24 Ogos Rabu Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Shamsul Bahari Tajwid Dan Talaqqi Al-Quran


 24 Ogos Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Shamsul Bahari

Tajwid Dan Talaqqi Al-Quran

🔹🔹🔹❤️🔹🔹🔹

Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu.

Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang.

Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran.

Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Riwayat al-Hakim