Sedekah



 

Pengajaran Hadis:

1.  Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan keperluan, makanan, minuman dan lain-lain lagi tidak sama sekali mengurangkan harta malah akan menambahkannya. 

عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ

Daripada Asma RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir (kedekut) kepadamu” (Sahih Bukhari No: 2451, Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih)


2.  Orang yang memaafkan, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan ketika masih hidup ini untuk saling bermaafan sesama kita.

3.  Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak sahabat. Pemaaf juga akan melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sifat sombong dan angkuh. Firman Allah:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh." (Surah Al-A’raf Ayat 199)


4.  Allah mengangkat darjat kepada orang yang Tawaduk. Tawaduk ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Surah Al Hijr Ayat 88)


5.  Justeru, marilah kita suburkan sifat pemurah, pemaaf dan rendah hati dalam diri agar hidup sentiasa diberkati dan dirahmati.