JUMAAT - JOM PERBANYAKKAN SELAWAT

 JUMAAT - JOM PERBANYAKKAN SELAWAT


Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yg berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan 10 selawat.” [Riwayat Muslim (384)]


Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yg dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yg paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]


firman Allah SWT di dalam al-Quran dalam surah al-Ahzab: 56

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah & malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan & kebaikn) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yg beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yg sepenuhnya.