25 okt ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Hj Suhaimi
Tafsir AlQuran
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari Kiamat. Aku adalah orang yang pertama akan dibangkitkan daripada kubur. Aku adalah orang pertama yang akan memberi syafaat dan dibenarkan memberi syafaat.” [Riwayat Muslim (2278)]
Imam al-Nawawi mengatakan hadith ini menunjukkan bahawa kelebihan atau kemuliaan Nabi SAW berbanding makhluk-makhluk yang lain. Ini kerana, mengikut mazhab ahli sunnah anak-anak Adam lebih mulia daripada malaikat dan Nabi SAW adalah yang paling mulia di antara anak-anak Adam yang lain dan juga selain daripada anak Adam. [Lihat: al-Minhaj: 38/15]
___________________________________________________________________________________
24 Okt / 7 Rabiulawal - Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ustaz Hj Mohd Nasir
Kitab Hikam
Kata Kata Mutiara Hikmah KItab Al Hikam Syekh Ibnu
Atha'illah
..."Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijabkan oleh sesuatu padahal Allah yang menzahirkan (menampakkan) segala sesuatu"...
..."Bagaimana mungkinkan akan dihijab oleh sesuatu, pada hal Dia (Allah) yang nampak zahir pada segala sesuatu"...
..."Bagaimana akan mungkinkan dihijab oleh sesuatu padahal Dia yang terlihat dalam tempat sesuatu"...
..."Bagaimana akan dapat ditutupi oleh sesuatu, padahal Dia yang nampak pada tiap segala sesuatu"...
..."Bagaimana mungkinkan akan dihijab oleh sesuatu, padahal Dia dari yang esa (tunggal) yang tidak ada disampingNya sesuatu apa pun"...
..."Bagaimana akan mungkin dihijab oleh sesuatu, padahal andaikan tidak ada Allah, nescaya tidak akan ada segala sesuatu"...
👇👇👇👇👇👇👇👇
WhatsApp group Kuliah & Xtvt Masjid
https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl
___________________________________________________________________________________
23 okt / 6 Rabiulawal - Jumaat
Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza
Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah
Selepas Solat Maghrib
Tarekat Ahmadiah mempunyai amalan2 di waktu siang&malam. Amalan2 yang diterima oleh Sayyidi Ahmad bin Idris ialah:
i Fatihatul Aurad
ii Al-Tahlil
iii Al-Salawat al-‘Azamiah
iv Al-Istighfar al-Kabir
v Al-Mahamid al-Thamaniah
vi Al-Ahzab Arba‘ata ‘Ashar
vii Al-Husun Mani‘ah
viii Al-Ahzab
Di kalangan ahli Tarekat Ahmadiah amalan2 ini terkumpul dlm kitab yang dipanggil nama singkatannya ‘al-Ahzab’. Syeikh Mohd Said telah mencetak semula Ahzab ini yang dinamakn ‘al-Ahzab al-‘Urfaniah wal Aurad al-Nuraniah’. Beliau telah menulis di tepi Ahzab itu karya beliau ‘Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniah’ di mana di antaranya beliau menghuraikan amalan2 wirid itu.
Dipetik drpd buku “Mengenal al-Tarekat al-Ahmadiah” terbitn JHEAIN9
___________________________________________________________________________________
21 Okt / 4 Rabiulawal - Rabu
Rabu - Kuliah Maghrib
Ybhg Dato Hj Mohd Yusof - MUFTI N9
Kitab Fiqh ManHajj
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Surah al-Baqarah (186)
Ibnu Kathir menjelaskan, ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakan doa orang yang memanjatkan doa kepada-Nya. Dia tidak menolak dan mengabaikan doa seseorang, bahkan Dia Maha Mendengar doa. Di dalam pengertian ini terkandung anjuran untuk sentiasa berdoa, dan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan doa yang dipanjatkan kepada-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/506)
_________________________________________________________________________________
20 Okt / 3 Rabiulawal - Selasa
kuliah Maghrib
Ust.Muhammad Syahmi
Kitab Ridhayus Salihin
Rasulullah SAW menegaskan bahwa, “Hijrah tidak terputus hingga taubat terputus
dan .............
taubat tidak terputus hingga matahari terbit dari barat.”
[Hr. Abu Dawud no. 2479. Ad-Darimi dalam sunan-nya no. 2513 dan Ahmad dalam Musnad no. 4/99, dinilai Hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 7469]