KUTIPAN DANA UNTUK TUJUAN PENGUBAHSUAI VAN JENAZAH SURAU UBUDDIAH TAMAN POLITEKNIK PORT DICKSON 2020

 




لسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

KUTIPAN DANA UNTUK TUJUAN PENGUBAHSUAI VAN JENAZAH SURAU UBUDDIAH TAMAN POLITEKNIK PORT DICKSON

Rujuk: Perbincangan Pengubahsuaian Van Jenazah bertempat di Surau Ubuddiah pada 24 Dis 2020.

1. Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa  pihak pengurusan Surau dan semua jemaah yg hadir telah bersetuju agar pihak surau mewujudkan Tabung Kutipan Dana  Pengubahsuaian Van Jenazah bagi menampung kos pengubahsuaian Van Jenazah yg dianggarkan menelan belanja lebih kurang sebanyak rm 23,800.00. Untuk menghantar van ke bengkel memerlukan 80%  daripada kos sebenar.

2. Bagi tujuan tersebut, orang ramai yg berhajat untuk menyalurkan sumbangan tersebut bolehlah memasukkan setiap  sumbangan ke dalam tabung-tabung yg telah disediakan di surau ubuddiah dan setiap sumbangan hendaklah dimasukan kedlm sampul dan catitkan perkataan Ubah Suai Van Jenazah untuk memudahkan pihak pengurusan yg dilantik  mengasingkan sumbangan- sumbangan yg  lain yg masih lagi diteruskan seperti berikut:

a. Tabung Pembangunan Surau.

b. Tabung Majlis Ilmu

c. Tabung Pengurusan  Jenazah.

d. Wakaf Pembinaan Masjid Tmn Politeknik.


3. Kepada orang ramai yang berhajat untuk turut menyumbang melalui akaun bank, bolehlah membuat transaksi seperti berikut:

Nama Bank: Bank Muamalat Caw PD

Nama akaun: Surau Ubuddiah Tmn Politeknik PD

No Akaun: 05020000169711.


4. Bagi pihak Pengerusi dan Ajk-Ajk dan Surau Ubuddiah mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk memanjangkan malumat ini kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan  kenalan masing-masing untuk Kutipan Dana tersebut.

5. Semoga usaha murni ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif sepertimana yg diharapkan.

Semoga Allah menggantikan rezeki kepada mereka-mereka yg bersedekah dan menginfakkan harta mereka dijalan Allah.

Aamiin Ya Rabbil'alaamiin