4 Dec Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Lt.Kol Zulkeple
Kitab Hadis 40
Nabi SAW sendiri pernah menyebut bahawa amalan yg paling baik adalah yg berterusan.
Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.”
Riwayat Muslim (1780)
Imam Nawawi berkata: Hadis ini menggalakkan amalan yang berterusan dan bahawa sedikitnya amalan yg berterusan lebih baik daripada amalan yg banyak namun terputus kerana dengan berterusannya amalan yg sedikit tersebut, maka akan berterusanlah ketaatan, zikir, muraqabah, dan ikhlas terhadap Allah SWT. Ia juga membuahkan berlipat kali ganda berbanding amalan banyak namun terputus. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 6/71)