Sifat malu......

 


Pengajaran Hadis:

1.  Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan diberikan ganjaran pahala.

2.  Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk-Nya.

3.  Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari Neraka. Daripada Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

“Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keimanan berada di Syurga. Sedangkan tindakan / ucapan kotor adalah sebahagian dari perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di Neraka.” (HR Tirmidzi No. 1932, Status: Hadis Sahih)

4.  Justeru, hiasilah diri kita dengan mulia dan terpuji seperti sifat malu. Semoga sifat malu yang ada pada kita sebagai ganjaran ke Syurga. Sebaliknya, marilah kita berusaha menjauhi sifat dan perangai buruk seperti menghina, mengeji, memfitnah kerana balasannya adalah Neraka.


#stopcovid19

#kitajagakita

#staysafe