Aktiviti Masjid 4 Okt - 10 Okt 2021

 


10 okt / 3 Rabiulawal - Ahad
Kuliah Subuh
Ybhg Ust.Hj Suhaimi
https://t.me/KuliahUstazSuhaimi
Tafsir AlQuran - Surah Ali Imran Ayat 44

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah SWT: 
Ertinya: "Peristiwa yg demikian ialah sebahagian dari berita² ghaib yg Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada ber-sama² mereka ketika mereka mncampakkn qalam masing² (utk mngundi) siapakah di antara mereka yg akan mmelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada ber-sama² mereka ketika mereka brkelahi (tentang prkara menjaga & mmelihara Maryam)." (Surah Ali Imran: 44)

Keterangan Ayat:

1. Kisah² yg dinyatakn ini adalah wahyu dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW! Tiada ditambah! Bukan cerita rekaan! 

2. Nabi Muhammad SAW tidak pernah hadir ketika mereka brebut & mngundi siapa yg akan mnjaga Maryam a.s! 

3. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mmbaca atau belajar dari mana² sumber! Ia adalah wahyu yg benar! Tidak dapat disangkal!

_________________________________________________________________________

9 Okt / 2 Rabiulawal - sabtu
Program Sehari Selembar Alquran (Maghrib) 
& Bacaan Al-Mulk (isyak)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sesiapa yg berselawat ke atas ku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.
[Sahih Muslim, Kitab al-Solat, hadis no: 408]

Sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.
[Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah, hadis no: 7561. Shaikh al-Arnaouth berkata: Hadis sahih]

Sesiapa yg berselawat sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 selawat, dihapuskan daripadanya 10 dosa & diangkat dirinya dengan 10 darjat. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Sahw, no: 1297]

______________________________________________________________________

9 Okt / 2 Rabiulawal
Sabtu
Kuliah Subuh
Ybhg Ust.Hj Mohd Nasir
Kitab Hikam

Tanda Mata Hati yang Buta

“Kesungguhanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, di samping kelalaianmu terhadap kewajiban-kewajiban yang di amanatkan kepadamu, membuktikan butanya mata hatimu”
(Syekh Ibnu Atha'illah - Kitab Hikam)

Siapa saja yang disibukkan mencari apa yang sudah dijamin Allah seperti rizki,  dan meninggalkan apa yang menjadi perintah Allah, itulah tanda orang yang buta hatinya.

Firman Allah: "Dan berapa banyak makhluk bergerak yang bernyawa yang tidak [dapat] membawa [mengurus] rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu. Dia Maha mendengar, Maha mengetahui." [QS. al-Ankabuut 60]

*************************************************************

8 Okt / 1 Rabuulawal
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Shukri Shamsudin
Kitab Al Azkar

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

al-Ahzab: 56

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

 🟢Sumbangan infak masjid
https://toyyibpay.com/masjidkariahtelokkemang

****************************************************************************

5 Okt - Selasa
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Muhammad Syahmi
Kitab Riyadhus Solihin
14 HARI MENUJU MAULID

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Antara dua tiupan (sangkakala) adalah 40.

Maka, (ada yang bertanya kepada Abu Hurairah) adakah 40 hari? Abu Hurairah berkata: “Aku enggan menjawab”. 

Adakah 40 bulan? Beliau berkata: “Aku enggan menjawab”. 

Adakah 40 tahun? “Aku enggan menjawab”

 Kemudian Abu Hurairah berkata: Lalu (selepas itu) Allah SWT menurunkan hujan. Kemudian (mayat-mayat) akan tumbuh (hidup) kembali seperti tumbuhnya sayuran, tiadalah pada manusia itu sesuatu melainkan reput semuanya kecuali satu bahagian tulang iaitu tulang punggung.

Daripada tulang ini akan bercantum semula (manusia itu) pada hari kiamat.”

Riwayat al-Bukhari (4651) dan Muslim (2955)

Imam al-Nawawi mengatakan sebab Abu Hurairah RA mengulangi pendirian enggan menjawab soalan yang ditanyakan itu, kerana 40 itu hanyalah sebagai ringkasan kepada pengkhabaran. (Lihat al-Minhaj, 18/91)

__________________________________________________________

4 Okt 2021 - Isnin
Kuliah Maghrib
Ybhg Ustaz Muhammad Amirulllah
Kitab Adabul Mufrad

SELAWAT DAN SALAM KEATAS RASULULLAH SAW

daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)

Di dalam hadith yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: Orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebutkan namaku, maka dia tidak berselawat ke atasku.

Riwayat al-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir (2885)







_________________________________________________

Pengajaran Hadis:

1.  Rasulullah ﷺ mengajar kita supaya berakhlak mulia walau dengan sesiapa jua.

2. Antara akhlak yang mulia ialah mengucapkan salam apabila bertemu dengan orang Islam atau salam sejahtera atau seumpamanya apabila bertemu dengan orang bukan Islam.

3.  Rasulullah ﷺ memberi salam walaupun kepada kanak-kanak kecil.

4.  Sehubungan itu, marilah kita berusaha untuk memiliki sifat rendah hati dan menghormati orang lain walaupun dengan kanak-kanak kecil.

#stopcovid19 
#kitajagakita 
#staysafe 
#1h1hdrajmainsafar