Berzikir kepada Allah

 

Assalamualaikum....

Pengajaran Hadis:

1.  Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

2.  Zikir merupakan tuntutan di dalam syarak kerana terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa melaziminya. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً (42)

"Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang."

(Surah Al Ahzab Ayat 41-42)

3.  Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah SWT dengan orang tidak berzikir kepada-Nya adalah seperti orang yang hidup dan mati.

4.  Berzikir kepada Allah SWT merupakan sebaik-baik amalan. Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi ﷺ  bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، قَالَ مَكِّيٌّ: وَأَزْكَاهَا، عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ، فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ " قَالُوا: وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: ذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

 “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.” (HR Ahmad No. 27102)

5.  Sehubungan itu, marilah kita membasahkan lidah kita dengan sentiasa berzikir kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya. Mudah-mudahan hati dan jiwa kita sentiasa hidup untuk mengingati Allah SWT pada setiap masa dan ketika.

#stopcovid19 

#kitajagakita 

#staysafe 

#shabas76