TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN ( ONLINE ) KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ ( KBT ) SMA TELOK KEMANG 2021, 30 Dis 2020 dan 31 Dis 2020

 TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN ( ONLINE ) KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ ( KBT ) SMA TELOK KEMANG 2021 

Berikut adalah butirannya: Tarikh : 30/12/2020 , Rabu ( Calon Panggilan 1 ) Tarikh  : 31 /12/2020, Khamis  ( Calon Panggilan 2 ) Tempat : Rumah/kediaman masing- masing. 1) Temuduga akan dijalankan secara atas talian (online) menggunakan aplikasi…...

https://www.smatkem.edu.my/portal/2020/12/makluman-temuduga-secara-atas-talian-online-kemasukan-ke-tingkatan-1-kurikulum-bersepadu-tahfiz-kbt-sma-telok-kemang-2021


MAKLUMAN TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN ( ONLINE ) KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ ( KBT ) SMA TELOK KEMANG 2021

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.

MAKLUMAN TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN ( ONLINE ) KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ ( KBT ) SMA TELOK KEMANG 2021

Berikut adalah butirannya:

Tarikh : 30/12/2020 , Rabu ( Calon Panggilan 1 )
Tarikh  : 31 /12/2020, Khamis  ( Calon Panggilan 2 )
Tempat : Rumah/kediaman masing- masing.

1) Temuduga akan dijalankan secara atas talian (online) menggunakan aplikasi google meet.

2) Ibubapa/penjaga calon diminta menyertai Group Whatsapp yang disertakan ini mengikut kumpulan masing-masing.

3) Group Whatsapp Kump 1 adalah untuk calon panggilan 1 dan Group Whatsapp Kump 2 adalah untuk calon panggilan 2 ( sila rujuk kumpulan anda pada senarai nama panggilan 1 dan 2 yg telah diberikan dalam portal sebelum ini ).

 Dimaklumkan ini adalah group whatsapp untuk Calon PANGGILAN 1 ( Kump 1 ) Temuduga Kemasukan Ke Tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) SMA Telok Kemang 2021.

Semua INFO/MAKLUMAT berkaitan TEMUDUGA akan disampaikan melalui group ini

Follow this link to join my WhatsApp group:  https://chat.whatsapp.com/L6Zxm6NF5Kp0ynXU7WHFxk

 Dimaklumkan ini adalah group whatsapp untuk Calon PANGGILAN 2 ( Kump 2 ) Temuduga Kemasukan Ke Tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) SMA Telok Kemang 2021.

Semua INFO/MAKLUMAT berkaitan TEMUDUGA akan disampaikan melalui group ini.

Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/HgevlkViGNa3hwh5RITONS

 ARAHAN, PANDUAN & MAKLUMAN TEMUDUGA ATAS TALIAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1

KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) SMA TELOK KEMANG 2021

  1. Sebagai makluman kepada semua calon Temuduga Kemasukan Ke Tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Tahfiz ( KBT) SMA Telok Kemang 2021, sesi temuduga pada tahun ini akan dilaksanakan secara atas talian menerusi aplikasi Whatsapp (medium makluman ibu bapa) dan Google Meet (medium temuduga calon).
  1. Temuduga ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Sesi 1 (Calon Panggilan 1)      : 30 Disember 2020 (Rabu)

              Sesi 2 (Calon Panggilan 2)      : 31 Disember 2020 (Khamis)

Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang

 Arahan Kepada Calon :

