Jom ....kta datang ke Masjid .....

 




Uqbah bin 'Amr رضي الله عنه meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah ‎ﷺ bersabda,


"Apabila seseorang berwuduk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan duduk menunggu untuk bersolat maka malaikat yang mencatat kebaikan akan datang mencatat di mana setiap langkah dia berjalan diganjari dengan sepuluh kebaikan.

Orang yang duduk menunggu solat adalah seumpama orang yang beribadat. Semenjak dia keluar daripada rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai orang yang sibuk bersolat."


Hadis Riwayat Ahmad