29 Jun 2022 / 30 Zulkaedah Rabu Kuliah Maghrib Ybhg Ustaz Abdul Manas Bahagian Pengurusan Masjid JHEAINS Kitab Tanbihul Ghafilin

 

29 Jun / 30 Zulkaedah Rabu

Kuliah Maghrib

Ybhg Ustaz Abdul Manas

Bahagian Pengurusan Masjid JHEAINS

Kitab Tanbihul Ghafilin


HUKUM POTONG KUKU & RAMBUT BAGI YG MEMBUAT AKIKAH PADA HARI RAYA KORBAN

Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa yg mempunyai binatang korban utk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai brkorban. Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa hadith ini, sebahagian ulama’ memahaminya dgn mengatakan haram utk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yg ada di badan serta memotong kuku & ini adalah pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak & juga sebahagian ashab al-Syafi’e. Adapun al-Imam al-Syafi’e & ashabnya yg lain, mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih & bukannya haram.