    1. Calon dikehendaki untuk MERUJUK DAN MENGIKUT senarai nama yang telah disusun mengikut jadual giliran dan waktu temuduga di portal smatkem.edu.my.
    2. Calon dikehendaki memakai pakaian yang SOPAN semasa sesi temuduga dijalankan.
    • Calon dikehendaki MEMAPARKAN KAD PENGENALAN DIRI kepada panel semasa sesi temuduga dijalankan.
    1. Calon dikehendaki MENUTUP MATA DENGAN KAIN semasa sesi temuduga dijalankan.
    2. Pihak urusetia akan memaklumkan potongan ayat hafazan yang perlu dihafaz oleh calon 3 HARI SEBELUM sesi temuduga dijalankan.
    3. Calon dikehendaki memastikan TIADA GANGGUAN TALIAN INTERNET berlaku sepanjang sesi temuduga dijalankan. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas segala gangguan talian yang berlaku.
    • Calon dikehendaki untuk memastikan TIADA BANTUAN DARIPADA PIHAK LUAR sepanjang sesi temuduga dijalankan.
    • Calon yang masih belum menghantar dokumen yang diperlukan untuk pengesahan pihak sekolah hendaklah berbuat demikian sebelum atau pada 31 DISEMBER 2020 (KHAMIS). Calon yang tidak menghantar dokumen dan tidak memenuhi syarat permohonan tidak akan diterima masuk.
    • Sekiranya pihak sekolah mendapati adanya unsur penipuan dan pemalsuan dokumen selepas calon ditawarkan masuk, maka pihak sekolah berhak MEMBATALKAN TAWARAN kemasukan tersebut.
    1. Semua calon dikehendaki mematuhi arahan temuduga kemasukan ke tingkatan 1 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) SMA Telok Kemang 2021. pihak SMA Telok Kemang mengucapkan jutaan terima kasih dan Semoga berjaya.

 

TIPS TEMUDUGA KBT SMA TELOK KEMANG 2020

Calon akan dinilai dalam beberapa aspek utama :

  1. Hafazan

Calon dikehendaki menghafaz potongan ayat al-Quran yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia. Pihak urusetia akan memaklumkan potongan ayat hafazan yang perlu dihafaz oleh calon 3 HARI SEBELUM sesi temuduga dijalankan.

Tips : calon hendaklah cuba menghafaz sebanyak yang boleh, semakin banyak ayat yang dihafaz, semakin cerah peluang untuk diterima masuk.

  1. Tilawah

Calon akan diminta untuk membaca potongan ayat al-quran yang ditetapkan oleh panel penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan. Calon diminta untuk menyediakan senaskah al-Quran semasa sesi tersebut bagi memastikan arahan panel penemuduga dapat dilaksanakan oleh calon tanpa sebarang gangguan.

Tips : Calon hendaklah berusaha untuk membaca potongan ayat tersebut dengan baik dan lancar serta menjaga hukum tajwid al-Quran.

  1. Keistimewaan calon

Calon akan dinilai daripada aspek adab, kemahiran bahasa asing, pengalaman menghafaz al-quran, penglibatan koakademik dan kokurikulum serta minat calon dalam menghafaz al-Quran.

Tips : Calon perlu mempamerkan kelebihan diri di hadapan panel penemuduga dan menjawab dengan penuh keyakinan.

  1. Ujian Jawi dan Bahasa Arab

Calon akan diminta untuk menjawab soalan lisan Bahagian Jawi dan Bahasa Arab daripada panel penemuduga. Ujian ini akan menguji pengetahuan calon dalam kemahiran Jawi dan Bahasa Arab.

Tips : Calon dihendaki untuk memantapkan ilmu berkaitan kaedah penulisan Jawi yang tepat, pengetahuan asas Bahasa Arab serta kaedah penulisan ayat al-Quran yang tepat.

 

PERINCIAN PELAKSANAAN TEMUDUGA ATAS TALIAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT) SMA TELOK KEMANG 2021

  1. Pendaftaran Semua calon akan mendaftar kehadiran temuduga atas talian ini pada jam 7. 30 PAGImenerusi pautan yang disediakan oleh pihak urusetia. Calon hendaklah mendaftar pada pautan tersebut mengikut HARI & TARIKH yang telah ditetapkan kepada calon.

 

Tarikh : Sesi 1 (Calon Panggilan 1)      : 30 Disember 2020 (Rabu)

              Sesi 2 (Calon Panggilan 2)      : 31 Disember 2020 (Khamis)

Masa    : 7.30 pagi

  1. Temuduga Sesi temuduga dijalankan secara atas talian mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia. Sebarang permasalahan hendaklah berhubung terus dengan pihak pentadbir SMA Telok Kemang sebelum sesi temuduga dijalankan di talian 06-6625366.

 

“Selamat Menghadapi Temuduga & Semoga Berjaya”

Harap maklum. Terima Kasih.