Kelas Agama 9 Nov - 15 Nov 2020

 Sesiapa akhir ucapannya La ilaha illaLlah akan masuk syurga


Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Barangsiapa akhir perkataannya adalah “La ilaha illaLlah” dia masuk syurga
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Hadis Sahih: Hadis dari Muadz bin Jabal radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Bazzar, al-Thabarani (al-Mu’jam al-Kabir), al-Baihaqi (Syu‘abu al-Iman) dan al-Hakim, dinukil dan dinilai sahih oleh al-Suyuti dalam al-Jamii’ al-Sagheir – no: 8965 dan dipersetujui sahih oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Sahih al-Jamii’ al-Sagheir – no: 6479.
__________________________________________________________________________________


13 Nov/27 Rabiulawal - Jumaat
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mohd Shukri Shamsudin
Kitab Al-Azkar

Daripada Anas bin Malik RA berkata:
 
كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]

______________________________________________________________________________







Jumaat – jom Selawat Ibrahimiah

Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
HR Ibn Hibban, al-Hakim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi. Al-Daruqutni berkata hadis ini hasan manakala al-Hakim berkata sahih.
Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/464-465)

Selawat Allah kepada baginda ialah pujian yang Allah berikan kepada baginda di hadapan para malaikat, seperti yang disebut oleh Abu Aliyah. Ibn Abbas dan lain-lain menyebut selawat bererti rahmat. Rujuk al-Fath al-Bari (11/155-156) oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

___________________________________________________________________________________






MANDI PADA HARI JUMAAT

Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap org yg baligh”. [Riwayat Muslim (846)]
Terdapat  pendapat daripada (ulama’ bermazhab syafi’e) iaitu mandi ini khas bagi lelaki & satu pendapat lagi bahawa digalakkan bagi sesiapa yg wajib Jumaat bukannya wanita, bayi, hamba & musafir. Pendapat lain digalakkn bagi setiap org pada hari Jumaat samada ingin hadir Jumaat atau tidak seperti mandi hari Raya yg disunatkn kpd semua org. Walaubagaimanapun, pndapat yg pertama adalah lebih sahih. [Lihat: al-Minhaj, 134-135/6]

Sunat mandi pada hari Jumaat bagi mereka yg mendirikn solat Jumaat sekalipun solat tersebut tidak wajib atas mereka, seperti org musafir, perempuan & kanak-kanak. Pendapt yg lain pula mengatakan bahawa mandi pada hari Jumaat, sunat bagi sesiapa sahaja sama ada yg mendirikn solat Jumaat ataupun tidak. 
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yg hendak mendirikan solat Jumaat dia hendaklah mandi”.[Riwayat Muslim (844)]

__________________________________________________________________________________


Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

__________________________________________________________________________________




MALAM MUNAJAT@MASJID T.KEMANG
12 Nov - Khamis

#Solat Maghrib
#Solat Hajat
#Bacaan Yasin
#Selawat Nabi SAW
#Solat Isyak

Imam al-Ghazali menyatakan: Tawakal dlm Islam bukanlah suatu sikap eskapisme bagi org-org yg tidak mahu berusaha atau gagal usahanya, tetapi TAWAKKAL ITU TEMPAT KEMBALINYA USAHA. Tawakal bukan menanti nasib sambil berpangku tangan, tetapi berusaha sekuat tenaga & setelah itu baru berserah diri kepada Allah. Allah lah yg nanti akan menentukan hasilnya. (Lihat Ihya’ Ulum al-Din, 2/65)

Amr bin Umayyah r.a. berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah! Apakah aku ikat dahulu unta lalu bertawakkal kpd Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakal?”” Baginda menjawab, “IKATLAH UNTAMU LALU BERTAWAKKALLAH.” (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, 1/368)

“Barangsiapa BERTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.” (Surah At-Thalaq, 65:3)

_________________________________________________________________________________


11 Nov / 25 Rabiulawal - Rabu
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shamsul Bahari
Tajwid Dan Talaqi AlQuran

firman Allah S.A.W:
Maksudnya : “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah al-A’raf : 204)

“Sesunggguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telas selesai membacakannya, maka itulah bacaannya itu.”
(al-Qiyaamah: 17-18)

“Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran dan memeliharanya”.
(Surah Al-Hijr : 9)

_________________________________________________________________________________



10 Nov / 24 Rabiulawal – Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Mejar Rudin 
Kitab 40 Hadith Keadaan Umat Sebelum Kiamat

Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 Maksudnya: “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” Riwayat al-Tirmizi (2332) [Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

Imam al-Nawawi mengikut pandangan ‘Iyadh & selain daripadanya yg brpandangan maksud masa berlalu dgn pantas adalah disebabkn hilangnya kberkatan masa & dalam sehari dia melakukan sesuatu yg bermanfaat kadarnya sama seperti satu 1 sahaja dia melakukn perkara tersebut. Lihat: Fath al-Bari, 13/17

__________________________________________________________________________________