Apa hukumnya membaca Yasin pada malam Jumaat?

 Apa hukumnya membaca Yasin pada malam Jumaat?

Harus membaca Yasin pada malam Jumaat atau pada malam mana sahaja yg berkelapangan samada sendirian atau berkumpulan kerana tidak ada dalil yg melarang membaca Yasin pada malam Jumaat atau malam yg lain.

Dari Abi Hurairah ra Rasulullah saw bersabda

Tidaklah berkumpul 1 kaum di salah satu rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran & saling bertadarus bersama-sama, maka akan turun ketenangan atas mereka & rahmat Allah akan meliputi mereka & para malaikat akan melindungi mereka & Allah menyebut mereka dikalangan makhluk² yg berada di sisi-Nya.” (Hadith Muslim)

Surah apakah yg afdhal dibaca pada malam Jumaat?

Yg afdhal dibaca pada malam Jumaat atau hari Jumaat ialah surah Al-Kahfi.

Dari Abu Sa’id al-Khudri ra Rasulullah bersabda:

Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat maka akan terpancar cahaya baginya di antara 2 Jumaat.” (Hadith Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Jadi apakah yg sebaiknya kita amalkan berkenaan perkara ini?

Bacalah al-Quran setiap hari sama ada sedikit atau banyak & yg sudah mengamalkn membaca Yasin pada malam jumaat maka teruskanlah & tambah satu lagi surah iaitu surah al-Kahfi kerana sepakat ulama pada afdhal membacanya pada malam Jumaat.

Wallahua’lam.


FB - Ustaz Azhar Idrus (Original)