Mufrad

Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr RA, sesunguhna dia mendengar Nabi SAW bersabda:

“Apabila kamu mendengar muazdin, maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muadzin. Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana barangsiapa yang berselawat je atasku engan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat). Setelah itu, mohonlah  (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) yang mana ia tidak layak untuk sesiapapun melainkan buat hamba-hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak). Maka barangsiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi SAW).” [Riwayat Muslim (384)]

Menurut Imam al-Nawawi bahawa hadith ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi SAW selepas daripada selesai menjawab azan