Pengajaran Hadis:
1. Allah SWT menciptakan manusia yang berbagai-bagai sifat dan karenahnya. Ada di antara manusia yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan.
2. Namun terdapat di antara manusia yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan.
3. Beruntunglah kepada orang yang Allah SWT jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya.
4. Orang yang ingin dirinya menjadi pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu keburukan, maka hendaklah melakukan hal-hal berikut:
(a) Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah kepada Allah dan jadikan ianya sebagai sumber kebaikan dan kemuliaan kita.
(b) Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang pembuka pintu kebaikan, kerana doa adalah kunci segala kebaikan.
(c) Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu kerana ilmu mendorong seseorang kepada kebaikan dan kemuliaan.
(d) Sentiasa beribadah kepada Allah SWT khususnya mendirikan solat, kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
(e) Bersikap dengan akhlak yang mulia dan lemah lembut, serta jauh dari akhlak yang buruk dan tidak beradab.
(f) Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan sering bersama mereka. Menasihati orang lain, baik yang dikenali ataupun tidak dikenali, agar kebaikan bersama kita dan jauh dari maksiat.
(g) Sentiasa ingat hari pembalasan agar kita sentiasa berbuat amal kebaikan sebagai bekalan
(h) Sentiasa berusaha memberi manfaat kepada orang lain mengikut kaedah dan kemampuan masing-masing.
5. Sehubungan itu, marilah kita berusaha menjadikan diri kita sebagai pembuka pintu kebaikan dan sentiasa menutup pintu keburukan.
#stopcovid19
#kitajagakita
#staysafe
#1h1hdrajmainsafar