Qurban 2021

 




Ambil Jika Perlu , Jika Mampu Beri

 










Pembuka Pintu Kebaikan

 


Pengajaran Hadis:

1.  Allah SWT menciptakan manusia yang berbagai-bagai sifat dan karenahnya. Ada di antara manusia yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. 

2.  Namun terdapat di antara manusia yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. 

3.  Beruntunglah kepada orang yang Allah SWT jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. 

4.  Orang yang ingin dirinya menjadi pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu keburukan, maka hendaklah melakukan hal-hal berikut:

(a)  Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah kepada Allah dan jadikan ianya sebagai sumber kebaikan dan kemuliaan kita.

(b)  Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang pembuka pintu kebaikan, kerana doa adalah kunci segala kebaikan. 

(c)  Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu kerana ilmu mendorong seseorang kepada kebaikan dan kemuliaan. 

(d)  Sentiasa beribadah kepada Allah SWT khususnya mendirikan solat, kerana solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

(e)  Bersikap dengan akhlak yang mulia dan lemah lembut, serta jauh dari akhlak yang buruk dan tidak beradab.

(f)  Bersahabat dengan orang-orang yang soleh dan sering bersama mereka. Menasihati orang lain, baik yang dikenali ataupun tidak dikenali, agar kebaikan bersama kita dan jauh dari maksiat.

(g)  Sentiasa ingat hari pembalasan agar kita sentiasa berbuat amal kebaikan sebagai bekalan

(h)  Sentiasa berusaha memberi manfaat kepada orang lain mengikut kaedah dan kemampuan masing-masing. 

5.  Sehubungan itu, marilah kita berusaha menjadikan diri kita sebagai pembuka pintu kebaikan dan sentiasa menutup pintu keburukan.


#stopcovid19 

#kitajagakita 

#staysafe 

#1h1hdrajmainsafar

Ujian Allah dan bersabarlah.......

 


Covid-19 dan ...................????????

 


Covid-19 !!!! , 28 Jun 2021

 



Apabila berjanji, wajib memenuhinya seperti yang telah dijanjikan

 


Pengajaran Hadis:

1.  Rasulullah ﷺ menunjukkan contoh terbaik untuk diikuti dan diteladani.

2.  Apabila berjanji, wajib memenuhinya seperti yang telah dijanjikan.

3.  Tunaikanlah janji dengan sesuatu yang paling baik atau yang dilebihkan.

4.  Orang yang paling baik adalah yang mereka paling baik dalam menunaikan janji.

#stopcovid19 

#kitajagakita 

#staysafe 

#1h1hdrajmainsafar

DERMAWAN...ANDA DIPERLUKAN - FOODBANK@MASJID

 


DERMAWAN...ANDA DIPERLUKAN  -  FOODBANK@MASJID

Assalammualaikum WBT, 

Gerakan mencari penyumbang bagi Projek Foodbank@masjid

Misi Kami Adalah Menyediakan Barang Keperluan Asas serta Menyalurkan Bantuan Kepada Golongan Yg Kurang Bernasib Baik, Tidak Mengira Agama, Bangsa & Kerakyatan. 

Dengan Ini Kami Menjemput Kepada Individu Mahupun Syarikat Yg Ingin Sama-Sama Menyumbang & Meringankan Bebanan Kepada Golongan Yg Kurang Bernasib Baik, Khususnya Dikariah Telok Kemang.

(Sesungguhnya orang² lelaki yg bersedekah & orang² perempuan yg bersedekah, serta mereka memberikn pinjamn kepada Allah, sebagai pinjaman yg baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya) &mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. Al-Ĥadīd:18)

MASJID KARIAH TELOK KEMANG

05-049-01-0000-408

BANK ISLAM


untuk Sumbangan - Hubungi Biro Kebajikan Masjid

Wasap.my/+60129066973/nak.info.INFAK.foodbank

Wasap.my/+60172544596/nak.info.INFAK.foodbank

Pendaftaran Pelajar Baru Yayasan Negeri Sembilan 2021

 Pendaftaran Pelajar Baru Yayasan Negeri Sembilan  2021





SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIBERIKAN-NYA

 


ALHAMDULILLAH, SETINGGI-TINGGI SYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIBERIKAN-NYA.

Pengajaran:

1.  Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Tuhan dengan memujinya. Hakikatnya menzahirkan atas kesan nikmat pada lidah, hati dan anggota badan di mana lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhai-Nya. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/244)

2.  Syukur pada istilahnya ialah seorang hamba menggunakan semua nikmat kurniaan Allah SWT kepadanya untuk mentaati-Nya. (Lihat Hasyiyah al-Syabramalisi, 1/22)

3.  Bersyukur itu adalah diperintahkan oleh Tuhan. Allah SWT berfirman:

وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya: "Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata."

(Surah al-Nahl Ayat 114)

4.  Sebagai orang Mukmin hendaklah kita memuji Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Ini sepertimana ungkapan Nabi Allah Sulaiman AS:


هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ


Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.”

(Surah al-Naml Ayat 40)

5.  Allah SWT berfirman dalam Surah al-Dhuha:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Maksudnya: "Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."

(i)  Imam al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWt kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.” (Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 20/102)

6.  Sehubungan itu, marilah kita melazimi untuk melafazkan setinggi-tinggi syukur di atas nikmat yang diperolehi dengan berdoa sepertimana doa Nabi Allah Sulaiman AS:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

(Surah al-Naml Ayat 19)


#syukuralhamdulillah 

#stopcovid19 

#kitajagakita 

#staysafe 

#shabas76

KALAU DITANYA OLEH ANAK CUCU TENTANG AL-QUR'AN

 KALAU DITANYA OLEH ANAK CUCU TENTANG AL-QUR'AN.

MAKA JAWAB SEPERTI INI..

T : Berapa jumlah Surah dalam Al-Qur'an?

J : 114 Surah.

T : Berapa jumlah Juz dalam Al-Qur'an?

J : 30 Juz.

T : Berapa jumlah Hizb dalam Al-Qur'an?

J: 60 Hizb.

T: Berapa jumlah Ayat dalam Al-Qur'an?

J: 6236 Ayat.

T : Berapa jumlah Kata dalam Al-Qur'an?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?

J: 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf.

T : Siapa Malaikat yang disebut dalam Al-Qur'an?

J : Jibril, Mikail, Malik, Raqib, Atiid, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazah, Al-Kiramulkatibun HamalatulArsy.

T : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dalam Al-Qur'an?

J : 15 Sajdah.

T : Berapa Jumlah para Nabi yang disebut dalam Al-Qur'an?

J : 25 Nabi.

T : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam Al-Qur'an? Sebutkan

J : 28 Surah, Al-Baqarah, Al-Imran, Al-Nisa',  Al-Maidah, Al-Anfal, Al-Tawbah, Al-Ra'd, Al-Haj, Al-Nur, Al-Ahzab, Muhammad, Al-Fath, Al-Hujurat, Al-Rahman, Al-Hadid, Al-Mujadilah, Al-Hasyr, Al-Mumtahanah, Al-Shaf, Al-Jum'ah, Al-Munafiqun, Al-Taghabun, Al-Thalaq, Al-Tahrim, Al-Insan, Al-Bayinah, Al-Zalzalah, Al-Nashr.

T : Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam Al-Qur'an? Sebutkan.

J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

T : Berapa Jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam Al-Qur'an?

J : 29 Surah.

T : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyyah?Ssebutkan 10 saja.

J : Surah Makiyyah adalah Surah yang diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: Al-An'am, Al-Araf, Al-Shaffat, Al-Isra', Al-Naml, Al-Waqi'ah, Al-Haqqah, Al-Jin, Al-Muzammil, Al-Falaq.

T : Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja?

J : Surah Madaniyah adalah Surah yang diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: Al-Baqarah, Al-Imran, Al-Anfal, Al-Tawbah, Al-Hajj.

T : Siapakah nama para Nabi yang disebut dalam Al-Qur'an?

J : Adam a.s , Nuh a.s , Ibrahim a.s, Isma'il a.s, Ishaqa a.s, Ya'qub a.s, Musa a.s, Isa a.s, Ayub a.s, Yunus a.s, Harun a.s, Dawud a.s, Sulaiman a.s, Yusuf a.s, Zakaria a.s, Yahya a.s, Ilyas a.s, Alyasa a.s', Luth a.s, Hud a.s, Saleh a.s, ZulKifli a.s, Syuaib a.s, Idris a.s, Muhammad Shalallahu'alaihi wa sallam.

T : Siapakah satu-satunya nama wanita shalehah yang disebut namanya dalam Al-Qur'an?

J : Maryam binti Imran.

T : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam Al-Qur'an?

J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dalam surah Al-Ahzab ayat 37

T : Apakah ayat dalam Al-Qur'an yang pertama kalil turun?

J : surah Al-alaq ayat: 1-5 ( إقرأ باسم ربك الذي خلق)

T : Apakah ayat terakhir yang turun dalam Al-Qur'an?

J : Ayat 3 surah Al-maidah  أليوم أكملت لكم دينكم وأ تممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام دينا)

T : Apakah nama Surah yang tanpa Basmalah?

J : Surah At-Tawbah (bara'ah).

T : Apakah nama Surah yang memiliki dua Basmalah?

J : Surah Al-Naml.

T : Apakah yang disebut surah Al-mu'awidzatain (2 surah penjagaan)?

J : Surah Al-Falaq dan An-Naas.

T : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat Al-Qur'an?

J : Surah Al-Kafirun.

T : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga Al-Qur'an?

J : Surah Al-Ikhlas.

T : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa Qubur?

J : Surah Al-Mulk.

T : Apakah nama Surah yang apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang pekan?

J : Surah Al-Kahfi.

T : Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa?

J : Ayat Kursi, dalam Surah Al-Baqarah ayat No.255.

T : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya?

J : Surah Al-Fatihah, 7 ayat.

T : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?

J : Firman Allah Ta'ala: Barang siapa yang melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat. Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat..(Surah Al-Zalzalah ayat: 7-8).

T : Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya?

J : Surah Al-Haj ayat: 18 dan ayat: 77.

T : Pada Kata apakah pertengahan Al-Qur'an itu di Surah apa? ayat no Berapa?

J : وليتلطف Surah Al-Kahfi ayat No: 19.

T : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu dapat mengantarkannya masuk ke dalam Syurga?

J : Ayat Kursi.

T : Ayat apakah yang diulang-ulang sbyk 31 kali dalam satu Surah dan di Surah apa?

J: Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah Al-Rahman.

T : Ayat apakah yang di ulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dalam surah lainnya? Di Surah apa?

J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah Al-Mursalat, juga ada dalam Surah Al-Muthaffifiin ayat No: 10.

T : Apakah Ayat terpanjang dalam Al-Qur'an? pada Surah apa? Ayat berapa? Dan apa yang dibahas?

J: Ayat No: 282 Surah Al-Baqarah, membahas muamalah dengan sesama manusia dalam keuangan dan hutang piutang.

--------------------------------------------

Bermesraan lah dengan Al-Qur'an sebagaimana mesranya kita dengan dompet  gadget kita selama ini,..

Berdekatan lah dengan Al-Qur'an sedekat kita dengan pasangan, anak-anak dan teman-teman kita hari ini...

Bersahabat lah dengan-Nya...kerana Al-Qur'an tidak akn meninggalkan kita sebagai sahabat ketika yang lain berpaling, dia akan datang sebagai syafa'at di akhirat kelak..

Sebarkan dengan hati yang ikhlas,

Semoga Allah memberikan kesihatan lahir batin serta mengabulkan niat baik anda..

Aamiin Ya Rabbal'Alamiin.

BANTUAN ZAKAT KHAS COVID-19 PKP 3.0 - MAINS< ZAKAT NEGERI SEMBILAN

 BANTUAN ZAKAT KHAS COVID-19 PKP 3.0


Permohonan bantuan khas bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan serta terkesan dan terjejas pendapatan akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara. Permohonan ini khusus bagi warganegara yang beragama Islam dan bermastautin di Negeri Sembilan sahaja. 

https://www.facebook.com/286468321515764/posts/1922797577882822/

Imbas kod QR seperti dalam poster atau layari pautan ini untuk memohon: https://bit.ly/3p5UjBV


#MAINS #COVID19

#ZakatNegeriSembilan

Scan bar kod , guna google form