17 Julai 2021 - 17 Zulhijjah Ahad Program Selembar Alquran Dan Bacaan AlMulk


 17 Zulhijjah Ahad

Program Selembar Alquran Dan Bacaan AlMulk

🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya Ifrit daripada bangsa jin telah menggangguku semalam untuk memutuskan solatku. Maka Allah berikan aku kelebihan untuk mengatasinya. Kemudian, aku hendak mengikatnya di salah satu tiang masjid sehingga waktu subuh dan kalian semua dapat melihatnya. Lalu aku teringat perkataan Nabi Sulaiman AS, “Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku”. Rauh berkata: Kemudian Baginda SAW mengusirnya dalam keadaan hina. (Riwayat al-Bukhari)

Muhammad bin Ismaʻil al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, ed. Muhammad Zuhair bin Nasir al-Nasir (Beirut: Dar Tuq al-Najah, 1422), 1: 99, no. 461.