Islam ialah urusan negeri dan hal berkaitan Islam berada di bawah naungan Yang DiPertuan Besar / Sultan / Raja-Raja bagi negeri-negeri Melayu.

 

Islam ialah urusan negeri dan hal berkaitan Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri.

Hal ini jelas disebut di bawah Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(2) ini, antara lain, menyatakan dengan jelas sekali bahawa, "Di dalam tiap-tiap negeri, selain negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan negeri itu, dan tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat."