Sifat malu......

 


Pengajaran Hadis:

1.  Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan diberikan ganjaran pahala.

2.  Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk-Nya.

3.  Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari Neraka. Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

“Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keimanan berada di Syurga. Sedangkan tindakan / ucapan kotor adalah sebahagian dari perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di Neraka.” (HR Tirmidzi No. 1932, Status: Hadis Sahih)

4.  Justeru, hiasilah diri kita dengan mulia dan terpuji seperti sifat malu. Semoga sifat malu yang ada pada kita sebagai ganjaran ke Syurga. Sebaliknya, marilah kita berusaha menjauhi sifat dan perangai buruk seperti menghina, mengeji, memfitnah kerana balasannya adalah Neraka.


#stopcovid19

#kitajagakita

#staysafe

Jom ....kta datang ke Masjid .....

 




Uqbah bin 'Amr رضي الله عنه meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah ‎ﷺ bersabda,


"Apabila seseorang berwuduk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan duduk menunggu untuk bersolat maka malaikat yang mencatat kebaikan akan datang mencatat di mana setiap langkah dia berjalan diganjari dengan sepuluh kebaikan.

Orang yang duduk menunggu solat adalah seumpama orang yang beribadat. Semenjak dia keluar daripada rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai orang yang sibuk bersolat."


Hadis Riwayat Ahmad

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DARUL ASNAF SESI PERSEKOLAHAN 2021

 



PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DARUL ASNAF SESI PERSEKOLAHAN 2021

Anak-anak lelaki daripada keluarga asnaf fakir/miskin/mualaf/anak yatim di Negeri Sembilan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan di Asrama Darul Asnaf Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan dan Darul Asnaf Seri Tanjung, Kuala Pilah.

Imbas kod QR untuk muat turun borang. Rujuk poster untuk syarat asas dan kelayakan minimum.

TEMPOH PERMOHONAN:

16 November sehingga 14 Disember 2020


PERTANYAAN:

06-764 2445/762 2445 (waktu pejabat sahaja)

#MAINS #PBMalNS

#DarulAsnafSriSendayan

#DarulAsnafSeriTanjung

#PerbadananBaitulMalNegeriSembilan


https://www.facebook.com/perbadananbaitulmalns/

Kelas Agama di MKTK 23 Nov - 29 Nov 2020



29 Nov - Ahad

Kuliah Maghrib

Ustaz Muhammad Syahmi

Kitab Riyadhus Solihin

Abdullah bin ‘Amr RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda :

Mksudnya: “Puasa & al-Quran akan memberi syafaat buat hamba pada hari kiamat. Puasa brkata: “Wahai Rab!, Aku telah mnahannya daripada makan & syahwat pada siang hari, maka izinkn aku mmberi syafaat kepadanya. Al-Quran pula brkata: Aku telah mnahannya daripada tidur pada malam hari, maka izinkn aku mmberi syafaat kepadanya. Kmudian, ke2nya memberi syafaat (kepada org yg melakukannya).” [Riwayat Ahmad (6626) dan al-Thabarani (88)]

Imam al-Haithami (807 H) menyatakan perawi² imam al-Thabarani adalah perawi yg sahih. [Lihat: Majma’ al-Zawaid, 3/181]

 ______________________________________________________________________________

28 Nov - Sabtu

kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Muhammad Amirullah

Kitab Adab Al-Mufrad

Kekenyangan akan membawa perkara negatif seperti yang disebut oleh Imam al-Syafie:

Maksudnya: Kerana kekenyangan (memuaskan nafsu perut dan mulut) membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah. (Rujuk al-Syafi Syarh Musnad al-Syafie, 1:24)

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: Bukanlah seorang yang beriman, seseorang yang berada dalam kekenyangan dan membiarkan jirannya berada dalam kelaparan.

Hadith riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad.82

_________________________________________________________________________________


MALAM MUNAJAT@MASJID T.KEMANG

26 Nov - Khamis

#Solat Maghrib

#Solat Hajat

#Bacaan Yasin

#Selawat Nabi SAW

#Solat Isyak


Imam al-Ghazali menyatakan: Tawakal dlm Islam bukanlah suatu sikap eskapisme bagi org-org yg tidak mahu berusaha atau gagal usahanya, tetapi TAWAKKAL ITU TEMPAT KEMBALINYA USAHA. Tawakal bukan menanti nasib sambil berpangku tangan, tetapi berusaha sekuat tenaga & setelah itu baru berserah diri kepada Allah. Allah lah yg nanti akan menentukan hasilnya. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 2/65)

Amr bin Umayyah r.a. berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah aku ikat dahulu unta lalu bertawakkal kpd Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakal?”” Baginda menjawab, “IKATLAH UNTAMU LALU BERTAWAKKALLAH.” (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, 1/368)

“Barangsiapa BERTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.” (Surah At-Thalaq, 65:3)

Group kuliah masjid https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

___________________________________________________________________________________


25 Nov - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Mahmud

Tajwid Dan Talaqi AlQuran


Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu.

 Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, 

sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. 

Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran.

 Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Riwayat al-Hakim

________________________________________________________________________________

24 Nov / 8 Rabiulakhir - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Mejar Rudin 

Kitab 40 Hadith Keadaan Umat Sebelum Kiamat


Petunjuk Nabi SAW dalam Menghadapi Fitnah Dajjal

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal”.

Riwayat Muslim (1342)

Ini kerana, Imam al-Suyuthi mengatakan pada awal surah tersebut menceritakan akan keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda maka sesiapa yang mengtadabburnya (membaca serta memahami maknanya) tidak akan terkena fitnah Dajjal dan begitu juga di akhirnya (akhir surah al-Kahfi). (Lihat Al-Dibaj ‘ala Muslim, 2/403)

Group kuliah masjid https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

__________________________________________________________________________________


23 Nov Isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Halue

Kitab Akhlak Sorang Muslim


Firman Allah SWT:

Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata):

 "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? 

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; 

Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; 

Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah,bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; 

Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. 

Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.

(Surah al-Mudassir: 42-48)

Syukur Kepada Allah.

 


Pengajaran Hadis:

1.  Orang yang tidak berterima kasih atas kebaikan orang lain terhadapnya bermakna, dia tidak bersyukur kepada Allah SWT di atas limpah nikmat yang diperolehi.

2.  Al-Khaththaby berkata: "Barang siapa kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat (kebaikan) orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka nescaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah SWT dan tidak bersyukur kepada-Nya."

3.  Allah SWT tidak menerima syukur seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya, jika seorang hamba tidak bersyukur kepada kebaikan orang lain terhadapnya. (Lihat kitab Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158).

4.  Justeru, ringankanlah mulut kita mengucapkan terima kasih dengan lafaz "Jazakallahu khairan" sebagai ucapan terima kasih kepada kebaikan orang lain kepada kita. Semoga ia menjadi sebahagian daripada tanda kita bersyukur kepada Allah SWT.

#stopcovid19

#kitajagakita

#staysafe

Dalil membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Dalil membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].

Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

[Al-Mundzir berkata : hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat]. (Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)

Islam ialah urusan negeri dan hal berkaitan Islam berada di bawah naungan Yang DiPertuan Besar / Sultan / Raja-Raja bagi negeri-negeri Melayu.

 

Islam ialah urusan negeri dan hal berkaitan Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri.

Hal ini jelas disebut di bawah Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(2) ini, antara lain, menyatakan dengan jelas sekali bahawa, "Di dalam tiap-tiap negeri, selain negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan negeri itu, dan tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat."

PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR

 PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR

Hadis dari Syaddad bin Aus رضي الله عنه dari Nabi  ﷺ, Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah, kamu mengucapkan: 


 "اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ."


 'ALLAHUMMA ANTA RABBI LAA ILAAHA ILLA ANTA KHALAQTANI WA ANA 'ABDUKA WA ANA 'ALA 'AHDIKA WA WA'DIKA MASTATHA'TU A'UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA'TU ABUUU LAKA BINI'MATIKA 'ALAYYA WA ABUUU LAKA BIDZANBI FAGHFIRLI FA INNAHU LAA YAGHFIRU ADZ DZUNUUBA ILLA ANTA. 

Maksudnya:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ،

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. 


خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ 

Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. 


وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ،

dan aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dgn kemampuanku.

 

أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ،

Aku berlindung  dgn-Mu dr keburukan perbuatanku, 


أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي

aku akui nikmat-Mu kpdku, dan aku mengakui dosaku kpd-Mu


فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ."

maka ampunilah aku. Sebab tiada yg dapat mengampuni dosa selain-Mu. 


HR Bukhari:5831


Di dalam hadith ini juga, Nabi  ﷺ  menyatakan akan kelebihan bagi sesiapa yang beramal dengan Sayyid al-Istighfar.

Sabda Baginda ﷺ lagi di dalam hadith yang sama:


قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ.

Baginda bersabda: 

Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka ia termasuk dari penghuni surga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni surga.'


Hadis Riwayat Bukhari:5831, Tirmizi:3315 dan Nasa'i: 5427

Kelas Agama 16 Nov - 22 Nov 2020

 



20 Nov / 4 Rabiulakhir - Jumaat
Kuliah Maghrib
Ybhg Ust.Hj Mohd Nasir
Kitab AL -Hikam

ANTARA KALAM SHEIKH IBNU ATHA'ILLAH AS-SAKANDARI

#- Salah satu tanda seseorang hanya bergantung pada amal, bukan rahmat Allah, adalah berkurangnya harapan kepada Allah saat berbuat kesalahan.

#- Tatkala berkurang apa yang membuatmu senang, maka berkuranglah pula apa yang kau sedihkan.

#- Bilamana Allah menggerakkan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahwa Allah ingin memberi.

#- Tiada yang sulit jika engkau mencarinya melalui Tuhanmu. Tak ada yang mudah jika engkau mencarinya melalui dirimu sendiri

#- Pada setiap tarikan nafas, terdapat takdir Allah yang berlaku atas dirimu.

Group kuliah masjid 👉https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl


__________________________________________________________________________________


Khutbah Jumaat
Tajuk : Anak Asset Dunia Akhirat
Tarikh : 20 Nov / 4 Rabiulakhir
Khatib Jemputan : Ust.Hj. Muhammad Fadhil Abd. Wahab.(Pej.Agama Islam PD)
_________________________________________________________________________________


MALAM MUNAJAT@MASJID T.KEMANG
19 Nov - Khamis

#Solat Maghrib
#Solat Hajat
#Bacaan Yasin
#Selawat Nabi SAW
#Solat Isyak

Imam al-Ghazali menyatakan: Tawakal dlm Islam bukanlah suatu sikap eskapisme bagi org-org yg tidak mahu berusaha atau gagal usahanya, tetapi TAWAKKAL ITU TEMPAT KEMBALINYA USAHA. Tawakal bukan menanti nasib sambil berpangku tangan, tetapi berusaha sekuat tenaga & setelah itu baru berserah diri kepada Allah. Allah lah yg nanti akan menentukan hasilnya. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 2/65)

Amr bin Umayyah r.a. berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah aku ikat dahulu unta lalu bertawakkal kpd Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakal?”” Baginda menjawab, “IKATLAH UNTAMU LALU BERTAWAKKALLAH.” (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, 1/368)

“Barangsiapa BERTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.” (Surah At-Thalaq, 65:3)


_______________________________________________________________________________



Antara intisari
Kuliah Ustz Shamsul Bahari
Tajwid Dan Talaqi Alquran
18 Nov - Rabu





MAD LIIN

Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja. 

Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6. 

Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin 

dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun 

Huruf lin ada DUA iaitu Huruf Wau dan Huruf Ya dengan SYARAT :

1.Wau dan huruf sebelumnya berbaris atas.

2.Ya dan huruf sebelumnya berbaris atas


18 Nov / 2 Rabiulakhir - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

Tajwid Dan Talaqi AlQuran


DOA SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

ALLOHUMMA NAWWIR BIKITABIKA BASHORII

ya Alloh terangilah pengelihatanku dengan/sebab kitabMu


WA ATHLIQ BIHI LISAANII

dan ucapkannlah lisanku dengan/sebab kitabMu


WASYRO_H BIHI SHODRII

dan lapangkanlah dada dengan/sebab kitabMu


WASTA'MIL BIHI JASADII

dan gerakkanlah jasadku dengan/sebab kitabMu


BI_HAULIKA WAQUWWATIKA

dengan daya dan kekuatanMu


FAINNAHUU LAA_HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BIKA

maka sesungguhnya tidak ada daya dan 

kekuatan kecuali sebab daya/kekuatanMu


YA ARHAMAR RAHIMIN

(wahai Tuhan Yang Maha Penyayang)


lihat kitab حق التلاوة / HAQQU ATTILAAWAH 

karya Husainy Syeikh ‘Utsman hal.169


👇👇👇👇👇👇👇👇       

Group kuliah masjid https://chat.whatsapp.com/CkhPv4nevbE0Lbn6pPMcFl

___________________________________________________________________________________


17 Nov / 1 Rabiulakhir - Selasa

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Hj Suhaimi

Tafsir AlQuran

Firman Allah SWT:

Mksudnya: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah dtg kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu & Kami pula telah menurunkn kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yg menerangi (segala apa jua yg mmbawa kejayaan di dunia ini & kebahagiaan yg kekal di akhirat kelak) (al-Nisa’, 174)

Mksudnya: Maka orang² yg beriman kepadanya & memuliakannya, juga menolongnya serta mngikut nur (cahaya) yg diturunkn kepadanya (Al-Quran) (Surah al-A'raf, 157)

Mksudnya: (Ayat² Suci itu tersimpan) dlm naskhah² yg dimuliakan, (Surah Abasa, 13)

Imam al-Razi di dalam tafsirnya menyatakn, yg dimaksudkn ayat di atas adalah hal kemuliaan al-Quran & mnggambarkn al-Quran itu disimpan, iaitu disimpan dgn sempurna di dlm (suhuf) lebaran² yg terletak di Luh al-Mahfuz yg dimuliakan Allah SWT & al-Quran ini suci drpd gangguan syaitan. (Lihat Tafsir al-Razi, 31/55).

__________________________________________________________________________________

16 Nov - isnin

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Mejar Rudin 

Kitab 40 Hadith Keadaan Umat Sebelum Kiamat

Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 Maksudnya: “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” Riwayat al-Tirmizi (2332) [Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]


Imam al-Nawawi mengikut pandangan ‘Iyadh & selain daripadanya yg brpandangan maksud masa berlalu dgn pantas adalah disebabkn hilangnya kberkatan masa & dalam sehari dia melakukan sesuatu yg bermanfaat kadarnya sama seperti satu 1 sahaja dia melakukn perkara tersebut. Lihat: Fath al-Bari, 13/17

APA ERTI KEKAYAAN?.

 


APA ERTI KEKAYAAN?.                              

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." (Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)

 Sumber rujukan :

 1- Kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim

2- Kitab Fathul Bari Bi Syarhi Sahih al-Bukhari Li Ibni Hajar al-Asqolani

3- Kitab Syarh Sahih Muslim Li An-Nawawi.

4- Kitab Nuzhatul Muttaqqin Syarh Riyadus Salihin.


'Takut Allah atau takut virus?'

 .......Dari Tn Hj Mahmood, TQ

'Takut Allah atau takut virus?'


....................................... Seorang Hamba Allah menjawab, 

Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.


Di antara perintahNya adalah;

1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;

2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;

3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;


Maka, jika benar takut Allah  semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.

Dia turut memberi nasihat;

Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.

Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”


Beginilah :-

Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya juga makhluk Tuhan;

Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung juga makhluk Tuhan;

Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan;

Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk Tuhan.

Firman Allah (bermaksud):

”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”  (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

Firman-Nya juga (bermaksud):

”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. 

Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):

”Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW:

”Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.

Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn

Kelas Agama 9 Nov - 15 Nov 2020

 Sesiapa akhir ucapannya La ilaha illaLlah akan masuk syurga


Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” dia masuk syurga
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Hadis Sahih: Hadis dari Muadz bin Jabal radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Bazzar, al-Thabarani (al-Mu’jam al-Kabir), al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman) dan al-Hakim, dinukil dan dinilai sahih oleh al-Suyuti dalam al-Jamii’ al-Sagheir – no: 8965 dan dipersetujui sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 6479.
__________________________________________________________________________________


13 Nov/27 Rabiulawal - Jumaat
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mohd Shukri Shamsudin
Kitab Al-Azkar

Daripada Anas bin Malik RA berkata:
 
كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]

______________________________________________________________________________







Jumaat – jom Selawat Ibrahimiah

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
HR Ibn Hibban, al-Hakim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi. Al-Daruqutni berkata hadis ini hasan manakala al-Hakim berkata sahih.
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/464-465)

Selawat Allah kepada baginda ialah pujian yang Allah berikan kepada baginda di hadapan para malaikat, seperti yang disebut oleh Abu Aliyah. Ibn Abbas dan lain-lain menyebut selawat bererti rahmat. Rujuk al-Fath al-Bari (11/155-156) oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

___________________________________________________________________________________






MANDI PADA HARI JUMAAT

Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap org yg baligh”. [Riwayat Muslim (846)]
Terdapat  pendapat daripada (ulama’ bermazhab syafi’e) iaitu mandi ini khas bagi lelaki & satu pendapat lagi bahawa digalakkan bagi sesiapa yg wajib Jumaat bukannya wanita, bayi, hamba & musafir. Pendapat lain digalakkn bagi setiap org pada hari Jumaat samada ingin hadir Jumaat atau tidak seperti mandi hari Raya yg disunatkn kpd semua org. Walaubagaimanapun, pndapat yg pertama adalah lebih sahih. [Lihat: al-Minhaj, 134-135/6]

Sunat mandi pada hari Jumaat bagi mereka yg mendirikn solat Jumaat sekalipun solat tersebut tidak wajib atas mereka, seperti org musafir, perempuan & kanak-kanak. Pendapt yg lain pula mengatakan bahawa mandi pada hari Jumaat, sunat bagi sesiapa sahaja sama ada yg mendirikn solat Jumaat ataupun tidak. 
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yg hendak mendirikan solat Jumaat dia hendaklah mandi”.[Riwayat Muslim (844)]

__________________________________________________________________________________


Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

__________________________________________________________________________________




MALAM MUNAJAT@MASJID T.KEMANG
12 Nov - Khamis

#Solat Maghrib
#Solat Hajat
#Bacaan Yasin
#Selawat Nabi SAW
#Solat Isyak

Imam al-Ghazali menyatakan: Tawakal dlm Islam bukanlah suatu sikap eskapisme bagi org-org yg tidak mahu berusaha atau gagal usahanya, tetapi TAWAKKAL ITU TEMPAT KEMBALINYA USAHA. Tawakal bukan menanti nasib sambil berpangku tangan, tetapi berusaha sekuat tenaga & setelah itu baru berserah diri kepada Allah. Allah lah yg nanti akan menentukan hasilnya. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 2/65)

Amr bin Umayyah r.a. berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah aku ikat dahulu unta lalu bertawakkal kpd Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakal?”” Baginda menjawab, “IKATLAH UNTAMU LALU BERTAWAKKALLAH.” (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, 1/368)

“Barangsiapa BERTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.” (Surah At-Thalaq, 65:3)

_________________________________________________________________________________


11 Nov / 25 Rabiulawal - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahari
Tajwid Dan Talaqi AlQuran

firman Allah S.A.W:
Maksudnya : “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah al-A’raf : 204)

“Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu.”
(al-Qiyaamah: 17-18)

“Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran dan memeliharanya”.
(Surah Al-Hijr : 9)

_________________________________________________________________________________



10 Nov / 24 Rabiulawal – Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mejar Rudin 
Kitab 40 Hadith Keadaan Umat Sebelum Kiamat

Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 Maksudnya: “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” Riwayat al-Tirmizi (2332) [Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

Imam al-Nawawi mengikut pandangan ‘Iyadh & selain daripadanya yg brpandangan maksud masa berlalu dgn pantas adalah disebabkn hilangnya kberkatan masa & dalam sehari dia melakukan sesuatu yg bermanfaat kadarnya sama seperti satu 1 sahaja dia melakukn perkara tersebut. Lihat: Fath al-Bari, 13/17

__________________________________________________________________________________


Sedekah



 

Pengajaran Hadis:

1.  Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan keperluan, makanan, minuman dan lain-lain lagi tidak sama sekali mengurangkan harta malah akan menambahkannya. 

عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ

Daripada Asma RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir (kedekut) kepadamu” (Sahih Bukhari No: 2451, Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih)


2.  Orang yang memaafkan, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan ketika masih hidup ini untuk saling bermaafan sesama kita.

3.  Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak sahabat. Pemaaf juga akan melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sifat sombong dan angkuh. Firman Allah:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh." (Surah Al-A’raf Ayat 199)


4.  Allah mengangkat darjat kepada orang yang Tawaduk. Tawaduk ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Surah Al Hijr Ayat 88)


5.  Justeru, marilah kita suburkan sifat pemurah, pemaaf dan rendah hati dalam diri agar hidup sentiasa diberkati dan dirahmati.


Kelas Agama 2 November 2020 - 8 November 2020



8 Nov - Ahad

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Hj Suhaimi

Tafsir AlQuran

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yg buruk semasa hendak mati) Surah al-Takathur (1-3)

Dalam ayat ini, Allah S.W.T melarang hambaNya daripada sikap bermegah-megahan ataupun berbangga-bangga dengan harta & keturunan. Sibuk dengan hal tersebut sehingga melalaikn & memalingkan diri dari beribadah kpd Allah S.W.T & beramal untuk akhirat. Lihat: Tafsir al-Munir; 30/384

______________________________________________________________________________

7 Nov - Sabtu

Kuliah Subuh

Ybhg Ustaz Mejar Zulkeple

Kitab Hadis 40

Hadis 34

Peristiwa Tiupan Sangkakala

Tiupan sangkakala ini telah dinyatakan di dlm al-Quran melalui firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk² yg ada di langit & yg ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; & kesemuanya akan dtg kepadaNya dgn keadaan tunduk patuh.

Surah al-Naml (87)

Al-Maraghi berkata: “Wahai Rasul, ingatkanlah kpd mereka keadaan yg amat mengerikn ketika sangkakala ditiup. Saat itu, semua makhluk yg ada di langit & di bumi berada dalam ketakutan melihat hari kebangkitan & hari dikumpulkn seluruh makhluk kecuali orang yg mempunyai hati yang teguh terhadap Allah SWT.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/5085)

________________________________________________________________________________

6 Nov - Jumaat

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Mohd Shukri Shamsudin

Kitab Al-Azkar

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda Maksudnya: Solat 5 waktu, dari (solat) Jumaat ke (solat) Jumaat yg lain & dari (puasa) Ramadhan ke (puasa) Ramadhan yg lain adalah penghapus dosa² kecil di antara waktu² tersebut selama tidak melakukan dosa besar.Riwayat Muslim (233)

Imam Ibn Rejab menyatakan dlm kitabnya bahawa sebahagian ulama’ berkata bahawa sesungguhnya solat menghapus dosa² kecil & dosa² besar, tetapi jumhur ulama’ berkata bahawa solat tidak akan terhapus sekadar dgn menggantikan solat namun perlulah bersama-sama dengan TAUBAT[Lihat: Fath al-Bari; 4/221].

______________________________________________________________________________



Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW brsabda:

 Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya trdapat 1 waktu yg mana x ada seorang hamba yg meminta sesuatu kpd Allah SWT melainkn Allah SWT akan mmberikan apa yg dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu trsebut pada akhir waktu selepas asar ”. [Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dlm Nataij al-Afkar, 2/436]

  Tambahn pula, diriwayatkn Said bin Jubair drpd Ibn Abbas RA telah brkata: Waktu yg dimaksudkn pada hari Jumaat adalah antara solat asar sehingga trbenam matahari. Adapun Said bin Jubair apabila beliau menunaikn solat asar, beliau x akan brcakap dgn sesiapa sehingga terbenamnya matahari. Ini adalah pndapat sebahagian besar salaf & pada pndapat ini mempunyai hadith yg bnyk brbanding pndapat² yg lain. [Lihat: Zad al-Ma’ad, 377/1]

________________________________________________________________________________



Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

 _________________________________________________________________________

JUMAAT - PERBANYAKKAN BERSELAWAT

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” :- al-Ahzab: 56


Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]


Imam al-Syaukani hadith ini menjadi dalil bahawa setiap selawat yang dibaca oleh hamba-hamba Allah akan dibentang di hadapan Nabi SAW pada setiap hari Jumaat. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]

___________________________________________________________________________________

MALAM MUNAJAT@MASJID T.KEMANG

4 Nov / 18 Rabiulawal - Khamis

#Solat Maghrib

#Solat Hajat

#Bacaan Yasin

#Selawat Nabi SAW

#Solat Isyak

Imam al-Ghazali menyatakan: Tawakal dlm Islam bukanlah suatu sikap eskapisme bagi org-org yg tidak mahu berusaha atau gagal usahanya, tetapi TAWAKKAL ITU TEMPAT KEMBALINYA USAHA. Tawakal bukan menanti nasib sambil berpangku tangan, tetapi berusaha sekuat tenaga & setelah itu baru berserah diri kepada Allah. Allah lah yg nanti akan menentukan hasilnya. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 2/65)

Amr bin Umayyah r.a. berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah aku ikat dahulu unta lalu bertawakkal kpd Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakal?”” Baginda menjawab, “IKATLAH UNTAMU LALU BERTAWAKKALLAH.” (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, 1/368)

“Barangsiapa BERTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.” (Surah At-Thalaq, 65:3)

___________________________________________________________________

4 Nov - Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Hj Mohd Yusof

RAHMAT ALLAH

Nabi SAW bersabda :

Maksudnya : “ Amalan salah seorang dari kamu tidak akan menyelamatkannya. Seorang lelaki berkata Walaupun engkau wahai Rasulullah. Nabi SAW  Walaupun aku akan tetapi Allah saluti aku dengan RAHMATNYA.”Riwayat Muslim (5165)

firman Allah SWT :

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yg beriman, & orang² yg berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (utk menegakkn ugama Islam), mereka itulah orang² yg mengharapkan RAHMAT Allah & (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Baqarah : 218)


________________________________________________________________________________


3 Nov - Selasa

Kuliah Maghrib

Ustaz Muhammad Syahmi

Kitab Riyadus Solihin


DOSA TRHAPUS DGN SOLAT SUNAT

Firman Allah SWT:

al-Nisa’: 31

Maksudnya: “Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu.”


Daripada Abu Zar al-Ghiffari dan Mu’az bin Jabal R.anhuma berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sertakanlah setiap dosa (dosa kecil) yang kamu lakukan dengan kebaikan (amal soleh) yang mana kebaikan itu akan menghapuskan dosa tersebut.” [Riwayat al-Tirmizi (1987)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

___________________________________________________________________________________

2 Nov - 16 Rabiulawal - Isnin

kuliah Maghrib

Ybhg Ust.Muhammad Amirullah

Kitab Adab Al-Mufrad


.. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ..

KALAU TAK BERSELAWAT ITU TANDA KITA BAKHIL


Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-NYA sentiasa berselawat (memberi segala penghormatan & kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yg beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yg sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab, ayat 56)


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.” (Riwayat Ahmad & al-Tirmizi)


Imam Ibn Kathir: “Selepas menyebut berkaitn hadis daripada Ali & juga hadis daripada Abu Hurairah itu menunjukkan akan dalil wajibnya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap kali mendengar nama baginda SAW. Ini merupakn pandangan sebahagian mazhab daripada ulama seperti al-Tahawi & al-Halimi.” (Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 9/373)

12 PERKARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG KITA TAHU, TAPI KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU

 12 PERKARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG KITA TAHU, TAPI KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU;😔😔😔 

( BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA )


❤1). Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita MASIH TIDAK MAMPU UNTUK BERJEMAAH DI MASJID ATAU SURAU.

❤2). Kita mengetahui bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

❤3). Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

❤4). Kita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

❤5). Kita mengetahui bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

❤6). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

❤7). Kita mengetahui bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

❤8). Kita mengetahui bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, KITA TIDAK PERNAH MELUANGKAN WAKTU MEMBACA AL-QURAN DALAM JADUAL HARIAN KITA.

❤9). Kita mengetahui bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali Syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

❤10). Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. TETAPI SAYANG KITA TERLALU MEREMEHKAN SOLAT MALAM.

❤11). Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. TETAPI SAYANG,,, KITA TIDAK PERNAH MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK HARI ITU.

❤12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. TETAPI SAYANG, KITA SELALU HANYUT DENGAN SENDA GURAU DAN PERMAINAN DUNIA, SEAKAN KITA MENDAPAT JAMINAN HIDUP UNTUK SELAMANYA2 .


( p/s : SAYA TELAH MENGIRIMKAN NASIHAT INI KEPADA ORANG YANG SAYA CINTAI KERANA ALLAH, MAKA KIRIMKANLAH NASIHAT INI KEPADA ORANG YANG KITA CINTAI LILLAHITAALA.)

Perihal Kencing ...........Awas........

 Dari Tok Wee.....


Perihal Kencing dan kaki Kencing.

Ada 13 golongan  org yang kencingnya menyebabkan sembahyangnya tidak sah..... seterusnya doanya tidak termakbul... 


Pertama: salah satu darinya adalah mengencing kakinya sendiri semasa kencing.


 Yang ke2: Percikan kencing tidak dicuci sebaliknya hanya cuci di tempat yg dikencing dan tempat percikan tercebut dipijaknya pula untuk keluar dari bilik tandas


 Yang ke 3: Cuci kencing kalang kabut... ingatkan dah bersih rupa2 zahir sahaja yg bersih namun batinnya tidak.


 Yang ke4: Kencing terkena pada pakaian dan digunakan untuk solat.


 Yang ke 5: Menahan kencing.... dah terkeluar sikit.... tapi selesai kencing hanya cuci mcm biasa ...nk solat tak tukar seluar atau menanggalkannya.


 Yang ke 6: Setiap percikan air kencing akan menghasilkan 3 pantulan air kencing di sekeliling kawasan tempat kencingan..... tentukan dibersihkan sebelum keluar tandas


 Yang ke 7: Jika kita pergi kemana2 tandas dimasjid mahupun sarau pastinya ada selipar ataupun terompah pertanyaannya mengapa sebab hendak menentukan najis tidak dibawa keluar dari tandas tersebut


 Ke 8: Kencing adalah najis..... najis tidak boleh dibawa ke tempat solat dan ibadah


 Ke 9: tandas yang berbau hancing tidak membuktikan bahawa tandas itu bersih lagi suci


Ke 10: Kencing akan meninggalkan sisa dibahagian batin (dalam) belajar dgn org yg lebih arif terhadapnya.


Ke 11: Tidak ada buang air besar sebelum buang air kecil oleh yang demikian cuci kedua2nya selepas membuang hajat


Ke 12: Kepentingan kencing adalah membuang sisa (najis) didalam tidak najis tapi diluar akan jadi najis.


Ke 13: Jangan jadikan kencing sebagai alasan kerana tidak boleh solat namun sebaliknya cuci dengan sempurna dan (nyakin) membolehkan kita bersolat.

*

🌾Ada sejenis syaitan yang menggoda kita agar tidak membersihkan tempat kencing kerana itulah tempatnya mereka berlindung ketika azan berkumandang.


✍ semoga bermanafaat walaupun hanya satu dari 13 perkara tersebut yang mampu kita lakukan.

✍ tandas tempat yang kotor tapi melambangkan keimanan kita.

✍ diakhirat nanti ada tempat yang dijanjikan oleh Allah swt  kepada orang yang menjaga kebersihan tandas.

✍jadikan tangan2 kita sebagai tangan2 yang mampu membersihkan tempat buangan najis ini.💖


CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BENAR


Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar.  Bersih belum berarti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.

Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata:

”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang menyepelekan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?

Lelaki dan wanita berbeda caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.


LELAKI:

Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

Kemudian basuhlah dgn air sampai bersih.


WANITA:

Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bagian dalamnya dengan memasukan sedikit  jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, karena hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.


SANGAT PENTING:


Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk memasukan satu jari kedalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dgn air hingga terasa najis benar2 telah hilang dan bersih.

Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama2 kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Karena telah dijanjikan neraka bagi mereka yg tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).

Rasulullah SAW bersabda: 

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala".


Catatan:

1. Tidak ada kata malu dalam urusan agama.

2. Jangan beranggapan ilmu fiqih itu jorok, karna fiqih itu menjelaskan sedetail2 nya. 👌 والله اعلم